Sabtu, 19 Januari 2013

Surah al Hasyr

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh... Salam muhibbah buat all bloggers.  Tinta hari ini mahu meneruskan bicara tentang kelebihan surah al Hasyr dan saya juga merasakan eloklah saya share setelah membaca surah ini. Alhamdullillah syukur. Ayat-ayat Allah sangat mujarab untuk melegakan semua kesedihan yang melanda.

Jika kita ditimpa masalah, dipulaukan rakan-rakan, segala pekerjaan yang dibuat tidak mendatangkan hasil dan sentiasa dilanda kesedihan, amalkan surah ini. Saya hanya menyampaikan apa yang ustazah saya bilang saja. Punya terkocoh-kocoh mahu tulis, hehe..

Saya pun dah try. Dengan izinNya, memang dah nampak kesan. Kawan dah mula mendekati, belajar pun dah ok, kurang rasa sedih. Perbezaan nampak sangat ketara. Thank u Allah. Sekarang, kerja pun dah baik. Moga-moga berterusan sampai saya menuju kearahNya. Amin ya Rabb..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan