Ahad, 29 Mei 2016

Niqabie VS Selfie?

Assalamualalaikum.

Dalam isu-isu semasa zaman sekarang, terpanggil saya nak beri sedikit pencerahan mengenai para niqabis di luar sana. Actually, dalam group usrah + dropship khimar kami, ramai senior yang bagi pendapat dan berkongsi tip-tip berniqab ni alhamdulillah. Ramai yang request dekat saya utk upload nasihat buat para niqabis. Bila fikir panjang, barulah saya rancang nak up entry pengalaman saya memakai purdah selama kurang dua tahun. In shaa Allah semoga bermanfaat.

Saya bukan fully pakai niqab dan purdah (sebab dekat matrik tak boleh pakai), just pakai bila nak keluar outing saja. Saya pakai utk lindungi diri dan wajah daripada dikenali (sebab masa tu saya rasa tak selamat bila dedahkan muka dkt public). Perasaan bila pakai tu, ya Allah rasa nak mengalir air mata. Alhamdulillah, rasa selamat dan seolah-olah ada bodyguard yang melindungi saya.

Sungguh, rasa selamat. Buat para niqabis yang bersungguh-sungguh memakainya kerana Allah, perasaan itu sangat luar biasa. Hanya kita saja yang tahu perasaannya. Orang lain tak boleh nak tahu. Ada orang kata, tak panas ke? Alah bisa tegal biasa. Bila dah biasa, dah tak apa. Cuma kenalah istiqamah pakai (kes saya ni tak boleh istiqamah sebab tak dibenarkan pakai purdah atau niqab bila ke program atau ke kelas). = (

Banyak saya tgk dekat fb, ig banyak para niqabis upload gambar-gambar mereka. Pandangan saya, tak salah ya. Cuma gambar yang diambil hendaklah dari jauh, berbatu-batu pun tak apa dari camera tu. Sebab apa? Sebab para niqabis kena ingat, walaupun anggota muka kita separuh ditutup, tapi yang jadi fitnah ialah MATA. Ada dalam kalangan para niqabis berhiasan berlebih-lebihan dekat bahagian mata, kening, dan ada yang pakai contact lens. Mereka menangkap gambar dari jarak yang dekat untuk menampakkan 'perhiasan' mereka. Untuk apa mereka berniqab? Nauzubillahi min zalik. Perbetulkan niat kita.

Zaman Rasulullah dahulu wanita-wanita Islam sangat menjaga bab aurat. Bahkan mereka juga malu dilihat orang. Kita?

Sewaktu zaman saya berniqab dulu, langsung tak ada gambar saya pakai niqab dalam phone. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat elak saya dari upload dkt media sosial. Sebab itulah saya tak suka bergambar. Even ramai-ramai pon saya tak masuk port. Mungkin terkesan dari zaman saya berniqab dulu. Kalau ada gambar pun, adakalanya saya scroll dan padam balik gambar-gambar saya tu. Nampak pelik dan kelakar bagi sesetengah orang, tapi bg saya tak janggal.

Whatsapp profile?
Sekejap je saya letak gambar saya, kemudian saya tukar gambar baby ke gambar-gambar yang bukan gambar saya.

Fb?
Banyak share ilmu dan update status yg bermanfaat dari up gambar (dikhuatiri akan di'like' oleh ajnabi) Sekarang dalam proses untuk delete dan private gambar.

Macam mana kalau gambar ramai-ramai?
Ada pensyarah, saya akan join. Kalau tak ada pun saya akan menyelit di mana-manalah asalkan tak nampak gambar saya full. Malu jugak sebenarnya kalau orang tgkp gambar.

Para niqabis,
Boleh nak up gambar tapi berpada-padalah ya. Simpan je gambar tu buat tatapan suami. Kalau rasa nak up jugak, okay up je. Lepastu delete balik. = ) Semoga kita jadi wanita yg solehah.
Bukan saya nak riak up pasal status ni sedangkan saya sekarang sudah tak pakai niqab lagi (bila dapat masuk IPG, keputusan untuk tak pakai niqab dipersetujui), tp cuma sekadar mahu nasihat saja. Doakan saya juga dpt pakai lagi niqab dan purdah suatu hari nanti. Tq Kak Lynda tlg buatkan purdahnya. Sampai sekarang saya simpan.

Khamis, 4 Februari 2016

Scholar Who Walks The Night








Sebelum nak balik kampung esok kan, okay malam ni kita buat sedikit review. Memandangkan saya ni suka sangat tengok cerita zaman diraja atau dinasti, tak kiralah cerita Melayu ke Inggeris ke, Cina dan Korea pun saya suka. Faktor yang menyebabkan saya suka ialah jalan cerita, kisah-kisah sejarah. Sangat minat. Okay, kali ni saya review cerita history korea, The Scholar Who Walks The Night.
.
Cerita ni mengisahkan bagaimana seorang vampire (Kim Sung Yeol) berusaha untuk membunuh musuh tradisi yang bermaharajalela di istana. Dia perlu mencari memorandum yang mengandungi pelan rahsia untuk membunuh musuhnya itu (Gwi).
.
Kim Sung Yeol mendapat bantuan dari seorang penulis buku iaitu Yang Sun yang merupakan sebahagian daripada pelan rahsia tersebut. Caranya ialah Yang Sun perlu memberi darahnya untuk diminum oleh Kim Sung Yeol. Sepanjang cerita ini, biasalah kalau tak menangis tu memang taklah. Sedih sangat. Liku-liku perjalanan seorang vampire yang tidak seperti manusia normal tetapi sangat menginginkannya.
.
Cerita ini saya highly recommended for those yang sangat minat akan history. Kalau nak saya cerita semua, jadi tak surprise la kan. Kena la tengok sendiri di dramafire.com. Seriously, tak rugi. Okay, saya belanja gambar lagi ye.






Belajar bahasa KOREA

Anyeong. Hari ni nak share tentang belajar bahasa Korea pula ye. Blog ni dah berhabuk sikit, jadi kena selalu update.

안녕 하세요? dibaca “Annyeong haseyo” ertinya (Apa khabar?).
안녕히 계세요 dibaca “Annyeonghi kyeseyo” ertinya (Selamat tinggal).
안녕히 가세요 dibaca “Annyeonghi kaseyo” ertinya (Selamat jalan).
고맙습니다 / 감사합니다 dibaca “Komapseumnida/Kamsahamnida” ertinya (Terima kasih).
죄송합니다 / 미안합니다 dibaca “Choesonghamnida/Mianhamnida” ertinya (Maaf).
네 dibaca “Ne” artinya (Ya).
아니요 dibaca “Aniyo” artinya (Tidak/Bukan)


안녕 dibaca “Annyeong” ertinya (Apa khabar?).
잘 있어 dibaca “Chal isseo” ertinya (Selamat tinggal).
잘 가 dibaca “Chal ga” ertinya (Selamat jalan).
고마워 dibaca “Komawo” ertinya (Terima kasih).
미안해 dibaca “Mianhae” ertinya (Maaf).
응 dibaca “Eung” ertinya (Ya).
아니 dibaca “Ani” ertinya (Tidak/Bukan).

Okay, kita try yang ni pulak ya.

  1. 안녕 하십니까 ? dibaca “Annyeong hasimnikka” ertinya (Apa khabar ?, Selamat pagi, Selamat siang, Selamat sore, Selamat malam) Formal.
  2. 안녕 하세요 dibaca “Annyeong haseyo” ertinya (Apa khabar ?, Selamat pagi, Selamat siang, Selamat petang, Selamat malam) Informal.
  3. 안녕히 가십시오 dibaca “Annyeonghi kasipsio” ertinya (Selamat jalan) Formal.
  4. 안녕히 가세요 dibaca “Annyeonghi kaseyo” ertinya (Selamat jalan) Informal.
  5. 잘가요 dibaca “Chalgayo” ertinya (Selamat jalan) Informal.
  6. 안녕히 계십시오 dibaca “Annyeonghi kyesipsiyo” ertinya (Selamat tinggal) Formal.
  7. 안녕히 계세요 dibaca “Annyeonghi kyeseyo” ertinya (Selamat tinggal) Informal.
  8. 안녕히 주무십시오 dibaca “Annyeonghi Chumusipsiyo” artinya (Selamat tidur) Formal.
  9. 안녕히 주무세요 dibaca “Annyeonghi Chumuseyo” ertinya (Selamat tidur) Informal.
  10. 잘자요 chal chayo dibaca “Chal chayo” ertinya (Selamat tidur) Informal.
  11. 축하합니다 ! dibaca “Chukhahamnida” ertinya (Selamat !) Formal.
  12. 축하해요 ! dibaca “Chukhahaeyo” ertinya (Selamat !) Informal.
  13. 생일 축합니다 dibaca “Saengil chukhahamnida” ertinya (Selamat ulang tahun) Formal.
  14. 생일 축하해요 dibaca “Saengil chukhahaeyo” ertinya (Selamat ulang tahun) Informal.
  15. 새해복 많이 받으세요 dibaca “Saehaebok manhi padeuseyo” ertinya (Selamat tahun baru) Informal.
  16. 즐거운 휴일 보내세요 dibaca “Chulgoun hyull poneseyo” ertinya (Selamat berlibur) Informal.