Dengan
nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.
Insyallah,
kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di
perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:
“Dear
crush. I hope you know that I love you very much…”
“Rindunya
crush saya….”
Atau,
ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:
“Eh,
crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”
Lalu di
jawab:
“Aku
malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”
Dan
banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga
universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya
dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas
merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau
drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak
sedar.
Awal-awal
saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’
zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam
Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan
fikiran terbuka.
CRUSH TU
APA?
Bila
kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati
seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan
berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan
sebagai:
“Meminati
seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada
orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering
memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat
agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”
Kenapa
saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang
yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan
perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan
di atas, maka hukumnya adalah DOSA.
Kenapa
pulak dosa?!
Bukankah
Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau?
Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir,
bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?
Adapun,
jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca
perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis
perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang,
lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya
tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya
malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.
Ingat,
perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati
rosak.
CINTA
YANG ALLAH REDHA?
Banyak
yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah
mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah
redha? Apakah cinta yang Allah redhai?
“Cinta
yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri
kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang
LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta
ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini,
Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn
Qayyim)
Lihat?Cuba
highlightkan ayat:
“Iaitu
cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”
Cinta
sebeginilah yang Allah redha!
Cinta
sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan
akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?
Sebab
tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak
bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan
jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!
KALAU
KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?
Bila
kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw
bersabda:
“Tidak
ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”
(HR Ibn
Majah)
So,
kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir
pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?
Kalau
rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau
ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong
kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak
fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah,
tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…
Kalau
kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah
termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.
Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha
sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia
sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada
jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak
kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa
yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya.
Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!
Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang
yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba
masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai
itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari
penganiayaan keapda harta.
Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.
Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan
menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan
menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga
syahid”, adalah hadis palsu.
Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah
orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta
Allah dan memburu redhaNya.
NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH
Jom kita
tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati
dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.
PERTAMA:
Jami’
bin Mahuih bertanya:
“Apakah
orang yang bercinta buta itu dosa?”
Lalu
Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:
“Ianya
tercela...”
Lepas tu
Said berkata:
“Demi
Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika
seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”
KEDUA:
Imam
Alghazali cakap:
“Aku
dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”
Kenapa?Bayangkan,
mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal
dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!
KETIGA:
“Orang
yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu,
cinta itu akan menyeksanya…”
(Ibn Qayyim)
“Kehinaan
akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak
merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada
di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka,
kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”
(Ibn Qayyim)
“Apabila
seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia
cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)
“Bencana
dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api
membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di
cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….””
(Ibn Qayyim)
KEEMPAT:
Ada
sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn
Abbas tanya:
“Kenapa
laki ni mati?”
Maka
orang ramai menjawab:
“Dia
mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”
Maka Ibn
Abbas berkata:
“Semenjak
dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari
terjebak dengan penyakit cinta ini….”
Seorang
penyair menyebut:
“Hidup
orang yang bercinta,
Permulaannya
hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya
penyakit,
Dan pengakhirannya
adalah kematian hati, dan jasad….”
****
Saya
harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya
jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!
BEZA
REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG
Kenapa
umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk
dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan
pemuda” di zaman itu.
Suatu
hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik
untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara
islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!
Lalu,
perisik tu pun tanya:
“Kenapa
kau nangis wahai pemuda?”
Lalu
pemuda tu jawab:
“Aku
nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”
Bila
perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk
menyerang islam. Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda
ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!
Namun,berlalu
masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga,
mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu.
So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA
sedang menagis!
Lalu,
perisik tu pun tanya:
“Kenapa
kau nangis wahai pemuda?”
Lalu
pemuda tu jawab:
“Aku
menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”
Bila
perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk
menyerang islam, kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda
ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.
Akhirnya,
islam kalah!!!
Lihatlah
kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah!
Adakah
mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan
kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang
rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan
muslimin pada usia 22. Banyak lagi
kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!
Bandingkan
dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah
kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan
ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam
di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?
Apakah
yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang
untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?
Muhasabahlah.
Menangislah. Berubahlah.
Semoga,
semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang
mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang
menghancurkan kita. Amin ya rabb.
Wallahua’lam.