Jumaat, 25 Januari 2013

Heroin... hehe :)

As Salam semua. Hari ini ku mahu minta maaf kerna tidak sempat sediakan topik yang mahu dibincangkan. Banyak sangat kerja sekolah yang perlu disiapkan. Tapi, insyaallah lagi dua minggu baru diupdate. Oh, malu betul sebab semalam mimpi yang bukan-bukan. Terlampau lajak ke depan pula.

Mahu cerita ku balik ke kampung. Mahu cerita kami mandi di sungai. Tapi, tak mandi pun. Hanya membasahkan kaki jer, hehe. Yang mandi tu sepupu kecil Idlan, 3tahun dan baby Amin 1 tahun. Amin sekarang dah pandai main susun batu sungai. Nanti dah besar, boleh jadi arkeologi. Sebab kecil-kecil lagi dah tunjuk minat. Air sungai pun agak dalam. Amin hampir-hampir lemas. Sebab dia main terjah je air sungai tu. Hehe.. lawak betul. Nasib beklah kita yang selamatkan dia. Habis basah kuyup muka dia. Idlan pula nangis sebab nak mandi. Tak pe, nanti kita pergi lagi..

Time ini duduk dalam lubang depan umah tok. Sambil-sambil tu ambil Imi dari atas masuk dalam lubang. Sampai Maghrib kitaorang main..

Gambar ni diambil masa pergi makan dekat KFC (tudung pink) and yang sebelah tu masa melawat umah baru..

Sekian saja untuk kali ni. Maaf saja jika tidak sempat sedia bahan untuk dimasukkan ke dalam Maqam Kaseh..

Rabu, 23 Januari 2013

Fitri Haris: Selamat hari lahir Sofea

Selamat hari Lahir yang ke-8 Sofea...


Sofea Solehah binti Mohd Fitri

Ummi: Saleha binti Soffyan
Abi    : Mohd Fitri bin Mohd Haris


Sabtu, 19 Januari 2013

Surah al Hasyr

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh... Salam muhibbah buat all bloggers.  Tinta hari ini mahu meneruskan bicara tentang kelebihan surah al Hasyr dan saya juga merasakan eloklah saya share setelah membaca surah ini. Alhamdullillah syukur. Ayat-ayat Allah sangat mujarab untuk melegakan semua kesedihan yang melanda.

Jika kita ditimpa masalah, dipulaukan rakan-rakan, segala pekerjaan yang dibuat tidak mendatangkan hasil dan sentiasa dilanda kesedihan, amalkan surah ini. Saya hanya menyampaikan apa yang ustazah saya bilang saja. Punya terkocoh-kocoh mahu tulis, hehe..

Saya pun dah try. Dengan izinNya, memang dah nampak kesan. Kawan dah mula mendekati, belajar pun dah ok, kurang rasa sedih. Perbezaan nampak sangat ketara. Thank u Allah. Sekarang, kerja pun dah baik. Moga-moga berterusan sampai saya menuju kearahNya. Amin ya Rabb..

Jumaat, 18 Januari 2013

Cinta High Class part 1

Assalamualaikum semua. Tinta Maqam Kaseh akan menyambung kembali peranan untuk menulis blog yang sudah lama terbengkalai. Maklumlah, sibuk dengan tugas-tugas yang perlu diselesaikan dengan segera. Jika bertangguh, alamat tak siaplah jawabnya.

Sekarang, Maqam Kaseh mahu menulis tentang cinta. Semua orang mahu bercinta sampai ke syurga. Sesiapa yang bercinta pasti tahu bagaimana rasanya. Tapi, semua itu akan kekal bahagia jika tahu cara menguruskannya.

First sekali, terapkan cinta kita kepada Dia. Tiada yang lebih high class selain Dia yang menjaga kita sepanjang masa. Saya akui juga, banyak yang perlu diperbaiki. Solat pun kadang-kadang terlepas, kadang-kadang di akhir waktu. Ada rasa ketika mahu buat baik, tapi ada juga nak buat jahat. Semua itu hanya nafsu yang menggoda dan syaitan yang mahu turut serta. Saya uruskan dengan zikir. Alhamdullillah, sekarang sudah jadi baik. Penyakit rohani perlu dirawat dengan secepat mungkin, takut kelak akan bertambah parah. Yang penting, yakin dan tidak berputus-putus berdoa supaya Allah sembuhkan penyakit kita. Saya pun begitu juga. Insyaallah :-)

Then, my admire Prophet Muhammad SAW dan rasul-rasul serta para nabi juga para pejuang Islam.Kisah mereka yang perjuangkan agama akan saya terapkan dalam-dalam supaya tiada yang terkeluar, hehe.. Tanpa cinta Allah dan Rasul, mungkin saya tidak sekuat sekarang. Alhamdullillah ujian dan cabaran telah berjaya saya tempuhi. Saya akan pegang kata-kata Allah di dalam Al-Quran, Allah tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung. Saya telah jadikan semua ini sebagai prinsip di saat ujian melanda....

Al-Quran semestinya melekat di hati seorang mukmin sejati. Jangan tidak tahu, saya pernah terbaca suatu kisah dalam majalah Islamik tentang kisah seorang doktor dipinang oleh ayah si gadis yang juga seorang doktor hanya kerana al-Quran. Sungguh hebat sekali. Walaupun mereka tidak pernah bertemu, namun pertemuan doktor dengan ayah si gadis telah benar-benar memberi kepastian kepada saya bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Moga-moga saya juga akan mendapat bakal suami yang begitu juga. Amin...  :-)

Ummu dan abi orang yang berharga buat setiap insan yang bergelar anak. Hidup kita dari kecil hingga dewasa semuanya di bawah pengawasan mereka. Makan, minum, pakai semuanya perfect. Saya pun begitu. I love u ummu and abi! Jika si lelaki mahu meminang seseorang wanita untuk dijadikan isteri, sebaik-baiknya hendaklah berjumpa dengan orang tua terus. Trend remaja sekarang, hanya berkenal-kenalan dulu baru berjumpa dengan anggota keluarga. Saya khuatir maksiat akan terus berleluasa kerana dunia sekarang macam-macam boleh berlaku. Jika saya dipinang, saya akan memilih bakal suami yang meminang saya melalui mereka bukannya diri saya. Ini prinsip saya: Jauhi diriku, dekati waliku.

Sampai di sini dahulu. Moga-moga pengenalan ini dapat memberi keinsafan kepada diri saya dan juga kepada readers yang follow blog ini. Salam ukhwah, ya. Saya tidak bercadang lagi untuk memberi readers yang lain follow dulu blog nie kerna masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Semoga berjumpa lagi.....

Khamis, 10 Januari 2013

Dengarlah duhai gadisku...

Rasullullah pernah bersabda, "Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku pada saat umatku rosak, maka ia akan memperoleh pahala seratus orang mati syahid."

Pada saat ini, sudah ramai kaum Hawa yang tidak menutup aurat mengikut syariat. Kadang kala menganggap soal berpakaian adalah salah satu benda yang remeh. Tak kurang ada yang mengatakan berpakaian menutup aurat adalah kolot, tak up-to-date. Tapi, sebenarnya, menutup aurat manis dan semestinya mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Di sini, Sephia akan menghuraikan satu persatu...
First sekali soal memilih tudung. Tudung yang dipakai perlu labuh sehingga menutupi keseluruhan dada pada bahagian hadapan dan belakang. Sebaik-baiknya, bahagian tepi juga perlu dilabuhkan sehingga ke paras bawah dada untuk mengelakkan terselak apabila melakukan pergerakan. Tudung juga berfungsi untuk menghijab bahagian-bahagian anggota dari dada sehingga ke atas. Jadi, jangan  memakai tudung yang ketat seingga menampakkan bentuk  dan lekuk anggota.

Kedua, pilih tudung yang tidak jarang kerana boleh mendedahkan anak tudung, telinga, leher dan dada. Cuba berdiri betul-betul di bawah sinaran lampu. Jika anda dapat melihat leher anda, sila tukar tudung lain.

Boleh juga memakai selendang atau shawl, tapi, pastikan shawl yang dipilih    tidak jarang, labuh dan tidak terlalu terang warnanya. Boleh berfesyen tetapi, hendaklah mengikut syariat. Soal tudung juga tidak boleh dipandang remeh. Yang penting, keselesaan mengikut syariat. Sephia tidak kisah jika diri Sephia sendiri dianggap tak up-to-date. Konklusinya, soal pemilihan hijab perlu diberi perhatian..

Sekian, wassalam...