Antara golongan2 yg trmasuk didoakan para Malaikat:
* orng yg tdur dlam keadaan brsuci.
* orng yg sdang duduk mnunggu waktu solat.
* orng2 yg berada di saf barisn dpan di dlam solat brjemaah.
* orng yg duduk di tmpat solatnya stelah melakukan solat.
* orng2 yg melakukan solat subuh dan asar scara berjemaah.
* orng yg sdang makn sahur.
* orng yg sdang menjnguk orng sakit.
* seseorng yg sdang mengajar kebaikan kpada orang lain.
"Harta yang paling
menguntungkan
ialah SABAR. Teman
yang paling akrab
adalah AMAL.
Bahasa yang paling
manis adalah
SENYUM. Dan ibadah
yang paling indah
tentunya KHUSYUK."
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4.
Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana
sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah
menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,
bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran
dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya
kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
6.
Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang
mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan
syaitan dan bala tenteranya.
7. Kasihanilah anak
yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau
akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak
yatim di akhirat.
8. Berbuat baik dan tunjukkan
bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana
mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah
keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim
sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga
memberi kejayaan dan kemenangan.
11. Iman mempunyai
bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh
itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima
perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah,
bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12.
Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia
mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan
qanaah.
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang
awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi
Allah.
14. Kubur adalah perhentian sementara bagi
membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh
itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan
taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15. Kita
perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya
dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu
bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan
hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita,
hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan
itu lebih hebat daripada perang sabil.
16. Sebesar-besar
keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan
keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati
adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar
kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh
iringan-iringan pasukan kebatilan.
18. Ketahuilah
istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari
ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah
memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah
pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20.
Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa
aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati
dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan
membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi,
rasul dan orang soleh.
22. Sesiapa yang mahu meninggalkan
dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu
mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan
ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan
perintah Allah.
26. Allah menjanjikan kepada orang yang
beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam
pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah
menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti
mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah
al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa,
Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah
selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah
al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang
yang beriman.
29. Allah menjanjikan kepada orang yang
beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan
Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi
petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
30.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan
memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka
menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf
ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa
pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi
sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka
disebabkan perbuatan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan