Selasa, 30 Jun 2020

Sedutan Impianra IX


Surat perjanjian itu dibuka. Terketar-ketar Arra Sephia membaca isi perjanjian 'palsu' yang sengaja ditulis oleh manusia yang tidak bertanggungjawab untuk 'memutuskan' hubungan dia dan El Khori. Tersentap. Kecewa.  Terkilan. Dia bermatian-matian untuk melindungi El Khori dan itu balasan yang dia dapat?

'Perjanjian 15: Kerajaan Heather bersetuju menyerahkan El Khori sebagai taruhan perdamaian antara kerajaan Diamond dan Heather. '

"Jadi, benar adik yang tandatangan perjanjian ini? " Soal kak Mirah.  "Sumpah bukan adik yang tandatangan. Ada orang yang sengaja manipulasi keadaan. "

"Habis kalau bukan kamu, siapa?" tanya El Khori.  Arra Sephia tergamam. Dia sepertinya tidak boleh menghadam apa yang berlaku. Hatinya seperti ditoreh-toreh sekarang ini. Mana mungkin dia akan menyerahkan orang yang dia sayangi kepada musuhnya sendiri?  Tak mungkin!

"Adik... Kakak mahu adik jelaskan apa yang berlaku. Kenapa korbankan El Khori untuk kepentingan adik ni? " Arra Sephia diam tak tidak menjawab soalan kak Mirah.  Dia menahan air matanya daripada jatuh.

"Adik tak akan sesekali menyerahkan El kepada Diamond jadi jangan risau.  Surat ini sebenarnya palsu. Tidak menggunakan bahasa dan tulisan rasmi kerajaan Heather jadi adik pandang sekilas sudah tahu. Tandatangan adik pun bukan tandatangan rasmi yang adik gunakan. Jadi, terpulanglah kepada sesiapa yang mahu percaya. Adik tak menghalang. Bencilah adik jika mahu. Adik sudah jelaskan semuanya."

Arra Sephia meletakkan kembali surat perjanjian itu di atas meja dan dia tidak berhasrat untuk memusnahkannya. Tiba-tiba siren kecemasan berbunyi di ruang utama bilik pelawat.  William datang membawa khabar.  "Sephia,  istana kena serang!  Cepat! "

Dia mengangguk tanda memahamj arahan William dan bergegas menyarung pakaian keselamatan.  El, kak Mirah dan kawan-kawannya bingung melihat perlakuannya itu. Siapa Arra Sephia sebenarnya?  Kenapa dia menerima tugas itu bukan orang lain?  Adakah dia merupakan pewaris takhta seperti mana rakyat Heather gembar - gemburkan itu?

"Arif, saya minta tolong untuk jaga pelawat-pelawat kita. Jangan bagi mereka keluar. Askar Diamond dah mula serang kawasan istana. Bantuan akan sampai dalam 15 minit. Jadi tolong jangan keluar.  Saya dah 'pagar' bilik ini. Mereka tak boleh masuk. "

"Baik. Tapi aku nak kau hati-hati. Aku akan jaga bahagian pintu gerbang. May yang akan jaga mereka dekat sini. " Arra Sephia bergegas keluar dari ruang pelawat itu. Dia perlu ke ruang utama istana kerana dikhuatiri ada rakyat atau pekerja istana yang tercedera.

Dia memerhati keadaan dengan berhati-hati. Tangannya terketar-ketar memegang panah. Askar-askar Heather ada yang melindunginya supaya tidak terkena serangan musuh. Dari jauh,  dalam bunyi tembakan sini sana,  dia nampak Lily sedang berlari ke arahnya.

"Lily, cepat!  Phia ada dekat sini. Jangan takut. "

"Sephia, awas!!!"

Lily berlari dan terus memeluknya.  Dang!  Tembakan peluru tepat mengenai belakang Lily. Darah memancut keluar. "Phia..... "
Lily rebah. Arra Sephia bergegas memeluk Lily dan mengoyakkan skafnya untuk mengelak darah terus keluar.

"Lily!!!  Jangan cakap.... Tolong bertahan... Jangan tinggalkan Phia.... "

"Tembak dia cepat! " kata askar Heather.
Askar Heather menembak musuh yang melukai Lily dan dia rebah.  Air mata kecewa Arra Sephia turun lagi.Melihat sahabat baiknya perlahan-lahan menahan kesakitan. Lily menyerahkan sesuatu daripada kocek bajunya. "Phia... ambil...surat ini... Cukup bukti...untuk...hapuskan... Emily dan Diamond.... "

"Lily, bertahan okay. Kejap lagi Doktor Florence sampai. Kita pergi hospital. Tolonglah bertahan."  Baju dan tudung Arra Sephia basah terkena darah. Air matanya turun tidak berhenti.

Lily tersenyum. Dia memegang muka kawan baiknya dengan tangan yang berlumuri darah. "Arra Sephia,  jaga...El baik-baik. Jangan... biarkan...dia jadi taruhan...Diamond. Janji ya..."

Arra Sephia mengangguk. Akhirnya, tangan itu jatuh ke lantai. Lily sudah pergi buat selama-lamanya. "Tidak, Lily!!! " Arra Sephia memeluknya dengan erat. Suasana hiba menyelubungi ruang utama istana.

Suasana panik tercetus apabila terdengar bunyi tembakan. "Entah-entah musuh dah sampai. Nak keluar boleh tak. Tak senang duduk dah dalam bilik ni, " kata Len.

"Kalau kau rasa nak mati awal haa silakan keluar. Tak cukup lagi dengan perjanjian palsu kau dengan kawan-kawan buat untuk pisahkan El dan Sephia, sekarang ni kau nak Sephia selamatkan kau pulak dengan alasan bodoh kau tu?" marah May.  Terdiam Len.

"May, betul ke perjanjian tu tipu?" tanya El Khori.

"Orang istana kalau kau bagi mereka tengok pun mereka sudah tau tipu. Haih, kenapa la kau boleh tertipu dengan si Len ni. Penat aku nak menjawab. Sephia tu sayang kau tau. Apa gila ke dia nak taruhkan kau dekat nenek sihir tu?  Aku kenal Sephia macam mana. Dia takkan korbankan orang yang dia sayang dan rakyat dia dekat nenek sihir tu, " terang May.

"Saya rasa bersalah pula ni."

"Kejap lagi pergilah minta maaf.  Tapi, tak semestinya dia akan maafkan terus. Tengok jugak mood dia. Kali ini memang dia terasa betul tau. Dengan aku pun dia dah cakap formal kiranya ada benda yang tak kena la tu."

Pintu bilik pelawat dibuka. Arra Sephia masuk dengan baju berlumuran darah dan matanya merah. "Ya Allah dik!  Apa dah jadi ni?" Kak Mirah cuba untuk mendekati tetapi Arra Sephia bergerak ke belakang. "Adik... "

"Arra, cerita apa yang sudah berlaku?" tanya El Khori dengan lembut. Dia tidak mahu tersalah anggap lagi. Khuatir Arra Sephia akan menjauhkan diri daripadanya.

"Lily sudah meninggal. Askar Diamond tembak dia semasa dia nak selamatkan saya. Saya dah kehilangan dua orang yang saya sayang. Pertama, El. Kedua, Lily. Saya memang ditakdirkan untuk lihat kekecewaan kan?"

"Apa maksud kau Lily dah mati?" tanya May keras.

"Lily, kawan baik kita sudah tiada May. Sekejap lagi saya nak uruskan pengebumian dia. Saya bagi masa 15 minit untuk kau bersiap. Yang lain, sila duduk diam-diam kalau tak mahu cedera. Saya masuk bilik dulu."

Arra Sephia membuka pintu bilik dan menguncinya. Dia menangis teresak-esak sambil memegang kertas bukti Lily. Suara esakannya didengari di luar pintu. El Khori menunggunya di pintu bilik. 'Arra,  saya minta maaf. Terlalu berat ujian untuk kamu. Berjanjilah dengan saya kamu akan kuat.'