Khamis, 2 Mei 2013

Pertukaran Pelajar SMKAK part I

Assalamualaik...

Setengah hari di SMKAK.....

Alhamdullillah, Cikgu Zainuddin beri kebenaran balik hari ini dengan tidak disangka-sangka. Syukur. Walaupun tidak sempat berjumpa dengan kawan-kawan, tapi setidak-tidaknya dapat juga bertemu seorang dua. Hehe... Ana memang terkejut bila cikgu umumkan nama ana termasuk dalam senarai yang terpilih ke SMAK. Mungkin Allah mahu menunjukkan ana sesuatu yang tidak dapat diungkai dengan hati di bumi Sik. Tapi, bila diberi pilihan, sudah pastilah ana akan pilih Sik kerna sudah sebati di sana. Kalau pelajar SMKAK, mereka pun akan berkata Alor Setar  tetap di hati  kan?

Waktu kami semua sampai ke pintu pagar, rasa air mata mengalir laju teringatkan bumi Sik. Tapi, nak nangis tu secara 'cover-cover' takut terkantoi. Kami turun dari bas dan mula bergerak ke dewan besar. Kami diberi taklimat oleh Cikgu Rofidah dan Cikgu Aidah di dewan. Terima kasih cikgu!! Ana dimasukkan ke kelas 5 Imtiyaz. Kelas ni cantik sangat-sangat. Pandai mereka menghiasnya. Lagi satu yang ana nak puji, ikhtilat antara lelaki dan perempuan terjaga. Keadaan ni amat berbeza di Sik. Sesetengah kelas boleh buat, tapi, kelas akaun yang ana duduk di Sik ni agak kurang... Asif kasiir sebab mungkin pelajar-pelajar SMKAK agak terganggu. Tips yang ana pegang sampai ke hari ni, jangan melayan kalau tiada urusan. Kalau kena ganggu pun buat tak tahu je. Sebab 'mereka' ni akan berasa 'syok sendiri' bila rasa dah 'menang'. Ana pun dah kena, tapi sekarang buat dunno je.Hati kena syadid, tak boleh lemah. Nanti senang 'mereka' patahkan.

Tapi, yang ana terharu sekali, mereka nyanyikan lagu bezday. Trimas!!!! Kalau boleh rakam, memang nak bawak masuk dalam blog ni. Lepas tu, sesi taaruf dan sesi belajar pun bermula. Terkejut juga sebab belajar cepat macam SBP. Kami pun baru saja tengah-tengah bab. Hmm... balik Sik nanti kena ulangkaji lain.


Orait, nanti tulis lain ye.... Jangan marah. ^ ____^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan