Assalamualaikum diary... Diary, alhamdullillah, hari ini tinta(saya) lulus dalam ujian komputer semalam.. Lega diary . Waktu pak cik tu kata, "Tahniah dik, anda lulus ujian ni." Dada rasa berdegup kencang. Laju.. Diary, hari ni tinta rasa happy sangat. Ifrah masih kenal tinta. Nubla pun ada. Kalau mereka ada di depan mata sekarang, tentu tinta peluk mereka kan diary? Hari ni tinta rasa tak sedap badan. Semalam saja dah tak boleh tidur. Setiap jam bangkit duduk atas teddy bear. Kesian dia, mesti sakit kan. Tinta tunggu sampai azan Subuh, lepas tu terus solat alang-alang mata dah terbuka luas. Lega.. Tapi, tak sedar bila tinta tidur. Pukul 6:28, Kak Linn gerak, "Dah siap ke belum. Kak pulak nak solat." Tinta pun jawablah dalam keadaan mata terpejam sebab rasa mengantuk sangat. Mungkin semalam tak lena, jadi pagi-pagi lagi dah buat ragam. Mak kata, lena la dulu.. Nanti sambung balik kemas barang..
Dear Ifrah and si kecil Nubla,
Semenjak akak jumpa kalian, akak selalu mimpi kalian. Yang paling kerap akak selalu mimpi Nubla. Tak tahu sebab apa. Tapi, alhamdullillah akak masih seperti yang Ifrah dan Nubla lihat dulu. Cuma badan mungkin sedikit berubah. Akak harap Ifrah dengan Nubla sentiasa sihat. Akak pun tak jangka nak bertemu dengan kalian. Kali terakhir akak bertemu dengan Ifrah bila akak dengar khabar kata Ifrah nak pindah. Dalam hati, nanti tak boleh nak jumpa Ifrah lagi. Tapi, tahun ni akak dipertemukan lagi dengan Ifrah. Syukran Allah! Akak tengok muka Ifrah dah berubah sikit. Makin comel. Sampai akak tak kenal itu Ifrah. Asif ye dik. :)
Buat Nubla,
Bila akak tengok adik, akak rasa nak sangat adik perempuan. Dulu waktu kecik, akak suka sangat main dengan sepupu yang ada adik perempuan. Akak ada adik lelaki sebab tu agak sukar sikit nak jaga dia. Adik akak yang sebaya Nubla tu pun dah besar. Tahun depan dah nak masuk darjah lima. Tapi, perangai dengan sikap dia macam perempuan Mungkin sebab dia dikelilingi oleh kakak-kakaknya, sebab tu la sikap dia macam perempuan. Bila tengok Nubla, rasa nak sangat macam mana rasa ada adik perempuan.
Buat Ifrah and Nubla,
Belajar rajin-rajin okay.. Akak doakan kejayaan kalian. Doakan akak dalam SPM nanti.. AMEEN.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepada-Ku" Surah al-Zariyat ayat 56
Khamis, 19 Disember 2013
Rabu, 11 Disember 2013
Jordan Or New Zealand/ United Kingdom
Hari ni mak dengan ayah sibuk fikir universiti lepas dapat result nanti. Mak kata mak nak tinta buat tessel saja di UK tak pun dekat New Zealand. Tinta sebenarnya tak minat bab-bab tessel ni, dalam hati kuat nak buat arab dekat Jordan. Lagipun, universiti yang kira okay dekat Jordan tu Universiti Yarmouk. Banya senior-senior yang mengaji dekat sana. Dapatlah ada orang jaga. Lagipun, dekat Jordan ada musim sejuk jugak, so bolehlah tangan-tangan ni merasa salji. It will be an exciting project, kan diary?
Diary, tinta rindu sangat dekat Nubla. Apa khabar dia sekarang? Entahlah... tinta harap dia sihat. Teringin nak jumpa dia lagi. Boleh kan diary? Hari tu masa tinta pergi Kuala Nerang, rasa susah nak jumpa Nubla. Allah, beginikah rasanya nak jumpa dengan si kecil Nubla? Tinta tak boleh tipu diri sendiri.. Tinta memang rindu akan Nubla.. Rindu sangat-sangat. Last jumpa dia masa sehari sebelum exam Sains. Lepas tu, tinta dah tak jumpa dia dah.. Alahai comelnya si kecil tu.. Tinta rasa macam ni sebab tinta tak dak adik kecil perempuan. Tinta nak sangat adik kecik, boleh main-main dengan dia. Adik tinta yang besar ni pun dah sepuluh tahun, nak melayan pun game je, so boring.
Diary, tinta nak sangat pergi Jordan. Memang tempat impian tinta sejak tingkatan empat lagi(sebelum tinta mengenali Nubla),tinta ingat lagi tinta tulis Universiti Yarmouk dekat buku Add Math. Tu memang nak pergi sangat tuh.. hehe. Diary, tinta memang tak boleh lupa peristiwa tinta tak boleh pergi KISAS. Sekolah impian tinta sejak tingkatan satu(masa tinta mengenali kak Mirah, baru tinta tahu pasal sekolah ni.) Kak Mirah sangat nak pergi sekolah, tapi dia dapat INTERKOP, tak apala kak, sekolah tu pun bagus juga... Sejak tu, tinta minta sangat nak masuk KISAS tapi, nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan. Tapi, perancangan Allah lebih baik kan diary.. Kalau tinta pergi KISAS mesti tinta tak boleh jumpa dengan Nubla. Allah, U Knows My Heart More Than Others. I Love U..
Sekian saja untuk warkah kali ini. Nanti tinta tulis lagi... Rindu betul dengan Nubla... Adik, we will see in the future..

Khamis, 5 Disember 2013
Daie Itu
Duhai hati-hati yang
celik,
Hari ini, kita sudah mempunyai
ramai penghafaz al-Quran. Kita juga sudah mempunyai ramai graduan agama. Setiap
tahun, beribu-ribu pelajar agama merayakan konvokesyen. Begitu juga, kita
mempunyai ramai professional dalam pelbagai bidang.
Syukur, alhamdulillah! Tapi
kita masih kekurangan satu perkara. Kurang apa? Kita kekurangan daie. Kita
kekurangan golongan agamawan dan profesional ini bangkit menjadi pendakwah.
Seorang
Mengesani Ribuan Orang
Ummah rindukan daie yang mampu
mengusap lembut hati-hati semua golongan. Dakwahnya sampai ke jiwa para
cendikiawan, orang awam, kaum terpelajar, orang kurang pelajaran, penduduk
kota, penduduk desa, penghuni gedung-gedung mewah mahupun rumah biasa. Daie
yang dengan dirinya seorang boleh mengesani ribuan orang.
Kalau daie itu jumlahnya ribuan
orang, lagi bagus. Boleh mengesani setiap ceruk alam, insya-Allah.
Umat hajat untuk melihat Islam
yang berjalan dalam diri, keluarga, dan dalam aktiviti para pendakwah. Melalui
dakwah, akan berlakulah perbaikan umat secara integral, dan mengeluarkan
manusia daripada kepekatan jahiliah menuju cahaya Islam.
Penyeru
Kepada Allah
Siapa mempunyai cita-cita mahu
menjadi doktor hati umat? Mengajak orang lain kepada kebaikan. Tidak kira
apapun kerjaya yang kita ceburi akan datang, kita boleh memilih untuk menjadi
daie.
Samada kita seorang jurutera, atau
doktor, atau ustaz, atau tukang kebun, atau petani, atau penoreh getah, atau penjual
nasi lemak, atau juruteknik atau apa sahaja. Selitkanlah di hujung cita-cita ini
mahu menjadi daie.
Daie yang macam mana?
Daie ini ada macam-macam
sebenarnya. Ada:
1.
Ad-daie
ilayya- hanya mengajak orang kepada individu tertentu.
2.
Ad-daie
ilaina- hanya mengajak orang kepada kumpulan tertentu.
3.
Ad-daie
ilallah- mengajak orang kenal Allah dalam hidupnya. Secara tidak
langsung dia kenal juga induvidu dan kumpulan yang harus dia bersama.
Sebaik-baik Perkataan
Sungguh
hebat kedudukan ad-daie ilallah ini
sehingga Allah SWT mengiktiraf perkataannya di dalam al-Quran.
“Dan
siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan, dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang
Muslim yang berserah diri.” (Surah Fussilat: 33).
Duhai hati yang hidup,
Mari
bermonolog dengan Allah…
Aku
datang kepada-Mu, duhai Allah. Aku mahu menjadi pekerja-Mu, duhai Allah. Aku
hidup sebab hendak penuhi agenda-Mu, duhai Allah. Aku hendak buat apa sahaja
yang Kau sukai, duhai Allah. Aku tidak mahu membuat apa sahaja yang Kau tidak
sukai, duhai Allah.
Semoga
niat baik di hati akan membuatkan Allah SWT sudi memilih hati kita. Lalu,
dicampakkan rasa ‘izzah’ (mulia) bagi
melantunkan ahsanu qaulan,
sebaik-baik perkataan. Hingga, tidak jemu melantunkan kalimah-kalimah daie yang
mengajak orang kepada Allah SWT.
Biar
orang bosan dengan kita. Jangan sesekali kita bosan dengan orang. Ajaklah siapa
yang terdekat,
“Jom,
kita baca al-Quran sama-sama. Kita jadi hamba Allah yang baik.”
Mungkin
ada hati yang berbisik,
“Erk!
Macam poyo!”
Ya.
Memang ada yang malu hendak bercakap tentang Allah dalam perbualan seharian.
Takut nanti orang kata,
“Hek
eleh, alim kucing konon.”
“Hipokrit!
Uweks..”
Duhai hati,
Seronokkah
kita membiarkan hidup kita tidak bebas? Bukan orang yang memenjarakan kita.
Tapi, kita sengaja mengikat diri kita. Terkongkong dengan persepsi orang lain.
Kita lalu tidak bebas hendak berbuat baik sebab orang. Sampai bila?
Terpulanglah
kita mahu menjadi hamba kepada persepsi orang, atau hamba Allah. Kelak kita
bertanggung jawab ke atas pilihan kita ni.
Pilihlah
untuk menjadi daie. Tenang di hati. Dicintai Ilahi. Kasih makhluk bertaut
sekali. Bahagia hidup hingga ke negeri abadi.
Cahaya
Daie
Tanpa daie, masyarakat akan
menderita penyakit bodoh. Mereka akan
diperdaya syaitan, jin dan manusia bila-bila masa sahaja.
Daie ibarat lampu pendaflour
di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.
Daie juga bagaikan imam dan pemimpin.
Mereka menjadi hujah Allah yang berjalan di atas muka bumi. Penyingkir
kesesatan di fikiran manusia. Awan keraguan diarak pergi daripada hati dan jiwa
mereka. Merekalah teladan dalam pembicaraan dan juga amalan.
Dakwah
perlukan Kaedah, Baru Berfaedah
Hendak menjadi daie, bila-bila
masapun boleh. Siapapun boleh. Dengan hanya memaniskan wajah, dan berkata-kata
baik, kita sudahpun melakukan dakwah. Bahkan dengan menggeleng-gelengkan kepala
apabila diajak berbuat maksiat, itu juga dakwah.
Hendak menjadi daie sejati
perlukan kaedah dakwah. Kaedah dakwah ni ialah pemahaman tentang seluk beluk
dakwah. Tanpa kaedah, kita bimbang dakwah kita lebih membawa kerosakan daripada
manfaat.
Daie dengan kaedah berdakwah
bagaikan dua sisi wang siling. Tidak boleh dipisahkan. Sebelahnya bercorak
bunga-bunga. Sebelah lagi pula, ada nilai mata wang. Kalau ada sebelah sahaja,
hilang nilainya.
Moga dengan kaedah dakwah ini,
musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menuduh para pendakwah Islam sebagai
pengganas, pemaksa atau kaki penyibuk. Kaedah dakwah memandu para pendakwah
sentiasa berhikmah, berpanduan dalam tindakan, tenang dan waras.
Apa kaedahnya? Tidak cukup
ruang hendak bincang. Insya Allah, akan datang.
Daie
Terbaik
Daie terbaik ialah Nabi
Muhammad SAW. Bila bergelar daie, itu tidak bermakna baginda menjadi manusia
yang terpisah daripada rutin manusia biasa yang lain. Bukannya, berpuasa 24
jam. Baginda berpuasa dan berbuka. Baginda juga berjalan di pasar-pasar.
Bukannya, menganggap pasar itu jijik dan tidak sesuai untuk orang-orang soleh.
Apabila kita mempelajari
kehidupan Rasulullah, kita akan menemui contoh yang paling tepat untuk menjadi
daie buat umat.
Berjiwa
Daie
Sunnah berdakwah,
sakit dan susah
namun,
awalnya saja payah,
akhirnya penuh barakah,
Allah sudahpun memujuk,
Akhir dakwahmu lebih baik dari
awal dakwahmu,
Akhiratmu lebih baik daripada
duniamu.
Jika kita tidak mahu
berpayah-payah,
dalam berdakwah,
Kita kan payah juga,
Payah,
didera dosa membuang masa,
Bosannya merantai seluruh
jiwa.
Wahai pendakwah,
Sabarlah dengan cacian
manusia,
Jika ada 10 orang yang membenci,
ada 1000 yang lain sudi
menyayangi,
Jika ada 10 yang mengata,
Ada 1000 bangkit membela.
Namun,
andai seluruh dunia menghinamu,
Jangan pernah berputus asa,
Kerana kau punya kekasih yang
Esa,
Dia tetap setia, selamanya,
Selagi kau setia mencintai-Nya,
Dengan setulus-tulus cinta.
---
"Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid...
...atau menang..."
- Sunnah Berjuang 2, Nada Murni-
:)
Jumaat, 1 November 2013
SPM- 5 days to go
Good luck for SPM. Ingat, jangan main-main lagi. Masih teringat peristiwa sebelum nak exam ni. Banyak cabaran dan dugaannya. Antaranya kerja sekolah tak pernah siap, buat kawan marah(sebab panggil ustazah masuk kelas-sebenarnya untuk kebaikan mereka juga) apa nak buat, redah saja. Tapi, dalam dugaan tu, ada jugak yang duk mengata,memang la kita ni tak berapa nak pandai, tapi tak payah la duk mengata kat orang yang tak berapa nak laju nie. Stop la. Kalau da pandai, ajar la kami yang tak berapa nak pandai. Kan senang, tak payah kena kutuk. Hai, rasa nak melekat je tangan ni dekat muka dia. Apapun, sabar jela.
Lagi satu, tinta rasa lega duduk dorm 1 dengan rakan-rakan yang lain. Selamat dan aman daripada kena kutuk. Kami ibarat satu keluarga. Tinta nak cerita pula pasal hari tinta jatuh tergolek. Hari tu, tinta nak pergi basuh sudu, lepastu tinta pun jalan nak pergi tandas. Yang peliknya, tinta langsung tak lari, jalan je. Lepastu jatuh tergolek. Kasut habis lekang and tercabut. Malunya hanya Tuhan je yang tahu. Habis kasut kena lecak. Petang tu pula, mata kena kerusi plastik. Adoi, sakit. Semua orang ingat tinta nangis sebab putus cinta ke apa ke. Tinta pun jawab la macam ni," Pakwe pun takde, buat apa nangis sebab putus cinta?? Ni kena kerusi, bucu dia tajam." Barulah diorang faham.
Hari esok tu pula, tudung pulak terbang sebab kena angin sexy tu. Allah, hari tu lagi malu. Apapun, tak mau cita lebih-lebih. Diary, yes sampai sekarang tak da orang yang tahu tinta minat dekat sapa. Ada yang kata orang ni, orang tu, hmm malas nak melayan da.. So scary!! Tinta ni tak la segak, cantik, mana la ada lelaki yang suka dekat tinta. Tapi, selamat jugak keadaan macam ni sebab tak ada lelaki yang suka, jadi kuranglah dosa tinta. Nanti tinta kawen,itulah orangnya ye. Ha, jangan buat andaian sediri pulak. Jadi fitnah, kan da susah.
SPM, U ARE MY FUTURE

Langgan:
Catatan (Atom)