Ahad, 30 Disember 2012

Hari ni dah balik asrama

Sekejap saja cuti kali ni. Dah nak sekolah. Tapi, tak apa sebab tahun depan Sephia dah last sekolah. Dah nak jadi orang dewasa. Yeah!!  Moga-moga SPM nanti boleh buat. Target 10A saja. Kalau boleh nak dapat 11A+ dalam SPM nanti...

Isnin, 24 Disember 2012

Bukit Bendera

Hari Ahad lepas,  Sephia sempat pergi Penang. Nak naik Bukit Bendera dengan mak sedara. Best sangat2. Tapi, nak tunggu sampai 2 jam memang tak patut. Menunggu sampai dua jam, kesian Imi dia nangis. Kami pun beli bubble dekat dia. Terus saja senyap. Dapat naik train. Memang best!!

Ni dia gamba kami semua
Lepas tu, kami pergi naik buggy. Best sebab dapat ronda-ronda. Tapi, dekat pemandangan atas cantik. Tak rugi kalau datang sini..

Jumaat, 21 Disember 2012

My Kampung

Hari ni nak balik kampung. Semua orang da dekat sana. Esok nak pergi Penang. Mak sedara ajak. Mesti best tak terkata. Lagipun, cuti ni tak byk melancong dimana-mana. Dah da kesempatan, baik pergi. Tak sabar nak pergi esok. Malam ni tidur dekat kampung.

Rabu, 12 Disember 2012

Buku my books

Buku-buku ni Sephia beli dengan duit sendiri. Sebenarnya buku-buku nie ada sebagai hadiah hari jadi dan ada yang saja-saja beli. Sephia tak tahu nak buat apa dengan buku yang berlambak nie, so Sephia susun dia diatas rak dan lebih gemar dibuat koleksi saja. Malas nak letak merata, so letak aje di dalam almari..
Buku yang paling tebal yang berwarna hijau

Buku -buku perwarna duka

Khamis, 6 Disember 2012

Selesema datang melanda

Jaga kesihatan, jangan makan banyak sangat.. Sedih la hari ni. Selesema datang lagi. Sephia terpaksa hadir  belajar dengan ditemani si baby sitter iaitu my cute selesema. Terer sungguh! Terseksa tahan dalam keadaan penuh aircond. Rasa mau sick hari ni. Waa!! Jangan nak demam sudahla. Tapi, semua ditanggung beres.. Sephia harap cepat lega ya, my selesema.

Makan kenduri di Perlis

Kali ini Sephia berpeluang pergi ke Perlis. Amat menyeksakan kerana perjalanan memang jauh. Sephia teruja kerana ini first time makan kenduri di tempat sejauh ni. Sephia pergi sana dengan mak sedara. Memang enjoy puas-puas tau!
Sephia bersama mak sedara. Tak sedar ada ular sawa mati belakang tu.



Selasa, 4 Disember 2012

Kenduri di my homestay

Tunggu giliran nak amik ayam
Sambutan kenduri amat menggalakkan.. hehe.. Seronok tak terkata. Sephia hanya nak tunjuk gambar-gambarnya saja sebab esok nak pergi jalan-jalan. Bye!!

Kak Amirah and me

Sephia nak cakap pasal kakak ni. Dah lama kami tak jumpa. Sekarang ni pun kami tak bersua. FB pun dah tak contact. Sephia tak mahu orang tahu pasal penyakit Sephia. Sephia bahagia sekarang, kak. Bahagia sangat-sangat. Kak Amirah ni pernah jadi fasi Sephia dulu. Sephia tergamam sebab Sephia pernah jumpa kak ni dulu tapi dah tak ingat.Sephia gembira sebab Sephia tak pernah rasa ada kakak. Kak Amirah banyak mengajar Sephia benda-benda yang Sephia tak tahu. Tapi, orang-orang kata Sephia minat dekat kak ni. Itu semua tak benar. Bukan minat! Biarlah Sephia simpan rahsia ni. Sephia tak akan bongkarkan semua. Masa kak ni pindah, Sephia menangis cukup-cukup. Mata dah sembab. Sampai sekarang masih tak hilang. Tapi, Sephia gembira kerana kak ni bahagia.

Kak Amirah tiga dari depan. Bahagia tengok dia senyum..


Time ni Kak Amirah pergi contest..

Ahad, 2 Disember 2012

Me and Saleha's family

Gambar kenangan ni kena simpan. Akan terpahat selamanya... Si kecil pun dah besar. Kak Saleha dan Fitri dah ada kehidupan masing-masing. Sephia doakan kebahagiaan mereka. Sephia nak tunjuk gambar-gambar time diorang ni happy dulu dengan kehadiran si kecil.....

Abi dengan ummi senyum tau. Sofea pun nak senyum juga!

Abi, nak sikit kek tu. Ummi bagi sikit tau.


Saleha and her family.. So sweet!
Semoga berbahagia walaupun sudah tidak bersama lagi.. Sephia berharap kak Saleha dan family happy-happy selalu ya..

Rabu, 28 November 2012

Kak Suhaila Belle @ Suhaila Soffyan

Sedih ... tak tahu nak cari Kak Saleha dekat mana.. Hati ini meronta-ronta nak pergi Spore.. Sephia pergi cari fb kak Sal last-last jumpa fb adik dia, Suhaila.. Cantik, manis, memang padan dgn husband dia, Azalinor  kumpulan Saujana. Da anak dua, nama Qasrina and Nino.. Ni dia gambar diorang..

 Huhu.. Moga-moga Kak Suhaila and Azalinor bahagia sampai akhir hayat!!

Selasa, 27 November 2012

Penat

Hari ni tuisyen pelajaran killer bagi me. Mate and Mate Tam. Huh, mencabar giler!! Letih pun ada sebab seawal pagi ni otak kene keje dah. Haha, kelakar juga. Macam mana kalau tak leh score?? Memang pelajaran Mate nie susah la. Bagi me la, kalau org lain mungkin boleh score. Hmm, cuba bagi tips2 nak ok dalam Mate... Subjek killer sekarang ialah Mate, Mate Tam and Arab..

 Nanti nak lanjutkan pelajaran di luar negara, dekat United Kingdom tapi, masa tu mungkin da kawen and da anak.. sebab takut jd lain pergi awal2...UK, I'm coming! Tapi, SPM kene cekang, baru leh. Ni baru tunggang langgang.. Haih.Ok, nak rest dulu sebab penat. Bye....

Sabtu, 24 November 2012

Tuisyen oh tuisyen

Semakin hari semakin banyak kerja yang nak dilakukan. Penat pun ada jugak sampai tidur pun tak cukup. Aduhai, tahun depan dah SPM. Macam mana ni? Tak tahu nak buat apa. Buku pun malas nak sentuh, nak buat soalan ramalan, lagilah.

Khamis, 8 November 2012

Nak makan

Nak makan nasik.. Lapaq la pulak. Dah semalam baru lepas balik asrama, haduih penat! Lepas nie, nak cerita pasal suka duka Sephia melayari alam form 4 ni.. Hehe.. Tak ada yang spesel pun tentang diri Sephia, tapi cubaan dan dugaan yang membuatkan semuanya jadi sweet! Lepas ni, Sephia kena bertarung pulak dengan cubaan peperiksaan.. Camne agaknya?? Cuba beri pandangan..SPM, I'm coming!! Doakan semuanya jadi yg terbaik!!