Khamis, 10 Januari 2013

Dengarlah duhai gadisku...

Rasullullah pernah bersabda, "Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku pada saat umatku rosak, maka ia akan memperoleh pahala seratus orang mati syahid."

Pada saat ini, sudah ramai kaum Hawa yang tidak menutup aurat mengikut syariat. Kadang kala menganggap soal berpakaian adalah salah satu benda yang remeh. Tak kurang ada yang mengatakan berpakaian menutup aurat adalah kolot, tak up-to-date. Tapi, sebenarnya, menutup aurat manis dan semestinya mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Di sini, Sephia akan menghuraikan satu persatu...
First sekali soal memilih tudung. Tudung yang dipakai perlu labuh sehingga menutupi keseluruhan dada pada bahagian hadapan dan belakang. Sebaik-baiknya, bahagian tepi juga perlu dilabuhkan sehingga ke paras bawah dada untuk mengelakkan terselak apabila melakukan pergerakan. Tudung juga berfungsi untuk menghijab bahagian-bahagian anggota dari dada sehingga ke atas. Jadi, jangan  memakai tudung yang ketat seingga menampakkan bentuk  dan lekuk anggota.

Kedua, pilih tudung yang tidak jarang kerana boleh mendedahkan anak tudung, telinga, leher dan dada. Cuba berdiri betul-betul di bawah sinaran lampu. Jika anda dapat melihat leher anda, sila tukar tudung lain.

Boleh juga memakai selendang atau shawl, tapi, pastikan shawl yang dipilih    tidak jarang, labuh dan tidak terlalu terang warnanya. Boleh berfesyen tetapi, hendaklah mengikut syariat. Soal tudung juga tidak boleh dipandang remeh. Yang penting, keselesaan mengikut syariat. Sephia tidak kisah jika diri Sephia sendiri dianggap tak up-to-date. Konklusinya, soal pemilihan hijab perlu diberi perhatian..

Sekian, wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan