Selasa, 23 November 2021

I Am A Fighter!


Lama tak menulis. Sejak posting ni blog ni makin terkubur. Bersawang. Nak update pun kena tengok masa jugak. Sekarang memang sibuk. Pagi sibuk dengan mengajar, petang sibuk dengan ajar mengaji dan siapkan tugas-tugas sekolah, malam sibuk dengan kelas HCF, IDT,PERKIM,HALUAN. Tak ada istilah 'tak ada komitmen'.

Nak dijadikan cerita 12 tahun lepas, aku rasa masa tu aku ada tanda-tanda anxiety dan kemurungan. Tapi, biasalah masa tu kesedaran dalam kalangan masyarakat kurang. 

Masa tu banyak benda aku struggle, dengan result jatuh, dengan kes torture (siapa yang pernah duduk asrama akan tahu tiap-tiap tahun akan kena punyalah)
And that time , tanda-tanda kemurungan aku dah ada cuma aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku pilih untuk bertahan.

Kekal bertahan.

Bukan senang nak ambil keputusan untuk bertahan. Air mata jatuh. Tanyalah sesiapa pun depression fighter, mereka alami benda yang sama. Sebab tu ramai yang pilih untuk akhiri diri sendiri. Bukan sebab kurang iman, tapi hanya jalan itu yang ada untuk kurangkan 'kesakitan'. 

Masa aku ada tanda-tanda kemurungan ni, aku tak cerita satu habuk pun dekat family. Semua simpan sendiri. And guess what, benda ni buat aku jadi heartless. Sangat heartless. Aku mula memberontak. I want to fight. Dan rasa nak menang. 

Pernah ada masa aku menangis sorang-sorang, tangan menggeletar, pernah menjerit kuat-kuat,  dan ya pernah rasa nak bunuh orang.  Disebabkan beberapa orang, aku belajar dalam keadaan tertekan. Fitnah yg mereka lontarkan aku simpan dan aku sendiri bersihkan nama baik aku. 

Sistem torture di asrama bagi aku sungguh memalukan dan tak valid.  Jiwa fragile, tiba-tiba kena hadap torture memang aku pangkang terus. 

Dalam dakwah, terus tak sampai.  Dakwah apa kalau perlu torture?  Aku sudah buang sistem dakwah dengan cara lisan,  lebih prefer perbuatan (lepas peristiwa tulah).
Peristiwa torture terus mengubah personaliti aku. Aku mula jadi introvert,  takut akan perubahan, ada anxiety dan pendiam. Sebab tu orang tak akan suka sgt berkawan dengan aku (sedih sgt tp yelah ini personaliti tak boleh nak ubah).

Lepas tu, aku mula cari medium dakwah yang sesuai dengan personaliti aku. Tulisan. Ya. 
Dengan tulisanlah aku boleh ekspresikan apa yang aku rasa. 
Makin lama seronok menulis. 
Lahirlah novel, puisi, anekdot hasil karangan aku sendiri sehinggalah aku aktif dalam penulisan sekarang ini. 
Aku bermula dengan penulisan dakwah di blog. 
Akhirnya berkembang ke bidang penulisan lain. 

Ubat kemurungan aku hanyalah penulisan dan orang-orang yang rapat je aku berani cerita. 
Aku pernah makan ubat untuk kurangkan rasa murung tu. 
Aku punya murung tu package sekali dengan imsomnia. 
Memang bebai weh kalau dah kena. 
Sampai menangis kau. 
Yelah, orang nak tidur tapi kau jadi burung hantu. 
Sakit pulak hati. 

Makan pun aku pantang makanan yang trigger anxiety dan kemurungan. 
Solat, baca quran jangan tinggal. 
Makan ubat. 
Tidur dan rehat kena cukup. 
Yang penting , carilah masa untuk me-time. Travel lah ke mana-mana saja. 
In shaa Allah, akan hilang. 

Btw,  I am a fighter! 
Still fighting. 

Love,  
Arra Sephia Irdinah, 23 Nov 2021, 21:34 pm.

15 ulasan:

  1. Akak pun tak ramai kawan dik. Tapi akak lantak kan jer semua tu. Pernah jugak akak kena fitnah segala sampai rasa down dalam kehidupan. Dengan broken family lagi memang sedikit sebanyak effect kerjaya & confident level akak.Tapi, disebabkan akak berkongsi cerita dengan mak akak, alhamdulillah...semua okey & akak jadi manusia sekental sekarang. Dulu kuat nangis, kalau kena usik. Sekarang, NO WAY MAN!!Ada masalah berkongsilah dengan keluarga. Jangan diam. Anxiety & kemurungan ni bahaya. Sekali sekala luahkan rasa dekat blog okey. Ada ramai pembaca setia yang beraura positif dekat blog ni 😊🍎.

    BalasPadam
  2. Ya , kita mampu melepaskan segala masalah dengan penulisan. Asbab penulisan kita denga gajet sahaja kekadang mampu mengalir mata ketenangan. Semoga Allah menjaga anda. Stay safe.

    Yang penting sentiasa berselawat. asbab berselawat, Allah cambah ketenangan di qalbi anda. :)

    BalasPadam
  3. Aini dari dulu sampai sekarang takde kawan yang boleh lepak sama walaupun sekejap. Lai dah berumah tangga.
    Nak enjoy sama takde sebab Aini banyak merantau sejak kecil. So kawan sahabat ni kira my mum and adik perempuan Aini dan suami je.
    Ada family kira cukup bagi Aini. Kawan ni just comes and go.

    May you still keep fighting and one day you will feel u are freedom in best way. InsyaAllah

    BalasPadam
  4. Keep on fighting.
    Terus teringat kat anak dara ammi yg baru form 1 di asrama. :(

    Harap2 dah tak wujudlah sistem torture, ragging lagi.

    BalasPadam
  5. Semoga berjaya mengatasi rasa kemurungan. Fikirkan hal2 positif.

    BalasPadam
  6. Depression mmg x boleh bawa main

    BalasPadam
  7. semoga sihat seperti sediakala..adakala anxiety suka menyapa bila dalam keadaan stress kan...

    BalasPadam
  8. good sharing..keep fighting..bukan mudah nak hadap semua ni

    BalasPadam
  9. Keep fighting! Aja aja fighting ya... in fact, akak pun sebelum ni pernah feel the same thing due to great torture masa kat my ex-employment... semoga kembali sihat seperti sediakala...

    BalasPadam