Rabu, 6 Januari 2021

Impianra XI


Arra Sephia pulang ke kamar setelah seharian berada di unit kewangan dan pertahanan untuk memeriksa rekod keluar masuk dana Istana Heather.  Jam menunjukkan pukul 11 malam. Dia melangkah masuk ke bilik utama, sebelah kanan merupakan kamar tidurnya. 

Apabila dia masuk sahaja ke dalam, kelihatan pelawat-pelawat atau lebih senang dikenali sebagai 'rakan-rakannya' memandangnya dengan pandangan sinis.  
"Baru balik mesyuarat ke baru balik dating?" perli Bella.  

Arra Sephia diam tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Dia cukup penat dengan insiden yang berlaku pagi tadi. Maytinee dan PSon memberitahu Bella dan rakan-rakan yang lain membuat onar sehingga bergaduh dengan pelajar-pelajar Heather.  Kemudian, dia diuji pula dengan banner dan kertas yang ditampal dengan kata-kata yang tidak enak didengar tentang dirinya dan El Khori. 

Arra Sephia penunggang agama!  

Arra Sephia jahat! 

Arra Sephia talam dua muka!  

El Khori tak boleh berkawan dengan Arra Sephia kerana Arra Sephia curang dengannya dengan PSon! 

Huh!  Sakit kepala dia bila ingat balik kejadian pagi tadi. Sebab insiden itulah, dia lewat ke kelas, dimarahi Profesor Mc disebabkan rumour itu dan hubungannya dengan El Khori bagaikan telur di hujung tanduk sekarang.

PSon pulak banyak kali menelefonnya untuk menjelaskan perkara sebenar tapi dia sengaja offkan phone. Semak rasanya. Dugaan bertimpa-timpa.

Dia sayangkan El Khori, mana mungkin dia buat benda-benda yang menjatuhkan maruahnya dan juga El?

Arra Sephia melihat El dengan ekor matanya. Dia tahu El pasti mahu kepastian tentang apa yang berlaku.

"Ra, beritahu saya kenapa saya dikaitkan sekali dengan berita tak masuk akal kamu ni. Betul kamu dan Pson ada hubungan istimewa?" tanya El Khori.

Remuk hatinya mendengar kata-kata itu. Pedih.
Sakit seperti dihiris sembilu. Tajam menikam.

"Saya mahu kamu pergi. Pergi dari hidup saya, Ra.  Kalau PSon lebih pantas untuk kamu. "

Arra Sephia tersentak. 

"Pergi Ra!"

Arra Sephia masuk ke kamarnya dan mengunci pintu.  Dia menangis.  Tak sangka hubungannya dengan El 'mati' begitu saja disebabkan perkara yang dia tidak lakukan. Dia sayangkan El. Sangat!  

Telefonnya berbunyi. Mesej masuk. 
Dari Maytinee. 

"Arra, kita kena bertugas adhock malam ini. Askar-askar Ivy melakukan serang balas di sempadan. Aku dah kerahkan askar-askar untuk turun sekarang. Kau kena bersedia." 

Mesej dibalas. 

"Guna Plan B. Aku ke sana sekarang. "

Tick!  Butang hantar ditekan. 

Arra Sephia mengesat air matanya dan menukar baju. Dia mengambil peralatan memanahnya dan sempat menulis sekeping nota buat El Khori. 

Nota itu akan dia serahkan pada PSon. lebih mudah jika PSon sendiri yang bersemuka dengan El Khori bagi menerangkan perkara sebenar. 

***

"El,  saya Pson memang tak ada apa-apa hubungan dengan Arra Sephia. Saya hanya abang dia saja. Mana mungkin abang dan adik boleh bercinta."

"Bagaimana dengan rumours tu?" 

"Hmmph siapa lagi kalau bukan si Bella tu. Eh, saya peliklah korang datang sekali kan tapi kenapa perangai mereka lagi teruk hah? Ramai orang dekat Heather ni bercakap tentang mereka. Hari-hari cari masalah dengan Phia.  Sakit kepala dia."

"Saya... "

"Ini Phia tinggalkan surat untuk kamu. Bacalah nanti jangan bagi orang lain nampak. Dia menangis semasa dia nak serahkan surat ini dekat saya."

"Pson... " 

"Bacalah. "

El Khori membuka sampul surat itu dan mula membacanya satu persatu. Air matanya menitis. 
'Arra Sephia,  saya minta maaf. '

Kehadapan El Khori, 
Saat kamu membaca surat ini saya mungkin tiada lagi di sisi kamu.
Saya pergi berjuang untuk rakyat saya, untuk Heather, untuk orang-orang yang saya cintai, untuk kamu.
Kekayaan yang saya tak pernah berikan kepada orang lain selain kamu ialah kekayaan cinta dan kasih sayang. Hanya untuk kamu, El. 
Jaga diri kamu.
Doakanlah untuk saya supaya saya selamat sampai ke pangkuan kamu.
Jika saya tiada, janganlah kamu menitiskan air mata sedikit pun.
Kerana air mata kamu sangat mahal untuk saya. 
Menangislah di depan Tuhan.
Doalah kepada-Nya supaya saya selamat.
Saya sentiasa mendoakan keselamatan kamu. Always.

Dari, Arra Sephia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan