Jumaat, 31 Mei 2013

Kiasan dalam dakwah Rasulullah

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, walhal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

~3:142~

>bukan nk sruh ptus asa....tp kna usha skit lg....

Ayat pembuka semangat hari ini agar tidak putus asa. Usaha lagi, yeah!  Sama dengan dakwah Rasullullah yang tidak pernah putus asa.. Kita??? Baru sikit dah rasa putus asa,  manusia (nusiya) tidak terlepas dengan perasaan malas, segan,  pelupa,macam-macam lagi.. Tapi, berlindunglah  dengan Allah..

Ok, hari ni nak beri sedikit semangat untuk diri sendiri supaya jangan sedih bila dapat sesuatu yang mengecewakan. Nak share tentang kiasan dalam dakwah Rasulullah. Rasulullah s.a.w. sering menggunakan uslub yang bervariasi dalam menyampai satu-satu mesej dakwah kepada para sahabat dan umat Baginda. Antara uslub tersebut, ada yang menggunakan unsur alam atau kiasan atau perumpamaan.

Berikut adalah sebahagian contoh kiasan dan maksudnya sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda Baginda yang relevan hingga kini. 

* Orang yang berilmu diumpamakan dengan air mata yang mengairi sesebuah negeri. Ummah pasti akan mendapat manfaat daripada orang yang berilmu.

*Orang yang berjudi diibaratkan seperti berwuduk dengan nanah dan darah babi lalu mengerjakan solat. Kemudian dia berangan-angan Allah akan menerima amalannya.

*Orang yang solat tetapi tidak sempurna rukuk dan sujudnya diibaratkan seperti orang yang sedang lapar tetapi tidak makan kecuali hanya satu atau dua suap saja.

*Perumpamaan Rasulullah dalam berdakwah adalah seperti seorang majikan yang membina rumah dan membuat jamuan, kemudian mengutuskan seorang penyeru untuk mengundang orang ramai untuk menghadiri jamuan di rumahnya.

Majikan-Allah
Jamuan-Syurga
Penyeru-Rasulullah s.a.w

*Orang munafik yang membaca al -Quran ibarat rayhanah: berbau harum. Tetapi rasanya pahit. Manakala orang munafik yang tidak membaca al-Quran diibaratkan seperti buah hanzalah yang pahit rasanya dan langsung tidak wangi..

Wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan