Isnin, 3 Ogos 2020

Sedutan Impianra X



4 tahun sudah berlalu.

El Khori masih berada di kerusi roda itu. Tangannya memegang tongkat yang berfungsi untuk membantunya apabila mahu berjalan. Kakinya lemah untuk berdiri dalam jangka masa yang lama. Doktor Florence menjangkakan yang dia akan sembuh tidak lama lagi. Namun begitu, hasil pemeriksaan tim doktor istana Heather menyatakan sebenarnya dia sudah lama boleh berjalan, cuma semangatnya sahaja yang belum pulih menyukarkan dia untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

 Dia masih menunggu seseorang. Seorang wanita yang amat dicintainya. Surat dan sarung tangan merah jambu itu tidak lepas di pegangannya. Setiap hari nama Arra Sephia yang menjadi peneman setia. Namun, tiada khabar. Sesak.

"El, papa bawa El keluar ambil angin. Jom keluar sekejap. Barang Arra El boleh bawa sekali. Papa izinkan." El Khori hanya mengangguk. Mukanya pucat, matanya sembab kerana tidak cukup tidur akibat sering mimpi buruk mengenai Arra Sephia, Heather dan Perang Heather-Diamond.

***

Perempuan berpurdah itu tiba di hadapan rumah Auntie Kay. Dia berhasrat mahu singgah sekejap untuk menghantar makanan buat Auntie Kay sekeluarga. Sudah lama dia tidak berbuat demikian. Arra Sephia pertama kalinya datang di rumah El Khori dan dia seboleh-bolehnya tidak mahu El Khori nampak dia datang. Tentu pedih hatinya.

"Wa, auntie mahu ke bilik belakang sekejap. Wa duduk sini okay. Jemputlah duduk," kata Auntie Kay. "Baik auntie."

"Terima kasih tau tolong mama auntie haritu. Kalau Wa tak datang selamatkan, mesti sekarang kami semua kena pergi hospital."

"Tak mengapa auntie. Saya ikhlas bantu."

"Wa duduk sekejap je. Auntie nak bagi makanan ni dekat jiran belakang rumah kejap."

Arra Sephia duduk dengan sabarnya sambil matanya melilau ke luar rumah. Risau dia kalau-kalau El Khori balik. Setelah beberapa lama, matanya tertumpu pada sesuatu benda. Sijil dan buku pemberiannya kepada El Khori. Masih utuh dalam rak kaca. Air matanya menitis. Masih ingat lagi El Khori padanya.

Tiba-tiba, ada seseorang lelaki masuk ke ruang tamu rumah El Khori.

"Jangan sentuh barang saya!" kata El Khori tegas.

Arra Sephia menoleh. Dia melihat wajah El Khori yang pucat, tidak bermaya dan berdiri memakai tongkat. "Saya..."

"Tolong keluar dari rumah saya sekarang!"

"Saya...minta...maaf, El."

"Macam mana kamu tahu nama saya?! Saya tak kenal kamu!"

"Saya Arra Sephia, El. Saya masih hidup."

"Kamu fikir saya akan percaya dengan kata-kata kamu itu? Kamu ingat dengan pakai purdah saya akan terus panggil kamu Arra Sephia, macam tu?"

Luluh hati Arra Sephia mendengar kata-kata El Khori. Sejujurnya dia tidak salahkan El, semua yang berlaku adalah salah dirinya sendiri. Membiarkan El menderita selama 4 tahun. Tapi dia terpaksa. Untuk menjaga keselamatan El dan keluarganya.

"El, papa cakap jangan berkasar dengan tetamu. Dia tak sengaja pegang buku kamu. Minta maaf pada dia balik, El." tegas Uncle Kay.

Auntie Kay bergegas dari bilik belakang menuju ke ruang tamu apabila mendengar kata-kata anaknya. "El, minta maaf balik pada Wa. Dia tak sengaja,"

"Oh, nama dia Wa. Bukan Arra Sephia. Kenapa dia perlu menyamar mama?"

"Saya tak menyamar. Saya memang Arra Sephia."

"Mama sendiri yang jemput dia datang. Wa yang selamatkan nenek dari kena langgar. Nenek minta Wa datang rumah. Nama Wa tu mama yang bagi untuk kaburkan mata El. Dia Arra Sephia, El. Dia datang nak jenguk El."

"After 4 years ma. El terseksa tunggu dia ma. Sedangkan dia happy tengok keadaan El macam ni."

"I have to, El. Saya terpaksa. Untuk jaga kamu dan family kita jauh dari Black Spirit. Saya buat keputusan itu dengan hati yang sakit, El. Saya tak mampu."

"Keluar dari rumah saya sekarang, Arra Sephia. Keluar!"

"El!!!" bentak Uncle dan Auntie Kay serentak.

"Saya tak akan datang sini lagi kalau itu permintaan kamu. Saya akan pergi. Tapi, saya mahu kamu tahu yang perasaan saya pada kamu adalah sama dari dulu, tidak berubah, Wo ai ni."

Air mata Arra Sephia tumpah. Tanpa disedari, keychain gambar dia dan El Khori terjatuh dari beg Arra Sephia.

"Arra, tunggu! Barang kamu!" jerit Auntie Kay.

Arra Sephia masuk ke dalam kereta dan tidak lama kemudian dia hilang dari pandangan.

"El, mama tak bersetuju El buat macam ni. Mama nak El tahu, selama 4 tahun ini Arra Sephia tak pernah tinggalkan El. Masa El sakit dan tak ingat apa-apa, dia yang bantu El untuk ingat. Waktu El kritikal, dia yang jaga El sampai El lepas fasa kritikal. Dia menyamar jadi Wa untuk elakkan Black Spirit bunuh El.Sekarang, keadaan dah makin baik. Dia datang untuk tengok El sekarang. Tapi kenapa El halau dia?! Mama sayang dia El. Mama sayang dia..."

El Khori ditinggalkan seorang diri. Dia dibiarkan untuk menenangkan fikiran. Keychain itu diambil dan ditatap gambarnya. Air matanya menitis.

"Maafkan saya...Maafkan saya Arra Sephia..."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan