Ahad, 30 Disember 2012

Hari ni dah balik asrama

Sekejap saja cuti kali ni. Dah nak sekolah. Tapi, tak apa sebab tahun depan Sephia dah last sekolah. Dah nak jadi orang dewasa. Yeah!!  Moga-moga SPM nanti boleh buat. Target 10A saja. Kalau boleh nak dapat 11A+ dalam SPM nanti...

Isnin, 24 Disember 2012

Bukit Bendera

Hari Ahad lepas,  Sephia sempat pergi Penang. Nak naik Bukit Bendera dengan mak sedara. Best sangat2. Tapi, nak tunggu sampai 2 jam memang tak patut. Menunggu sampai dua jam, kesian Imi dia nangis. Kami pun beli bubble dekat dia. Terus saja senyap. Dapat naik train. Memang best!!

Ni dia gamba kami semua
Lepas tu, kami pergi naik buggy. Best sebab dapat ronda-ronda. Tapi, dekat pemandangan atas cantik. Tak rugi kalau datang sini..

Jumaat, 21 Disember 2012

My Kampung

Hari ni nak balik kampung. Semua orang da dekat sana. Esok nak pergi Penang. Mak sedara ajak. Mesti best tak terkata. Lagipun, cuti ni tak byk melancong dimana-mana. Dah da kesempatan, baik pergi. Tak sabar nak pergi esok. Malam ni tidur dekat kampung.

Rabu, 12 Disember 2012

Buku my books

Buku-buku ni Sephia beli dengan duit sendiri. Sebenarnya buku-buku nie ada sebagai hadiah hari jadi dan ada yang saja-saja beli. Sephia tak tahu nak buat apa dengan buku yang berlambak nie, so Sephia susun dia diatas rak dan lebih gemar dibuat koleksi saja. Malas nak letak merata, so letak aje di dalam almari..
Buku yang paling tebal yang berwarna hijau

Buku -buku perwarna duka

Khamis, 6 Disember 2012

Selesema datang melanda

Jaga kesihatan, jangan makan banyak sangat.. Sedih la hari ni. Selesema datang lagi. Sephia terpaksa hadir  belajar dengan ditemani si baby sitter iaitu my cute selesema. Terer sungguh! Terseksa tahan dalam keadaan penuh aircond. Rasa mau sick hari ni. Waa!! Jangan nak demam sudahla. Tapi, semua ditanggung beres.. Sephia harap cepat lega ya, my selesema.

Makan kenduri di Perlis

Kali ini Sephia berpeluang pergi ke Perlis. Amat menyeksakan kerana perjalanan memang jauh. Sephia teruja kerana ini first time makan kenduri di tempat sejauh ni. Sephia pergi sana dengan mak sedara. Memang enjoy puas-puas tau!
Sephia bersama mak sedara. Tak sedar ada ular sawa mati belakang tu.



Selasa, 4 Disember 2012

Kenduri di my homestay

Tunggu giliran nak amik ayam
Sambutan kenduri amat menggalakkan.. hehe.. Seronok tak terkata. Sephia hanya nak tunjuk gambar-gambarnya saja sebab esok nak pergi jalan-jalan. Bye!!

Kak Amirah and me

Sephia nak cakap pasal kakak ni. Dah lama kami tak jumpa. Sekarang ni pun kami tak bersua. FB pun dah tak contact. Sephia tak mahu orang tahu pasal penyakit Sephia. Sephia bahagia sekarang, kak. Bahagia sangat-sangat. Kak Amirah ni pernah jadi fasi Sephia dulu. Sephia tergamam sebab Sephia pernah jumpa kak ni dulu tapi dah tak ingat.Sephia gembira sebab Sephia tak pernah rasa ada kakak. Kak Amirah banyak mengajar Sephia benda-benda yang Sephia tak tahu. Tapi, orang-orang kata Sephia minat dekat kak ni. Itu semua tak benar. Bukan minat! Biarlah Sephia simpan rahsia ni. Sephia tak akan bongkarkan semua. Masa kak ni pindah, Sephia menangis cukup-cukup. Mata dah sembab. Sampai sekarang masih tak hilang. Tapi, Sephia gembira kerana kak ni bahagia.

Kak Amirah tiga dari depan. Bahagia tengok dia senyum..


Time ni Kak Amirah pergi contest..

Ahad, 2 Disember 2012

Me and Saleha's family

Gambar kenangan ni kena simpan. Akan terpahat selamanya... Si kecil pun dah besar. Kak Saleha dan Fitri dah ada kehidupan masing-masing. Sephia doakan kebahagiaan mereka. Sephia nak tunjuk gambar-gambar time diorang ni happy dulu dengan kehadiran si kecil.....

Abi dengan ummi senyum tau. Sofea pun nak senyum juga!

Abi, nak sikit kek tu. Ummi bagi sikit tau.


Saleha and her family.. So sweet!
Semoga berbahagia walaupun sudah tidak bersama lagi.. Sephia berharap kak Saleha dan family happy-happy selalu ya..