Rabu, 5 Jun 2013

Jalan-jalan di Queensbay

As Salam bloggies. Dah lama tak tekan papan kekunci laptop sebab sekarang ni busy buat kerja kursus. Kerja sekolah pun banyak lagi. Sekarang nie tinggal Add Math saja. Sebenarnya baru first time pergi sana.
Pergi sana dengan ibu dan ayah sedara. X larat nak menghadap buku sekolah. Pergi Penang pada masa tu hujan lebat la jugak, tapi at last berenti pulak. Hmm... dekat Queensbay macam-macam ada jual, kedai makan pun ada. Rasa teruja sebab baru kali pertama makan dekat Kenny Rogers. Selama nie tak pernah pergi pun. Thanks my dear ibu sedara!!!

Balik kitaorang naik feri. Kekok pulak sebab dengan kereta-kereta sekali bawak naik atas feri tu. Apapun happy holiday semuanya!!
Dekat feri... Laut terbentang luas.

Aik, tengok apa tu??

Masuk paper! The Big News..

Suasana di Kenny Rogers

Semoga dapat jejakkan kaki di sana lagi. AMIN... :)

12. Cemburu - Ustaz Kazim Elias



02. Aurat Wanita - Ustaz Kazim Elias



DOSA WANITA DARI USTAZ KAZIM



41. Mukjizat Rasulullah & Amalan-Amalan Zikir - Ustaz Kazim Elias



Sabtu, 1 Jun 2013

IMAN

Allah akan uji kita.
Tidak dengan kesusahan, dengan kesenangan.

Ujian adalah untuk mengetuk diri kita agar melihat semula kondisi keimanan kita.

Kerana itu apabila Allah SWT membicarakan perihal 'nilaian' iman, Allah sering menyebut:

"Apakah kamu mengira mereka akan masuk ke dalam syurga..."

"Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan berkata: kami telah beriman..."

Kerana kita manusia yang sering menyangka iman kita cukup, sudah bagus, sedang Allah lebih mengetahui.

Ayat-ayat ini pula akan sering diiringi pesanan betapa ujian akan datang kepada kita, bukan sebagai ukuran buat Allah, kerana Allah Maha Mengetahui, tetapi untuk kita menilai kondisi keimanan kita sendiri.

"Apakah kamu mengira mereka akan masuk ke dalam syurga, sedangkan belum datang kepada kamu ujian sebagaimana yang ditimpakan ke atas kaum terdahulu..." ayat 214 Surah Al-Baqarah.

"Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan berkata: kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" Ayat 2 Surah Al-Ankabut.

Maka tatkala diri diuji, ambil peluang itu untuk muhasabah keimanan kita.

Apakah sangat diuji dengan musibah, kita bersangka baik dengan Allah dan bersabarkah?

Bila diuji dengan kesenangan, apakah kita bersyukur kepada Allah dan memanfaatkan kesenangan itu pada jalanNya?

Jawapannya merupakan kondisi keimanan kita.

--------------
Sertai TeenACE | http://langitilahi.com/teenace