Sebaik-baik Perkataan
Sungguh
hebat kedudukan ad-daie ilallah ini
sehingga Allah SWT mengiktiraf perkataannya di dalam al-Quran.
“Dan
siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan, dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang
Muslim yang berserah diri.” (Surah Fussilat: 33).
Duhai hati yang hidup,
Mari
bermonolog dengan Allah…
Aku
datang kepada-Mu, duhai Allah. Aku mahu menjadi pekerja-Mu, duhai Allah. Aku
hidup sebab hendak penuhi agenda-Mu, duhai Allah. Aku hendak buat apa sahaja
yang Kau sukai, duhai Allah. Aku tidak mahu membuat apa sahaja yang Kau tidak
sukai, duhai Allah.
Semoga
niat baik di hati akan membuatkan Allah SWT sudi memilih hati kita. Lalu,
dicampakkan rasa ‘izzah’ (mulia) bagi
melantunkan ahsanu qaulan,
sebaik-baik perkataan. Hingga, tidak jemu melantunkan kalimah-kalimah daie yang
mengajak orang kepada Allah SWT.
Biar
orang bosan dengan kita. Jangan sesekali kita bosan dengan orang. Ajaklah siapa
yang terdekat,
“Jom,
kita baca al-Quran sama-sama. Kita jadi hamba Allah yang baik.”
Mungkin
ada hati yang berbisik,
“Erk!
Macam poyo!”
Ya.
Memang ada yang malu hendak bercakap tentang Allah dalam perbualan seharian.
Takut nanti orang kata,
“Hek
eleh, alim kucing konon.”
“Hipokrit!
Uweks..”
Duhai hati,
Seronokkah
kita membiarkan hidup kita tidak bebas? Bukan orang yang memenjarakan kita.
Tapi, kita sengaja mengikat diri kita. Terkongkong dengan persepsi orang lain.
Kita lalu tidak bebas hendak berbuat baik sebab orang. Sampai bila?
Terpulanglah
kita mahu menjadi hamba kepada persepsi orang, atau hamba Allah. Kelak kita
bertanggung jawab ke atas pilihan kita ni.
Pilihlah
untuk menjadi daie. Tenang di hati. Dicintai Ilahi. Kasih makhluk bertaut
sekali. Bahagia hidup hingga ke negeri abadi.
Cahaya
Daie
Tanpa daie, masyarakat akan
menderita penyakit bodoh. Mereka akan
diperdaya syaitan, jin dan manusia bila-bila masa sahaja.
Daie ibarat lampu pendaflour
di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.
Daie juga bagaikan imam dan pemimpin.
Mereka menjadi hujah Allah yang berjalan di atas muka bumi. Penyingkir
kesesatan di fikiran manusia. Awan keraguan diarak pergi daripada hati dan jiwa
mereka. Merekalah teladan dalam pembicaraan dan juga amalan.
Dakwah
perlukan Kaedah, Baru Berfaedah
Hendak menjadi daie, bila-bila
masapun boleh. Siapapun boleh. Dengan hanya memaniskan wajah, dan berkata-kata
baik, kita sudahpun melakukan dakwah. Bahkan dengan menggeleng-gelengkan kepala
apabila diajak berbuat maksiat, itu juga dakwah.
Hendak menjadi daie sejati
perlukan kaedah dakwah. Kaedah dakwah ni ialah pemahaman tentang seluk beluk
dakwah. Tanpa kaedah, kita bimbang dakwah kita lebih membawa kerosakan daripada
manfaat.
Daie dengan kaedah berdakwah
bagaikan dua sisi wang siling. Tidak boleh dipisahkan. Sebelahnya bercorak
bunga-bunga. Sebelah lagi pula, ada nilai mata wang. Kalau ada sebelah sahaja,
hilang nilainya.
Moga dengan kaedah dakwah ini,
musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menuduh para pendakwah Islam sebagai
pengganas, pemaksa atau kaki penyibuk. Kaedah dakwah memandu para pendakwah
sentiasa berhikmah, berpanduan dalam tindakan, tenang dan waras.
Apa kaedahnya? Tidak cukup
ruang hendak bincang. Insya Allah, akan datang.
Daie
Terbaik
Daie terbaik ialah Nabi
Muhammad SAW. Bila bergelar daie, itu tidak bermakna baginda menjadi manusia
yang terpisah daripada rutin manusia biasa yang lain. Bukannya, berpuasa 24
jam. Baginda berpuasa dan berbuka. Baginda juga berjalan di pasar-pasar.
Bukannya, menganggap pasar itu jijik dan tidak sesuai untuk orang-orang soleh.
Apabila kita mempelajari
kehidupan Rasulullah, kita akan menemui contoh yang paling tepat untuk menjadi
daie buat umat.
Berjiwa
Daie
Sunnah berdakwah,
sakit dan susah
namun,
awalnya saja payah,
akhirnya penuh barakah,
Allah sudahpun memujuk,
Akhir dakwahmu lebih baik dari
awal dakwahmu,
Akhiratmu lebih baik daripada
duniamu.
Jika kita tidak mahu
berpayah-payah,
dalam berdakwah,
Kita kan payah juga,
Payah,
didera dosa membuang masa,
Bosannya merantai seluruh
jiwa.
Wahai pendakwah,
Sabarlah dengan cacian
manusia,
Jika ada 10 orang yang membenci,
ada 1000 yang lain sudi
menyayangi,
Jika ada 10 yang mengata,
Ada 1000 bangkit membela.
Namun,
andai seluruh dunia menghinamu,
Jangan pernah berputus asa,
Kerana kau punya kekasih yang
Esa,
Dia tetap setia, selamanya,
Selagi kau setia mencintai-Nya,
Dengan setulus-tulus cinta.
---
"Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid...
...atau menang..."
- Sunnah Berjuang 2, Nada Murni-
:)