Khamis, 4 Februari 2016

Belajar bahasa KOREA

Anyeong. Hari ni nak share tentang belajar bahasa Korea pula ye. Blog ni dah berhabuk sikit, jadi kena selalu update.

안녕 하세요? dibaca “Annyeong haseyo” ertinya (Apa khabar?).
안녕히 계세요 dibaca “Annyeonghi kyeseyo” ertinya (Selamat tinggal).
안녕히 가세요 dibaca “Annyeonghi kaseyo” ertinya (Selamat jalan).
고맙습니다 / 감사합니다 dibaca “Komapseumnida/Kamsahamnida” ertinya (Terima kasih).
죄송합니다 / 미안합니다 dibaca “Choesonghamnida/Mianhamnida” ertinya (Maaf).
네 dibaca “Ne” artinya (Ya).
아니요 dibaca “Aniyo” artinya (Tidak/Bukan)


안녕 dibaca “Annyeong” ertinya (Apa khabar?).
잘 있어 dibaca “Chal isseo” ertinya (Selamat tinggal).
잘 가 dibaca “Chal ga” ertinya (Selamat jalan).
고마워 dibaca “Komawo” ertinya (Terima kasih).
미안해 dibaca “Mianhae” ertinya (Maaf).
응 dibaca “Eung” ertinya (Ya).
아니 dibaca “Ani” ertinya (Tidak/Bukan).

Okay, kita try yang ni pulak ya.

  1. 안녕 하십니까 ? dibaca “Annyeong hasimnikka” ertinya (Apa khabar ?, Selamat pagi, Selamat siang, Selamat sore, Selamat malam) Formal.
  2. 안녕 하세요 dibaca “Annyeong haseyo” ertinya (Apa khabar ?, Selamat pagi, Selamat siang, Selamat petang, Selamat malam) Informal.
  3. 안녕히 가십시오 dibaca “Annyeonghi kasipsio” ertinya (Selamat jalan) Formal.
  4. 안녕히 가세요 dibaca “Annyeonghi kaseyo” ertinya (Selamat jalan) Informal.
  5. 잘가요 dibaca “Chalgayo” ertinya (Selamat jalan) Informal.
  6. 안녕히 계십시오 dibaca “Annyeonghi kyesipsiyo” ertinya (Selamat tinggal) Formal.
  7. 안녕히 계세요 dibaca “Annyeonghi kyeseyo” ertinya (Selamat tinggal) Informal.
  8. 안녕히 주무십시오 dibaca “Annyeonghi Chumusipsiyo” artinya (Selamat tidur) Formal.
  9. 안녕히 주무세요 dibaca “Annyeonghi Chumuseyo” ertinya (Selamat tidur) Informal.
  10. 잘자요 chal chayo dibaca “Chal chayo” ertinya (Selamat tidur) Informal.
  11. 축하합니다 ! dibaca “Chukhahamnida” ertinya (Selamat !) Formal.
  12. 축하해요 ! dibaca “Chukhahaeyo” ertinya (Selamat !) Informal.
  13. 생일 축합니다 dibaca “Saengil chukhahamnida” ertinya (Selamat ulang tahun) Formal.
  14. 생일 축하해요 dibaca “Saengil chukhahaeyo” ertinya (Selamat ulang tahun) Informal.
  15. 새해복 많이 받으세요 dibaca “Saehaebok manhi padeuseyo” ertinya (Selamat tahun baru) Informal.
  16. 즐거운 휴일 보내세요 dibaca “Chulgoun hyull poneseyo” ertinya (Selamat berlibur) Informal.

Sabtu, 16 Mei 2015

Nukilan buat A3t3

 

Assalamualaikum.
Rindu. Rindu. Rindu.
Rindu kenangan dekat KMP. Banyak yang tak boleh lupa. Main belon air, tepung, kejar-kejar. Ya Allah, rindunya. Inilah kali kedua selepas enam tahun dapat sahabat baik.
Kami belajar sama-sama. Selesai masalah sama-sama. Ketawa dan sedih pun sama-sama.

Sekarang,
Kami bawa haluan masing-masing.
Mungkin akan dapat berjumpa kembali, mungkin tak.
Jika diizinkan Tuhan, dapat IPG maka aku orang pertama akan meneruskan perjuangan.
Mereka masih lagi menunggu (bulan 9 nanti in shaa Allah)
 Aku doakan agar kami dapat mengharungi cabaran yang mendatang.
Kami tetap kuat. Kuat. Kuat.
Moga kekal dalam ukhuwah.

Nukilan: Sephia Irdinah.

Jodoh itu unik


Seringkali yang dikejar-kejar menjauh.
Yang tak disengaja mendekat.
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu.
Yang awalnya diragukan menjadi pasti.
Yang ternilai jadi biasa.
Yang tak dinilai jadi bernilai.
Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan
Yang tak pernah terpikirkan,ber
sanding di pelaminan .. Maka, percayalah..
Jodoh itu bukan masalah seberapa lama kau
mengenalnya.. Seberapa akrab kau dengan orang tuanya
Atau seberapa sering kau komunikasi dengannya
Tapi,seberapa yakin kau padaNya.

Seberapa besar kepasrahan kau dengan takdirNya.
Seberapa besar kau merayuNya.
Seberapa semangat kau menyempurnakan ikhtiar
mendapatkannya.
Seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya, lalu
digantikan dengan yang lebih baik menurut versiNya.

Semoga Sahabat yang sedang dalam penantian,
semakin
yakin dengan takdir Allah.

Semakin semangat menjemput belahan jiwanya. Aamiin
Ya Robbal'alamiin.

Subhanallah
Semoga sahabat
mendapatkan jodoh yg baik agamanya dan akhlaknya mulia.Amin.

Sabtu, 31 Januari 2015

Suu, My Bestie

Bismillah... 

Dah lama tak update blog. Terbelengkalai. Tapi, in shaa Allah lepas tamat matrik, akan selalu update. 

Diary,
Saya kecewa buat kedua kalinya. Alhamdulillah, ada kawan yakni sahabat yang mendukung saya dari belakang. Namanya Suhaila. Sori, suu,, Najwa update pasal suu dkt sini. Di saat sedih, dia ada menemani. Orang tak sama fe'el, itu yang susah. Ada yang jenis suka menghukum, ada yang jenis itu, ini, hmmm susah nak gambarkan. Untung ada kawan macam suu ni. kami ada masalah lebih kurang sama.Tapi, kami uruskan sama-sama. 

Diary, 
Saya jumpa org yg sama, tp kecewanya saya bila sikap dia juga yg sama. Walaupun berbeza wajah (sedikit) tp, org yg kami semua fikir yg baik, adalah sebaliknya. Nampaknya, lepas ni takkan lagi percaya sewenang-wenangnya dkt orang. Sedih sangat....

Suu,
Suu sahabat saya sampai bila-bila. Biarlah rahsia tu kita je yang simpan. Kenangan pahit itu takkan kulupa sampai bila-bila. Takkan ku lupa. Doaku moga kita akan jumpa orang-orang yg betul-betul anggap kita macam kawan.. Benarlah, nak tgk sahabat, tgk bila kita sedih baru kita kira berapa kawan yg kita ada.