Isnin, 31 Mac 2014

Tomorrow is de day

Bismillahirrahmanirrahim.........

# Misi: Untuk menjadi penulis

Assalamu'alaikum diaryku yang tersayang. Mulai esok, tinta akan pulang ke kampung. Kampung tinta dekat aje. Kalau dari Sungai Petani, kira-kira dalam setengah jam sampailah. Tak sabar pulak nak tunggu esok. Jadi, dalam dua tiga hari ni blog tak update macam selalu lah ye. Diary, jangan sedih-sedih. InsyaALLAH, tinta akan update as soon as possible. Mana boleh pisah dengan diary kesayangan ni :)

Diary,
 Tinta masih ingat kata-kata Ibnu Qayyim al Jauziyya, 'Cinta itu boleh lenyap dengan lenyapnya sebab.' Masih copypaste lagi dalam otak ni. Asalnya, tak mahu tulis blog malam ni, tapi  dah penat baca buku INSAK & MTesT, alang-alang dah terbuka laptop, so tulis aje.

Diary,
Asif  la ye sebab tinta tak boleh lama-lama tulis ni. Twin punya turn pulak. Novel dia mungkin akan diterbitkan, jadi kenalah bagi dia pulak. Bak kata orang, sharing is caring. Dia sekarang makin busy nak guna laptop. Aishh, mujur tadi sempat main Candy Crush ( tak lepas level lagi :( ) secara sorok-sorok. Moga novel sulung dia nanti dapat diterbitkan. Yang tinta punya sudah, hehe. (Oktober 2013). Nanti bagi lah novel tu free ekk.

Diary, sekian saja untuk malam ni. Alhamdulillah cuaca sejuk lepas hujan.  Teringat pulak nak main hujan waktu kecik-kecik dulu.....
 *Esok balik Bukit Selambau :)

Ahad, 30 Mac 2014

Penguat Semangat


"Apabila kita hendak melihat wajah sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah golongan yang berakhlak, tentunya sesebuah negara itu akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku."

(Prof. Yusuf al Qaradhawi)


Kutanamkan di dalamnya mutiara,
hingga tiba saatnya ia dapat menyinari tanpa mentari
dan berjalan di malam hari tanpa rembulan.
Karena kedua matanya ibarat sihir dan keningnya laksana pedang buatan India
Milik Allahlah setiap bulu mata, leher dan kulit yang indah mempesona


Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, ditengah keagunganMu, wahai Rabbku


(Dr. Aidh Al Qarni)

Cinta itu perang
Iaitu perang yang hebat di dalam rohani manusia
Bila jiwa yang suci beroleh kemenangan
Kelak akan didapati seorang yang tulus, ikhlas
Luas faham, sabar dan terang hati
Jika ia kalah
akan didapati seorang yang putus asa
sesat, lemah hati, kecil perasaan
bahkan kadang-kadang
hilang kepercayaan kepada diri sendiri

(Prof. Hamka)

Khamis, 20 Mac 2014

Alhamdulillah, Praise To Allah :)


Assalamu'alaikum diaryku. Bagaimana hari ni? Diary sihat? Tinta baru aje balik dari sekolah. Pegi amik keputusan SPM yg diumumkan hari ni. Alhamdulillah, diary. Allah kurniakan kejayaan kepada hamba-hamba-Nya yang berusaha.  Tinta dapat 9A.  Allah, terima kasih kerna segala keperitan yang tinta alami telah berakhir  dengan kejayaan yang paling manis. Diary, sekarang ni tengah confuse nak pilih kos apa nak masuk u nanti. Jordan, I'm coming to u. :)

 Bahasa Melayu   : A+
Bahasa Inggeris   : B
Sejarah                 :  A+
Matematik          : A
Sains                    : A+
+MT                     :  C+
Prinsip Akaun   : A
Ekonomi Asas    : A-
Quran Sunnah    : A-
Pend.Syariah     : A+
Bahasa Arab     : A


Ni lah keputusan dia. Yang dpt B dan C tu tak payah tengok la ye..

Sabtu, 15 Mac 2014

Ya Murabbi!



Malam menjelma. Bulan memancarkan cahayanya walaupun tidak seterang matahari. Alhamdulillah, saya masih ada kesempatan untuk bertinta. Menyiapkan karya buat umat di luar sana. Pen dan nota tenang ‘meminjamkan’ badan mereka untuk saya menulis. Saya memandang foto puteri  Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi. Menyenangkan hati. Banyak sungguh surat yang saya terima. Dari adik usrah, teman sekelas bahkan juga sahabat karib saya, Drea Hannah. Walaupun kami agak rapat, tapi adakalanya dia akan menulis surat kepada saya sekadar untuk menjawab soalan-soalannya. Saya meraikan. Teringat kata-kata Ibn Qayyim al-Jauziyya, ‘Takut kepada yang dicipta akan menjauhkan kita daripada-Nya, tetapi takut kepada yang Maha Mencipta akan mendekatkan kita kepada-Nya.’  Nota-nota dan sticky note agak berselerak di meja belajar. Banyak betul kerja sekolah yang perlu disiapkan dengan segera.

Drea Hannah merapati saya. “Najwa sibuk ke? Asiflah sebab ganggu Najwa buat kerja sekolah.”  “Tak adalah.  Sikit saja ni. Nanti siaplah dia. Han nak tanya apa? Nak tengok saya buat kerja sekolah ni?” Buku Prinsip Perakaunan tersusun rapi setelah dikemas. “Han tak ambil subjek tu. Nampak nombor dengan kotak-kotak aje. Pening kepala.” Saya ketawa kecil. Kini, sudah tiba masanya saya menanyakan sesuatu kepada Hannah. “Hannah, Najwa nak cerita sesuatu dekat Hannah. Boleh?”  “Wah, ini sesuatu yang bagus. Ceritalah.” “Najwa bermimpi dua orang murabbi, Han. Ustaz Badruddin dan juga Ustaz Rodzi.”  “Mimpi ustaz? Alhamdulillah satu petanda yang baik. Han pun tak pernah mimpi ustaz. Najwa bertuah sebab dapat rasai pengalaman tu. Ustaz ada cakap apa-apa tak?” tanya Hannah kepada saya.

“Maksud Hannah?” “Maksudnya, ustaz ada cakap apa-apa tak dalam mimpi Najwa tu?” “Yang Najwa ingat Ustaz Badruddin tu bagi salam dan senyum ja. Ustaz Rodzi pulak dia suruh Najwa pergi ambil keputusan SPM tu cepat-cepat.”  “Berdebar rasanya nak tunggu keputusan keluar kan? Boleh pengsan kalau fikir-fikir balik. Najwa ada rasa apa-apa tak sebelum nak ambil result  time PMR dulu?”  “Ada. Sehari sebelum nak ambik Najwa sakit perut sebab terlalu takut. Tangan sampai sejuk macam orang demam.” “Tudia, sampai macam tu sekali. Hannah tak rasa apa-apa pun.” “Orang pandai macam Hannah memang tak rasa apa-apa. Belum ambik keputusan lagi dah tahu dapat berapa A.”  “Najwa ni, tak adalah. Hannah ni biasa-biasa saja. Lainlah kalau Najwa tu. Boleh ambik subjek yang kira-kira tu. Hannah tengok subjek PA ni banyak kotak-kotak.” “Allah, Hannah. Najwa ni biasa-biasa saja. Banyak kelemahan daripada kebaikan. Tapi, is not wrong kan kalau kita sebagai hamba nak perbaikinya untuk menjadi lebih baik?” “Yes, dear.”


“Najwa, ada tak Najwa salin kata-kata Khalifah Abdul Malik Marwan masa ceramah murabbi hari tu?  Hannah dah salin tapi kertas tu habis basah kena air hujan.” “Alhamdulillah, Han. Najwa sempat salin.”  “Boleh tak tolong tuliskan atas sticky note?”  “Tentulah boleh.” Saya mengambil pen glitter dan menulis untuk sahabat baik saya ni. ‘Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.’  “Esok, kita pergi jumpa murabbi.” Kata Hannah. “Nak buat apa?” “La, kita ceritalah pasal mimpi Najwa tu.”  “Tak naklah. Malulah.”  “Jomlah. Tak ada salah kan?” “Nantilah, Najwa siapkan kerja ni dulu. Esok, kalau tak ada usrah dengan adik-adik, kita pergi ya.” 

“Yeay, nanti nak beritahu murabbi.” Hannah mengambil al-Quran tafsir pemberian kakak senior kepada kami. Tanpa disedari, nota yang diselit di dalamnya terjatuh. Saya memandang dan membacanya dihadapan Hannah. Sungguh membelah sukma. ‘Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.’ (Surah al-A’raaf ayat 204) . Kami tersenyum. Rindunya dengan kakak senior yang berada di Yarmouk, Jordan. Semoga dia dapat merasai kehadiran kami di sana. Esok, merupakan hari saya untuk berjumpa dengan murabbi. Ya, murabbi!

Jumaat, 14 Mac 2014

Sahabat, Uhibbukifillah!


SAHABAT, UHIBBUKIFILLAH!
Indahnya dapat menghirup udara segar, melihat burung-burung terbang dan berkicauan. Sungguh indah lagi dapat hidup lagi di muka bumi Allah ini. Keadaan bukit bukau yang hijau dan cantik  amat berbeza jika dibandingkan dengan di bandar. Para pelajar tingkatan 5 SMKA Tinggi Heather berpeluang meneroka ke dalam hutan untuk menghadiri kem yang dianjurkan di sana. Penuh suasana tarbiah. Nikmat untuk menjalinkan silaturrahim. Yang paling penting, dapat menimba ilmu pengetahuan di sana. Para pelajar diminta untuk menyiapkan khemah dan selepas itu mereka boleh melakukan aktiviti sendiri. Pelajar lelaki diberi pengecualian untuk kerana mereka perlu meredah hutan mencari kayu api. Penulis muda ini masih tekun dengan pen dan nota. “Najwa, jom kita rehat dalam khemah. Penatlah,” kata Thorfina. Penulis muda ini meraikan. “Najwa, dah sehari suntuk  Fina tengok Najwa dengan nota, pen. Teringin nak berdiskusi lagi dengan Najwa macam selalu. Dah dekat tiga minggu kita tak berdiskusi semenjak Najwa masuk hospital hari tu.”   “Allah, tak sangka saya dah banyak ketinggalan dalam pelajaran jika dibandingkan dengan yang lain. Fina masih ada kesempatan itu.”

“Najwa, ceritalah dekat Fina macam mana Najwa boleh masuk hospital. Semua orang dalam dorm rindu tau dengan Najwa. Tambah-tambah lagi Hannah. Dia sampai pengsan bila dapat tahu Najwa masuk hospital. Kami nak tahu juga Najwa ni sakit apa.”  Saya memandang Drea Hannah. Sedang nyenyak tidur dalam khemah kami. “Saya sakit biasa-biasa saja. Tak ada apa-apa pun.” “Fina tahu Najwa sedang sembunyikan sesuatu kan?”  Pertanyaan Thorfina membuatkan saya sedikit terkesima. Bagaimana saya mahu memberitahunya? Sungguh, saya tidak mahu dia ataupun Hannah yang tahu. Takut nanti mereka risaukan saya. “Ceritalah Najwa. Fina sedia mendengar.”  “Saya baru buat pembedahan tulang belakang. Tapi, Alhamdulillah sekarang dah sihat.”  “La, Najwa tak beritahu Fina pun. Semua orang risau tau pasal Najwa. Kami mati-mati ingat Najwa balik kampung. Ada yang kata demam panas. Mereka ni suka-suka buat ceritalah. Aishh, nak kena ni.”

“Thorfina, sabar. Sabar itu separuh daripada iman.  Jangan jadikan syaitan dan hawa nafsu sebagai teman. Second, cuba ambil ibrah daripada  kata-kata murabbi. Beliau ada sebut kepada kita agar bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian, bukan menghukum orang sesuka hati.   “ Maksud Najwa? Fina tak faham.”  “Fina, kita dapat semua nikmat yang Allah bagi. Paling sempurna, dua nikmat ni. Nikmat iman dan nikmat Islam. Kalau Fina nak marah-marah orang yang buat-buat cerita ni, rugilah. Allah menciptakan kita untuk menjadi khalifah di muka bumi ni. Lagi special, title kita sebagai daie. Tugas kita, tarbiah dan mendidik. Bukannya sebaliknya.  Fina, bantulah  mereka dengan menceritakan perihal yang sebenar. Moga-moga nanti tak ada lagi berita yang kurang enak pasal saya ni. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Saya akui saya banyak kelemahan tapi saya cuba memperbaikinya. Dengan Fina, insyaAllah mereka faham. Kita dapat pahala sebab tak sebarkan berita-berita yang tak sahih. Yang lagi teruk, boleh tersebar menjadi fitnah. Ingat Fina. Dosa memfitnah lebih besar daripada dosa membunuh. Astaghfirullah.” 

 “Maaf, Najwa. Fina tak sengaja. Bukan apa, masa Najwa sakit dulu semua orang asyik cakap-cakap belakang pasal Najwa.  Fina tengok selepas Najwa datang ke sekolah semula, Najwa dah tak ramai kawan. Mesti sebab ada segelintir kawan-kawan kita yang sebarkan berita-berita yang tak enak pasal Najwa dekat sekolah.  Fina cuma nak tolong saja.” “Fina boleh tolong saya.” “Macam mana?”  “Tolong saya untuk menjaga hati. Kalau saya tersilap langkah, bantulah saya. Nasihatilah saya. Saya masih mendambakan nasihat dan semangat dari sahabat-sahabat. Saya bertuah kerana saya sembuh daripada sakit dan Allah menghapuskan dosa saya. Saya ni banyak berbuat salah.”  “Habis tu, Najwa nak buat tak tahu saja diorang nak sebarkan hal-hal yang tak enak pasal Najwa. Kalau Fina, Fina dah bedal orang yang macam tu.”
 Saya membacakan maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216. ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu.’  

“Itu pegangan saya, Fina. Pendirian saya untuk banyak berdiam diri daripada menumbuhkan dosa. Apapun yang berlaku pada saya, saya anggap itu ujian daripada-Nya. Janganlah kita menyalahkan sesama sendiri atas apa yang berlaku. Walaupun saya sekarang tak banyak kawan, tapi pen dan nota ini masih mahu menjadi teman. Bahkan saya menganggap mereka sebagai nyawa. Mereka masih senang meminjamkan ‘badan’ mereka untuk saya bertinta. Itulah yang saya hargai, Fina. Teringat kata-kata murabbi yang selalu membacakan ayat ini. Zupp!! Menusuk ke dalam sukma. ‘Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’ (An-Nisa:19). Hannah masih lagi lena tidurnya. Bertuah sungguh saya mendapat rakan seperti Thorfina. Walaupun kami jarang berjumpa, tapi saya tabik dengannya. Tidak terburu-buru percaya khabar tanpa usul periksa. Diselidik hingga ke lubang cacing. Alhamdulillah, doa saya moga Thorfina maju sebagai daie yang berwibawa, insyaAllah.

Khemah kami mula didatangi beberapa lagi teman saya. Saya melihat Thorfina tidak begitu gembira dengan kehadiran mereka. “Najwa, kami minta maaf sebab buat-buat cerita pasal Najwa. Kami janji kami tak buat lagi,” kata Nayla mewakili ahli kelas saya. “Saya pun,” tambah Safea. “Tak  apa. Najwa maafkan.” Muka Thorfina cerah semula. Khemah kami yang agak senyap tiba-tiba berubah menjadi riuh. Saya tersenyum melihat keadaan  begitu. “Nanti, kita boleh dengar kuliah penulis muda ni lagi,” tokok Sabrina. Husna, Anis Shuhaida dan Izmar memandang saya sambil ketawa. “Maaf ya Najwa. Kami tengah kemas barang. Tak terlambat lagi kan untuk dengar diskusi ilmu.”  “Tak. Marilah,” ajak Thorfina. Hayatie menggerakkan Drea Hannah yang tidur sambil memegang buku saya. Buku yang saya suka karya Prof. Dr Yusuf al Qaradhawi dan Ibnu Qayyim. Makin erat nampaknya. “Han, bangunlah. Kita nak dengar Najwa bagi ceramah ni. Dia boleh tidur pulak.”  “Nantilah. Han masih mengantuk ni.”  Semua orang ketawa. Nikmat ukhwah dirasakan kembali.

“Najwa, Thorfina ada puisi untuk Najwa. Nak dengar tak?”  Saya terkejut. “Oh, terima kasihlah Fina. Bacalah Fina. Mesti semua orang nak dengar.”  “Jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa kepada Tuhan. Ingatlah, biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali. Sedap tak puisi ni?”  Air mata saya hampir terkeluar. Allah, enaknya hidup berpaksikan cinta Tuhan. Cinta yang tak akan pernah luput. Bagai cinta Rabiatul Adawiyah kepada sang Pencipta.Juga seperti utuhnya serikandi Zinnirah. Saya mengeluarkan sticky note untuk menulis sesuatu kata-kata semangat buat Thorfina. Tak ketinggalan buat rakan-rakan yang lain juga. Sticky note nampak agak kusam warnanya gara-gara hampir sebulan tidak terusik. ‘Sesungguhnya seorang Muslim itu apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan dibawa bersama hati sahabatnya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya akan terbias untuk saudara seperjuangannya.’ (Mustafa Masyhur)  “Terima kasih Najwa untuk tulisan yang berharga. Fina janji Fina bantu Najwa dalam studi nanti ya. Kesian kawan Fina ni studi sorang-sorang.”  “Terima kasih Fina.”  “Hannah dengan yang lain tak mau diajak sekalikah?” tanya Sabrina. “Lagi ramai lagi seronok.” “Najwa, benda apa yang tersorok dalam tudung Najwa  tu?”  Fina hairan melihat seperti wayar mp3 yang terselindung didalam tudung saya. “Hurmm, Fina tadi Najwa dengar qasidah tadi. Waktu Fina datang, tak sempat nak off. Tak sedar rupanya. Fina dengarkah?” tanya saya.

“Mestilah. Patutlah pelik sebab tadi waktu kita sembang macam dengar bunyi qasidah tapi tak tahu datang dari mana. Rupanya dalam mp3.”  Semua orang tergelak. Gurauan kami terhenti apabila Cikgu Muhammad Islah memberi taklimat tentang kem yang akan bermula selepas solat Maghrib. Maknanya, kami masih mempunyai masa untuk berdiskusi lagi sambil mengemaskan barang-barang. Sebelum itu, saya sempat meminjamkan majalah kesayangan saya kepada Thorfina, Hikmah Musibah. Dua minggu berada dalam hutan memberi satu peluang yang berharga. Seorang demi seorang rakan saya beredar.  Saya mengambil diari coklat pemberian kakak senior yang berada di Jordan. Mula menulis sesuatu yang berharga.

Jumaat, 14 Mac 2014, 1.27 petang

Ahlan wasahlan sayyidul ayyam. Al-Kahfi peneman segala duka. Buat teman Ibriz Thorfina, no one could replace you as if they could. You’re always there, you’re always care, my bestest bud forever. Diary, inilah realiti kehidupan. Ibarat roda yang berpusing. Kadang-kadang di atas, kadang- kadang di bawah. Dengarlah  puisi daripada insan yang mengharapkan cinta dan redha Illahi.

Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan dan pengajarannya…. Dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.

Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita kuat berfikir,huru hara menjadikan kita tabah. SUBHANALLAH! Begitu hebatnya  Allah! Semua aturannya mempunyai hikmah tersembunyi.

                                                                            

Isnin, 10 Mac 2014

Kata-kata Imam As-Syafie



*Misi untuk menjadi penulis yang kreatif.

" Cintailah orang soleh kerana mereka memiliki kesolehannya,cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah s.w.t. dan  cintailah Allah s.w.t. kerana Dia kecintaan nabi dan orang soleh."

"Sesiapa yang mempelajari al-Quran, besar harga dirinya.
Sesiapa yang mempelajari  hadis, tinggi martabatnya.
Sesiapa yang mempelajari  bahasa, lembut hatinya.
Sesiapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya.
Dan sesiapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya."

"Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya, hendaklah dengan ilmu. "

" Semua kesenangan di dunia pasti beriringan dengan kedukaan. Tidak ada rumah yang terisi dengan kegembiraan kecuali juga terisi dengan kesedihan."
                                                         Ibnu Mas'ud

She's turning 20 tomorrow



*Mision: To be a better person:) And to complete the unfinish entry.

Alhamdulillah, the story begins. Diary, do you know what the surprise is? Waa, I can't wait to give this gift to my dearest sister. She's the best sister that I've ever met. Thanked God for this precious gift. Sister, I love you because of Allah. :)Diary, actually I want to adapt this note to become a story, but you know.... Something is missing in my heart. My sister. She's kind, lovely and her smile can make me turns melt, hehe...

Practising to write in English Language. Diary, it sounds terrible for me. Can you make decisions for me? Arabic or TESL? So confuse. Istikharah make me calm and I know what I  need to do. She gives her advice to me, la la la... She said, take Arabic first in university. Then continue TESL. Diary, I thanked her a lot. She's turning 20 tomorrow. The present??? Usually, I post birthday card for her. Last year, hehe 'face to face' to give that present. Before that, unfortunately, the card was wet due to rain. My bag was fully wet. Alhamdulillah, the card was still  okay. :) Maybe it knows  is for someone special.

Diary, I'm sorry if my writing is not good. I'm still practising. The present is ready... This year, I make special video for her. Created with Magisto. Complete with twinkle-twinkle little star song. Diary, you know me best. I care. For my dear sister, this surprise is for you. Happy Becoming Birthday tomorrow. May Allah bless us with happiness.

#still hope the news of MH370.