Selasa, 31 Disember 2013

Pesan Nabi


 Bismillahirahmanirrahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.
Diary, hari ini tinta (ana) ingin menulis sedikit pesan nabi sebelum baginda wafat.. Diary, be strong okay.. :)

*Dari Abu Hurairah R.A., berkata: Sabda Rasulullah S.A.W, golongan manusia yang amat jahat adalah orang yang bermuka-muka. Dia datang ke suatu golongan dengan wajah yang tertentu dan kemudian datang ke satu golongan yang lain dengan wajah yang lain. (H.R.MUSLIM, NO:2231)

*Dari Abu Hurairah R.A.,berkata: Rasulullah S.A.W tidak pernah mencela makanan,. Sekiranya beliau suka, beliau akan memakannya, dan sekiranya beliau tidak suka, beliau akan membiarkannya (tanpa mencela). (H.R.BUKHARI, NO:5409)



*Dari Abu Hurairah R.A.,katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda, makanan dua orang cukup untuk tiga orang, makanan tiga orang cukup untuk empat orang. (H.R. BUKHARI, NO:1632)

Jumaat, 27 Disember 2013

Tulisan-tulisan kecil Ifrah-Irdina

Antara golongan2 yg trmasuk didoakan para Malaikat:

* orng yg tdur dlam keadaan brsuci.
* orng yg sdang duduk mnunggu waktu solat.
* orng2 yg berada di saf barisn dpan di dlam solat brjemaah.
* orng yg duduk di tmpat solatnya stelah melakukan solat.
* orng2 yg melakukan solat subuh dan asar scara berjemaah.
* orng yg sdang makn sahur.
* orng yg sdang menjnguk orng sakit.
* seseorng yg sdang mengajar kebaikan kpada orang lain.




"Harta yang paling
menguntungkan
ialah SABAR. Teman
yang paling akrab
adalah AMAL.
Bahasa yang paling
manis adalah
SENYUM. Dan ibadah
yang paling indah
tentunya KHUSYUK."


 Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Khamis, 19 Disember 2013

Surat kecil buat Ifrah dan si kecil Nubla

Assalamualaikum diary... Diary, alhamdullillah, hari ini tinta(saya) lulus dalam ujian komputer semalam.. Lega diary . Waktu pak cik tu kata, "Tahniah dik, anda lulus ujian ni." Dada rasa berdegup kencang. Laju.. Diary, hari ni tinta rasa happy sangat. Ifrah masih kenal tinta. Nubla pun ada. Kalau mereka ada di depan mata sekarang, tentu tinta peluk mereka kan diary? Hari ni tinta rasa tak sedap badan. Semalam saja dah tak boleh tidur. Setiap jam bangkit duduk atas teddy bear. Kesian dia, mesti sakit kan. Tinta tunggu sampai azan Subuh, lepas tu terus solat alang-alang mata dah terbuka luas. Lega.. Tapi, tak sedar bila tinta tidur. Pukul 6:28, Kak Linn gerak, "Dah siap ke belum. Kak pulak nak solat." Tinta pun jawablah dalam keadaan mata terpejam sebab rasa mengantuk sangat. Mungkin semalam tak lena, jadi pagi-pagi lagi dah buat ragam. Mak kata, lena la dulu.. Nanti sambung balik kemas barang..

Dear Ifrah and si kecil Nubla,
Semenjak akak jumpa kalian, akak selalu mimpi kalian. Yang paling kerap akak selalu mimpi Nubla. Tak tahu sebab apa. Tapi, alhamdullillah akak masih seperti yang Ifrah dan Nubla lihat dulu. Cuma badan mungkin sedikit berubah. Akak harap Ifrah dengan Nubla sentiasa sihat. Akak pun tak jangka nak bertemu dengan kalian. Kali terakhir akak bertemu dengan Ifrah bila akak dengar khabar kata Ifrah nak pindah. Dalam hati, nanti tak boleh nak jumpa Ifrah lagi. Tapi, tahun ni akak dipertemukan lagi dengan Ifrah. Syukran Allah! Akak tengok muka Ifrah dah berubah sikit. Makin comel. Sampai akak tak kenal itu Ifrah. Asif ye dik. :)

Buat Nubla,
Bila akak tengok adik, akak rasa nak sangat adik perempuan. Dulu waktu kecik, akak suka sangat main dengan  sepupu yang ada adik perempuan. Akak ada adik lelaki sebab tu agak sukar sikit nak jaga dia. Adik akak yang sebaya Nubla tu pun dah besar. Tahun depan dah nak masuk darjah lima. Tapi, perangai dengan sikap dia macam perempuan Mungkin sebab dia dikelilingi oleh kakak-kakaknya, sebab tu la sikap dia macam perempuan. Bila tengok Nubla, rasa nak sangat macam mana rasa ada adik perempuan.

Buat Ifrah and Nubla,
Belajar rajin-rajin okay.. Akak doakan kejayaan kalian. Doakan akak dalam SPM nanti.. AMEEN.

Rabu, 11 Disember 2013

Jordan Or New Zealand/ United Kingdom

Hari ni mak dengan ayah sibuk fikir universiti lepas dapat result nanti. Mak kata mak nak tinta buat tessel saja di UK tak pun dekat New Zealand. Tinta sebenarnya tak minat bab-bab tessel ni, dalam hati kuat nak buat arab dekat Jordan. Lagipun, universiti yang kira okay dekat Jordan tu Universiti Yarmouk. Banya senior-senior yang mengaji dekat sana. Dapatlah ada orang jaga. Lagipun, dekat Jordan ada musim sejuk jugak, so bolehlah tangan-tangan ni merasa salji. It will be an exciting project, kan diary?

Diary, tinta rindu sangat dekat Nubla. Apa khabar dia sekarang? Entahlah... tinta harap dia sihat. Teringin nak jumpa dia lagi. Boleh kan diary? Hari tu masa tinta pergi Kuala Nerang, rasa susah nak jumpa Nubla. Allah, beginikah rasanya nak jumpa dengan si kecil Nubla? Tinta tak boleh tipu diri sendiri.. Tinta memang rindu akan Nubla.. Rindu sangat-sangat. Last jumpa dia masa sehari sebelum exam Sains. Lepas tu, tinta dah tak jumpa dia dah.. Alahai comelnya si kecil tu.. Tinta rasa macam ni sebab tinta tak dak adik kecil perempuan. Tinta nak sangat adik kecik, boleh main-main dengan dia. Adik tinta yang besar ni pun dah sepuluh tahun, nak melayan pun game je, so boring.

Diary, tinta nak sangat pergi Jordan. Memang tempat impian tinta sejak tingkatan empat lagi(sebelum tinta mengenali Nubla),tinta ingat lagi tinta tulis Universiti Yarmouk dekat buku Add Math. Tu memang nak pergi sangat tuh.. hehe. Diary, tinta memang tak boleh lupa peristiwa tinta tak boleh pergi KISAS. Sekolah impian tinta sejak tingkatan satu(masa tinta mengenali kak Mirah, baru tinta tahu pasal sekolah ni.) Kak Mirah sangat nak pergi sekolah, tapi dia dapat INTERKOP, tak apala kak, sekolah tu pun bagus juga... Sejak tu, tinta minta sangat nak masuk KISAS tapi, nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan. Tapi, perancangan Allah lebih baik kan diary.. Kalau tinta pergi KISAS mesti tinta tak boleh jumpa dengan Nubla. Allah, U Knows My Heart More Than Others.  I Love U..

Sekian saja untuk warkah kali ini. Nanti tinta tulis lagi... Rindu betul dengan Nubla... Adik, we will see in the future..


Khamis, 5 Disember 2013

Daie Itu

Duhai hati-hati yang celik,

Hari ini, kita sudah mempunyai ramai penghafaz al-Quran. Kita juga sudah mempunyai ramai graduan agama. Setiap tahun, beribu-ribu pelajar agama merayakan konvokesyen. Begitu juga, kita mempunyai ramai professional dalam pelbagai bidang.

Syukur, alhamdulillah! Tapi kita masih kekurangan satu perkara. Kurang apa? Kita kekurangan daie. Kita kekurangan golongan agamawan dan profesional ini bangkit menjadi pendakwah.


Seorang Mengesani Ribuan Orang

Ummah rindukan daie yang mampu mengusap lembut hati-hati semua golongan. Dakwahnya sampai ke jiwa para cendikiawan, orang awam, kaum terpelajar, orang kurang pelajaran, penduduk kota, penduduk desa, penghuni gedung-gedung mewah mahupun rumah biasa. Daie yang dengan dirinya seorang boleh mengesani ribuan orang.

Kalau daie itu jumlahnya ribuan orang, lagi bagus. Boleh mengesani setiap ceruk alam, insya-Allah.

Umat hajat untuk melihat Islam yang berjalan dalam diri, keluarga, dan dalam aktiviti para pendakwah. Melalui dakwah, akan berlakulah perbaikan umat secara integral, dan mengeluarkan manusia daripada kepekatan jahiliah menuju cahaya Islam.
 
  Penyeru Kepada Allah

Siapa mempunyai cita-cita mahu menjadi doktor hati umat? Mengajak orang lain kepada kebaikan. Tidak kira apapun kerjaya yang kita ceburi akan datang, kita boleh memilih untuk menjadi daie.

Samada kita seorang jurutera, atau doktor, atau ustaz, atau tukang kebun, atau petani, atau penoreh getah, atau penjual nasi lemak, atau juruteknik atau apa sahaja. Selitkanlah di hujung cita-cita ini mahu menjadi daie.

Daie yang macam mana?
Daie ini ada macam-macam sebenarnya. Ada:

1.      Ad-daie ilayya- hanya mengajak orang kepada individu tertentu.
2.      Ad-daie ilaina- hanya mengajak orang kepada kumpulan tertentu.
3.      Ad-daie ilallah- mengajak orang kenal Allah dalam hidupnya. Secara tidak langsung dia kenal juga induvidu dan kumpulan yang harus dia bersama.
 
 
Sebaik-baik Perkataan

Sungguh hebat kedudukan ad-daie ilallah ini sehingga Allah SWT mengiktiraf perkataannya di dalam al-Quran.

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan, dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim yang berserah diri.” (Surah Fussilat: 33).


Duhai hati yang hidup,

Mari bermonolog dengan Allah… 
Aku datang kepada-Mu, duhai Allah. Aku mahu menjadi pekerja-Mu, duhai Allah. Aku hidup sebab hendak penuhi agenda-Mu, duhai Allah. Aku hendak buat apa sahaja yang Kau sukai, duhai Allah. Aku tidak mahu membuat apa sahaja yang Kau tidak sukai, duhai Allah.

Semoga niat baik di hati akan membuatkan Allah SWT sudi memilih hati kita. Lalu, dicampakkan rasa ‘izzah’ (mulia) bagi melantunkan ahsanu qaulan, sebaik-baik perkataan. Hingga, tidak jemu melantunkan kalimah-kalimah daie yang mengajak orang kepada Allah SWT.

Biar orang bosan dengan kita. Jangan sesekali kita bosan dengan orang. Ajaklah siapa yang terdekat,

“Jom, kita baca al-Quran sama-sama. Kita jadi hamba Allah yang baik.”
Mungkin ada hati yang berbisik,
“Erk! Macam poyo!”

Ya. Memang ada yang malu hendak bercakap tentang Allah dalam perbualan seharian. Takut nanti orang kata,

“Hek eleh, alim kucing konon.”
“Hipokrit! Uweks..”


Duhai hati,

Seronokkah kita membiarkan hidup kita tidak bebas? Bukan orang yang memenjarakan kita. Tapi, kita sengaja mengikat diri kita. Terkongkong dengan persepsi orang lain. Kita lalu tidak bebas hendak berbuat baik sebab orang. Sampai bila?

Terpulanglah kita mahu menjadi hamba kepada persepsi orang, atau hamba Allah. Kelak kita bertanggung jawab ke atas pilihan kita ni.

Pilihlah untuk menjadi daie. Tenang di hati. Dicintai Ilahi. Kasih makhluk bertaut sekali. Bahagia hidup hingga ke negeri abadi.


Cahaya Daie

Tanpa daie, masyarakat akan menderita penyakit bodoh.  Mereka akan diperdaya syaitan, jin dan manusia bila-bila masa sahaja.

Daie ibarat lampu pendaflour di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.
Daie juga bagaikan imam dan pemimpin. Mereka menjadi hujah Allah yang berjalan di atas muka bumi. Penyingkir kesesatan di fikiran manusia. Awan keraguan diarak pergi daripada hati dan jiwa mereka. Merekalah teladan dalam pembicaraan dan juga amalan.


Dakwah perlukan Kaedah, Baru Berfaedah

Hendak menjadi daie, bila-bila masapun boleh. Siapapun boleh. Dengan hanya memaniskan wajah, dan berkata-kata baik, kita sudahpun melakukan dakwah. Bahkan dengan menggeleng-gelengkan kepala apabila diajak berbuat maksiat, itu juga dakwah.

Hendak menjadi daie sejati perlukan kaedah dakwah. Kaedah dakwah ni ialah pemahaman tentang seluk beluk dakwah. Tanpa kaedah, kita bimbang dakwah kita lebih membawa kerosakan daripada manfaat.

Daie dengan kaedah berdakwah bagaikan dua sisi wang siling. Tidak boleh dipisahkan. Sebelahnya bercorak bunga-bunga. Sebelah lagi pula, ada nilai mata wang. Kalau ada sebelah sahaja, hilang nilainya.

Moga dengan kaedah dakwah ini, musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menuduh para pendakwah Islam sebagai pengganas, pemaksa atau kaki penyibuk. Kaedah dakwah memandu para pendakwah sentiasa berhikmah, berpanduan dalam tindakan, tenang dan waras.

Apa kaedahnya? Tidak cukup ruang hendak bincang. Insya Allah, akan datang.


Daie Terbaik

Daie terbaik ialah Nabi Muhammad SAW. Bila bergelar daie, itu tidak bermakna baginda menjadi manusia yang terpisah daripada rutin manusia biasa yang lain. Bukannya, berpuasa 24 jam. Baginda berpuasa dan berbuka. Baginda juga berjalan di pasar-pasar. Bukannya, menganggap pasar itu jijik dan tidak sesuai untuk orang-orang soleh.

Apabila kita mempelajari kehidupan Rasulullah, kita akan menemui contoh yang paling tepat untuk menjadi daie buat umat.


Berjiwa Daie

Sunnah berdakwah,
sakit dan susah
namun,
awalnya saja payah,
akhirnya penuh barakah,
Allah sudahpun memujuk,
Akhir dakwahmu lebih baik dari awal dakwahmu,
Akhiratmu lebih baik daripada duniamu.

Jika kita tidak mahu berpayah-payah,
dalam berdakwah,
Kita kan payah juga,
Payah,
didera dosa membuang masa,
Bosannya merantai seluruh jiwa.

Wahai pendakwah,
Sabarlah dengan cacian manusia,
Jika ada 10 orang yang  membenci,
ada 1000 yang lain sudi menyayangi,
Jika ada 10 yang mengata,
Ada 1000 bangkit membela.

Namun,
andai seluruh dunia menghinamu,
Jangan pernah berputus asa,
Kerana kau punya kekasih yang Esa,
Dia tetap setia, selamanya,
Selagi kau setia mencintai-Nya,

Dengan setulus-tulus cinta.

---
"Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid...
...atau menang..."

- Sunnah Berjuang 2, Nada Murni-
:)


Jumaat, 1 November 2013

SPM- 5 days to go

Good luck for SPM. Ingat, jangan main-main lagi. Masih teringat peristiwa sebelum nak exam ni. Banyak cabaran dan dugaannya. Antaranya kerja sekolah tak pernah siap, buat kawan marah(sebab panggil ustazah masuk kelas-sebenarnya untuk kebaikan mereka juga) apa nak buat, redah saja. Tapi, dalam dugaan tu, ada jugak yang duk mengata,memang la kita ni tak berapa nak pandai, tapi tak payah la duk mengata kat orang yang tak berapa nak laju nie. Stop la. Kalau da pandai, ajar la kami yang tak berapa nak pandai. Kan senang, tak payah kena kutuk. Hai, rasa nak melekat je tangan ni dekat muka dia. Apapun, sabar jela.

Lagi satu, tinta rasa lega duduk dorm 1 dengan rakan-rakan yang lain. Selamat dan aman daripada kena kutuk. Kami ibarat satu keluarga. Tinta nak cerita pula pasal hari tinta jatuh tergolek. Hari tu, tinta nak pergi basuh sudu, lepastu tinta pun jalan nak pergi tandas. Yang peliknya, tinta langsung tak lari, jalan je. Lepastu jatuh tergolek. Kasut habis lekang and tercabut. Malunya hanya Tuhan je yang tahu. Habis kasut kena lecak. Petang tu pula, mata kena kerusi plastik. Adoi, sakit. Semua orang ingat tinta nangis sebab putus cinta ke apa ke. Tinta pun jawab la macam ni," Pakwe pun takde, buat apa nangis sebab putus cinta?? Ni kena kerusi, bucu dia tajam." Barulah diorang faham.

Hari esok tu pula, tudung pulak terbang sebab kena angin sexy tu. Allah, hari tu lagi malu. Apapun, tak mau cita lebih-lebih. Diary, yes sampai sekarang tak da orang yang tahu tinta minat dekat sapa. Ada yang kata orang ni, orang tu, hmm malas nak melayan da.. So scary!! Tinta ni tak la segak, cantik, mana la ada lelaki yang suka dekat tinta. Tapi, selamat jugak keadaan macam ni sebab tak ada lelaki yang suka, jadi kuranglah dosa tinta.  Nanti tinta kawen,itulah orangnya ye. Ha, jangan buat andaian sediri pulak. Jadi fitnah, kan da susah.

SPM, U ARE MY FUTURE

Jumaat, 13 September 2013

Qasidah

Qasidah... Semoga dapat menambahkan cinta kita terhadap baginda Rasulullah SAW






Jumaat, 30 Ogos 2013

The Power Of Qiam


ASSALAMUALAIKUM, DIARY

 Tinta rasa takjub dengan cerita kakak-kakak yang buat qiam. Mereka kata nikmat kalau buat, hati tenang lagi. Tinta rasa macam nak buat. Malam tu kunci jam sebab nak buat. Pagi Jumaat yang hening, tinta pun bangun, ambil wudu' lepastu terus qiam. Mula-mula tak rasa apa-apa, tapi bila sampai nak baca doa, rasa sejuk semacam. Tinta rasa air mata turun laju padahal sebelum ni nak nangis depan orang pun susah.

Tinta nak minta doa sungguh-sungguh. Nak 11A+ dalam SPM nanti, and penyakit yang tinta alami ni sembuh(dah nak masuk 3 tahun tinta kena penyakit ni). Satu lagi yang tinta doa tapi tak boleh beritahu sebab rahsia. Masa buat tu, badan rasa sejuk macam orang pucat, mata sakit sebab air mata keluar. Tapi, lepas tu tinta tidur balik sebab nak tunggu Subuh tu lama lagi. Bila dengar azan, baru tinta solat. Semua orang tak tahu yang tinta bangun waktu tu. Pagi Jumaat, mak ada tanya kenapa mata tu sembab sangat, tidur lewat ke? Kalau nak study tu boleh, tapi jangan abaikan tidur. Mak pun nasihat jugak, orang lain pun nak exam tapi tidur awal, kamu ni nak exam je jadi kelawar. Tinta senyum saja, tak cakap ape pun, takut terkantoi.

Kak ada bagitau mak,  semalam tu kak dengar bunyi air tak berani nak nak bangun tapi kak tidur balik sebab takut. Nasib baik la tak pecah rahsia, Takut dia syak tinta pulak yang jadi 'hantu'nya sebab tinta yang gerak dia semayang pagi tu. Lega rasanya. Terima kasih sebab tolong rahsiakan benda ni ye.

Ok... setakat ini sahaja yang boleh tinta kongsikan. WASSALAM

credit to>> Amirah Kamal Azizi, my beloved sister.

Khamis, 29 Ogos 2013

Saat Adik Bertemu Kembali Denganmu....

Kakak,

Adik terkejut bila mendapat tahu yang akak datang sekolah. Sebenarnya adik dah tahu yang akak mesti datang, kan. Ada kawan-kawan yang tanya adik, akak datang tak masa kem tu, adik jawab tak tahu, tak pasti tapi jauh di sudut hati adik,  adik berharap sangat-sangat akak datang. Walaupun masa tu adik tengah bergelut dengan trial, tapi adik buat tak tahu saja sebab nak raikan akak datang. Adik hepy sangat-sangat. Allah saja yang tahu betapa riang hati adik waktu tu. Walaupun kak Ifa takde sekali dengan kita,tapi adik rasa dia pun mesti senang kan?

Orang kata adik minat dekat akak masa adik form 1 lagi. Tapi, sebenarnya, adik dah jumpa akak sebelum adik form 1 lagi dekat Kulim masa tu. Adik tak berapa ingat sangat, masa adik jumpa akak adik terkejut sebab dah lama adik tak  jumpa akak, tak sangka kita jumpa balik. Adik tak kisah apa orang kata, sebab adik buat apa yang rasa betul. Waktu akak pindah pada 2010, adik rasa sedih sangat. Masa tu, rasa tak puas tengok muka akak tiap-tiap hari, rasa tak lengkap. Tapi, tak pa, sekarang adik mesti simpan gambar akak dalam dompet kalau rindu, adik mesti tengok.. hehe, akak jangan marah ye.

Adik belajar erti kekuatan, kesabaran dan kepayahan masa akak pindah. Memang susah waktu tu, tapi alhamdullillah sekarang adik dah hampir nak lepas segala dugaan tu. Akak ingat tak masa adik tefon akak pasal adik nak pakai cincin sebab ada orang kacau? Mesti akak ingat kan?  Memang adik kena kacau tapi bila fikirkan balik , baik tumpukan pada pelajaran saja kan? Adik ada amalkan satu ayat Al-Quran ni, surah Israk tapi tak ingat ayat berapa. Kawan adik yang bagi, dia kata elok kalau orang perempuan baca. Lega, lepas tu tak kena kacau dah. Kena sikit-sikit tu, adalah sikit-sikit tapi tak teruk sangat macam tahun lepas. Perkataan yang teruk-teruk tu memanglah ada yang keluar dari mulut orang yang kacau tu, tapi adik buat tak tahu je. Terima kasih akak!

Kakak,

Simpanlah kad hari jadi yang adik bagi tu ye. Adik nak post kad hari jadi tu,tapi basah kena air hujan pulak, terpaksa pula tukar. Adik letak dalam beg sekolah, beg tu pun basah. Sampul surat tu hancur kena air, kad tu elok lagi cuma bahagian tepi je terkepak sikit sebab kena air hujan. Terpaksala adik gunting sikit bahagian tepi tu. Kalau akak perasan, ada sikit senget dekat kad, sebab bekas adik gunting. Nasib baik tak basah semua. Adik rancang nak post lepas trial, tapi dah akak datang, nasib baik teringat jadi adik bagi terus saja.
Hepy Belated Birthday yang ke 19 tahun. .....

My Beloved Sister
Me



Ahad, 4 Ogos 2013

RM30???


Assalamualaikum, semua. Hari ini kalut siapkan kerja sekolah. Daripada sahur sampailah tengah hari, niat nak tidur sekejap sambil tunggu waktu Zohor at last tertidur jugak. Sedar-sedar dah pukul dua. Kalutlah nak sembahyang. Dah 26 Ramadan, dah 26 jugalah tinta berpuasa. Hmmm.. moga-moga dapat berpuasa penuh. AMIN. 

Tinta sertai pertandingan esei dekat sekolah masa bulan puasa baru-baru ni. Tajuk dia Ramadan Karim. Waktu tu teringin nak masuk, tapi kerja sekolah punyalah banyak sampai tak cukup tangan nak buat. Kalau boleh tulis dua-dua belah tangan, lega sungguh. Masa tu, tinta curi-curi tulis lepas Asar. Tinta niat nak cuba nasib saja, tak menang pun tak apa asalkan hati puas, yelah kena bersaing dengan MT Badar, kelas-kelas yang pandai jadi tinta pun nak cuba. Mana tahu, kalau menang dapatlah sikit duit poket.

Panjang karangan dia 500-700 patah perkataan. Telan air liur juga. Tapi, dah biasa buat karangan, semuanya biasa. Masa nak tunggu pengumuman tu, adik form 4 (Adila) dia kata tinta menang, tinta kata tak mungkin sebab tinta tak pandai sangat buat karangan. Masa teacher umum pemenang, terkedu tak tau nak cakap apa. Dapat sampul, tinta try buka tengok-tengok ada duit RM 30 dalam tu. ALLAH... Terima kasih atas segalanya. That was a sweet memory.

Khamis, 25 Julai 2013

Kenangan Berpuasa di Asrama :)

Selamat menjalani ibadah puasa. Sedar tak sedar, dah dekat dua minggu berpuasa. Seriously, tak rasa apa-apa pun. Trial da nak dekat tapi rasa takde persediaan apa-apa pun . Adui.... nasib badan. Bangun sahur, badan rasa panas aje. Mak suruh makan banyak-banyak, tapi tinta kata tinta dah tak larat. Tapi mak paksa jugak sebab takut tak larat nak puasa. Ayam goreng dengan sayur kubis tu  pandang  je, makan tak lagi. Tunggu lima minit, baru sentuh. Kepala masih rasa dizzy sebab semalam tidur lewat. Kerja sekolah.. hmmm lambat lagi la nak siap tu..

Before terlupa, Selamat Hari Lahir kak Saleha Soffyan. Semoga terus hepy bersama Sofea. Tinta pun kena hepy juga sebab masalah yang melanda memusingkan kepala. Alahai, nasib, nasib!

Tinta nak cerita pasal puasa dekat sekolah masa balik pilihan. Masa tu tak ramai orang yang tak balik. Tinta dengan kawan-kawan punyalah bising satu asrama sebab tak de orang sangat. Lagilah naik kepala.. Lagi satu, kami berpeluang buat tarawih penuh. Dengar zikir-zikir baru oleh rakan-rakan, makin harmonilah rumah Allah ini..

Lepas tu , balik asrama, lepas terawih terus tengok tv. Ada yang tak makan more, terus  makan maggi. Maggi kari pulak tu, nasib baik tak sakit perut. Hehe.. Dua hari berpuasa dekat asrama memang manis.. Tambah-tambah 'adegan tarik kaki' nak bangun sahur, memang lucu. Mujur tinta stail cepat bangun, tak la susahkan orang...

Well, sampai sini saja tinta dedicated kenangan, SELAMAT BERPUASA..

Rabu, 10 Julai 2013

Ku Rindu Saat Itu



Ku Rindu Saat Itu
Waktu kecil hingga dewasa
Ku bermain dan belajar
Masih segar di kotak fikiran
Apabila waktu itu menjelang
Puasa, solat Terawih menjadi kemestian
Akal kecil bergembira
Dapat berjumpa kembali dengannya

Nikmat  Ramadhan itu yang kudamba
Mencari redha Illahi
Tuhan, maafkan kesalahanku
Pada bulan barakah ini
Kernaku sering alpa, leka bahkan berdusta
Terimalah penyesalan dariku
Berilah ku sedikit peluang untukku berubah
Menjadi Muslimah yang syumul

Ya Rabb,                               
Lebaran akan menjelang
Namunku sukar melepaskan Ramadhan
Kernaku amat rindu saat itu
Dan pahala yang berlipat ganda
Bantulah diriku menggapai JannahMu
Dimana-mana………….