Jumaat, 18 Januari 2013

Cinta High Class part 1

Assalamualaikum semua. Tinta Maqam Kaseh akan menyambung kembali peranan untuk menulis blog yang sudah lama terbengkalai. Maklumlah, sibuk dengan tugas-tugas yang perlu diselesaikan dengan segera. Jika bertangguh, alamat tak siaplah jawabnya.

Sekarang, Maqam Kaseh mahu menulis tentang cinta. Semua orang mahu bercinta sampai ke syurga. Sesiapa yang bercinta pasti tahu bagaimana rasanya. Tapi, semua itu akan kekal bahagia jika tahu cara menguruskannya.

First sekali, terapkan cinta kita kepada Dia. Tiada yang lebih high class selain Dia yang menjaga kita sepanjang masa. Saya akui juga, banyak yang perlu diperbaiki. Solat pun kadang-kadang terlepas, kadang-kadang di akhir waktu. Ada rasa ketika mahu buat baik, tapi ada juga nak buat jahat. Semua itu hanya nafsu yang menggoda dan syaitan yang mahu turut serta. Saya uruskan dengan zikir. Alhamdullillah, sekarang sudah jadi baik. Penyakit rohani perlu dirawat dengan secepat mungkin, takut kelak akan bertambah parah. Yang penting, yakin dan tidak berputus-putus berdoa supaya Allah sembuhkan penyakit kita. Saya pun begitu juga. Insyaallah :-)

Then, my admire Prophet Muhammad SAW dan rasul-rasul serta para nabi juga para pejuang Islam.Kisah mereka yang perjuangkan agama akan saya terapkan dalam-dalam supaya tiada yang terkeluar, hehe.. Tanpa cinta Allah dan Rasul, mungkin saya tidak sekuat sekarang. Alhamdullillah ujian dan cabaran telah berjaya saya tempuhi. Saya akan pegang kata-kata Allah di dalam Al-Quran, Allah tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung. Saya telah jadikan semua ini sebagai prinsip di saat ujian melanda....

Al-Quran semestinya melekat di hati seorang mukmin sejati. Jangan tidak tahu, saya pernah terbaca suatu kisah dalam majalah Islamik tentang kisah seorang doktor dipinang oleh ayah si gadis yang juga seorang doktor hanya kerana al-Quran. Sungguh hebat sekali. Walaupun mereka tidak pernah bertemu, namun pertemuan doktor dengan ayah si gadis telah benar-benar memberi kepastian kepada saya bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Moga-moga saya juga akan mendapat bakal suami yang begitu juga. Amin...  :-)

Ummu dan abi orang yang berharga buat setiap insan yang bergelar anak. Hidup kita dari kecil hingga dewasa semuanya di bawah pengawasan mereka. Makan, minum, pakai semuanya perfect. Saya pun begitu. I love u ummu and abi! Jika si lelaki mahu meminang seseorang wanita untuk dijadikan isteri, sebaik-baiknya hendaklah berjumpa dengan orang tua terus. Trend remaja sekarang, hanya berkenal-kenalan dulu baru berjumpa dengan anggota keluarga. Saya khuatir maksiat akan terus berleluasa kerana dunia sekarang macam-macam boleh berlaku. Jika saya dipinang, saya akan memilih bakal suami yang meminang saya melalui mereka bukannya diri saya. Ini prinsip saya: Jauhi diriku, dekati waliku.

Sampai di sini dahulu. Moga-moga pengenalan ini dapat memberi keinsafan kepada diri saya dan juga kepada readers yang follow blog ini. Salam ukhwah, ya. Saya tidak bercadang lagi untuk memberi readers yang lain follow dulu blog nie kerna masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Semoga berjumpa lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan