Khamis, 4 Februari 2016

Scholar Who Walks The Night








Sebelum nak balik kampung esok kan, okay malam ni kita buat sedikit review. Memandangkan saya ni suka sangat tengok cerita zaman diraja atau dinasti, tak kiralah cerita Melayu ke Inggeris ke, Cina dan Korea pun saya suka. Faktor yang menyebabkan saya suka ialah jalan cerita, kisah-kisah sejarah. Sangat minat. Okay, kali ni saya review cerita history korea, The Scholar Who Walks The Night.
.
Cerita ni mengisahkan bagaimana seorang vampire (Kim Sung Yeol) berusaha untuk membunuh musuh tradisi yang bermaharajalela di istana. Dia perlu mencari memorandum yang mengandungi pelan rahsia untuk membunuh musuhnya itu (Gwi).
.
Kim Sung Yeol mendapat bantuan dari seorang penulis buku iaitu Yang Sun yang merupakan sebahagian daripada pelan rahsia tersebut. Caranya ialah Yang Sun perlu memberi darahnya untuk diminum oleh Kim Sung Yeol. Sepanjang cerita ini, biasalah kalau tak menangis tu memang taklah. Sedih sangat. Liku-liku perjalanan seorang vampire yang tidak seperti manusia normal tetapi sangat menginginkannya.
.
Cerita ini saya highly recommended for those yang sangat minat akan history. Kalau nak saya cerita semua, jadi tak surprise la kan. Kena la tengok sendiri di dramafire.com. Seriously, tak rugi. Okay, saya belanja gambar lagi ye.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan