SAHABAT,
UHIBBUKIFILLAH!
Indahnya dapat menghirup udara segar, melihat
burung-burung terbang dan berkicauan. Sungguh indah lagi dapat hidup lagi di
muka bumi Allah ini. Keadaan bukit bukau yang hijau dan cantik amat berbeza jika dibandingkan dengan di
bandar. Para pelajar tingkatan 5 SMKA Tinggi Heather berpeluang meneroka ke
dalam hutan untuk menghadiri kem yang dianjurkan di sana. Penuh suasana
tarbiah. Nikmat untuk menjalinkan silaturrahim. Yang paling penting, dapat
menimba ilmu pengetahuan di sana. Para pelajar diminta untuk menyiapkan khemah
dan selepas itu mereka boleh melakukan aktiviti sendiri. Pelajar lelaki diberi
pengecualian untuk kerana mereka perlu meredah hutan mencari kayu api. Penulis
muda ini masih tekun dengan pen dan nota. “Najwa, jom kita rehat dalam khemah.
Penatlah,” kata Thorfina. Penulis muda ini meraikan. “Najwa, dah sehari
suntuk Fina tengok Najwa dengan nota,
pen. Teringin nak berdiskusi lagi dengan Najwa macam selalu. Dah dekat tiga
minggu kita tak berdiskusi semenjak Najwa masuk hospital hari tu.” “Allah, tak sangka saya dah banyak
ketinggalan dalam pelajaran jika dibandingkan dengan yang lain. Fina masih ada
kesempatan itu.”
“Najwa, ceritalah dekat Fina macam mana Najwa boleh
masuk hospital. Semua orang dalam dorm rindu tau dengan Najwa. Tambah-tambah
lagi Hannah. Dia sampai pengsan bila dapat tahu Najwa masuk hospital. Kami nak
tahu juga Najwa ni sakit apa.” Saya
memandang Drea Hannah. Sedang nyenyak tidur dalam khemah kami. “Saya sakit
biasa-biasa saja. Tak ada apa-apa pun.” “Fina tahu Najwa sedang sembunyikan
sesuatu kan?” Pertanyaan Thorfina
membuatkan saya sedikit terkesima. Bagaimana saya mahu memberitahunya? Sungguh,
saya tidak mahu dia ataupun Hannah yang tahu. Takut nanti mereka risaukan saya.
“Ceritalah Najwa. Fina sedia mendengar.”
“Saya baru buat pembedahan tulang belakang. Tapi, Alhamdulillah sekarang
dah sihat.” “La, Najwa tak beritahu Fina
pun. Semua orang risau tau pasal Najwa. Kami mati-mati ingat Najwa balik
kampung. Ada yang kata demam panas. Mereka ni suka-suka buat ceritalah. Aishh,
nak kena ni.”
“Thorfina, sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Jangan jadikan syaitan dan hawa nafsu sebagai
teman. Second, cuba ambil ibrah
daripada kata-kata murabbi. Beliau ada
sebut kepada kita agar bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian, bukan
menghukum orang sesuka hati. “ Maksud
Najwa? Fina tak faham.” “Fina, kita
dapat semua nikmat yang Allah bagi. Paling sempurna, dua nikmat ni. Nikmat iman
dan nikmat Islam. Kalau Fina nak marah-marah orang yang buat-buat cerita ni,
rugilah. Allah menciptakan kita untuk menjadi khalifah di muka bumi ni. Lagi special, title kita sebagai daie. Tugas kita, tarbiah dan mendidik.
Bukannya sebaliknya. Fina, bantulah mereka dengan menceritakan perihal yang
sebenar. Moga-moga nanti tak ada lagi berita yang kurang enak pasal saya ni.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Begitu juga
dengan saya. Saya akui saya banyak kelemahan tapi saya cuba memperbaikinya.
Dengan Fina, insyaAllah mereka faham. Kita dapat pahala sebab tak sebarkan
berita-berita yang tak sahih. Yang lagi teruk, boleh tersebar menjadi fitnah.
Ingat Fina. Dosa memfitnah lebih besar daripada dosa membunuh. Astaghfirullah.”
“Maaf, Najwa. Fina tak sengaja. Bukan
apa, masa Najwa sakit dulu semua orang asyik cakap-cakap belakang pasal Najwa. Fina tengok selepas Najwa datang ke sekolah
semula, Najwa dah tak ramai kawan. Mesti sebab ada segelintir kawan-kawan kita
yang sebarkan berita-berita yang tak enak pasal Najwa dekat sekolah. Fina cuma nak tolong saja.” “Fina boleh
tolong saya.” “Macam mana?” “Tolong saya
untuk menjaga hati. Kalau saya tersilap langkah, bantulah saya. Nasihatilah
saya. Saya masih mendambakan nasihat dan semangat dari sahabat-sahabat. Saya
bertuah kerana saya sembuh daripada sakit dan Allah menghapuskan dosa saya.
Saya ni banyak berbuat salah.” “Habis
tu, Najwa nak buat tak tahu saja diorang nak sebarkan hal-hal yang tak enak
pasal Najwa. Kalau Fina, Fina dah bedal orang yang macam tu.”
Saya
membacakan maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216. ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia baik bagimu.’
“Itu pegangan saya,
Fina. Pendirian saya untuk banyak berdiam diri daripada menumbuhkan dosa.
Apapun yang berlaku pada saya, saya anggap itu ujian daripada-Nya. Janganlah
kita menyalahkan sesama sendiri atas apa yang berlaku. Walaupun saya sekarang
tak banyak kawan, tapi pen dan nota ini masih mahu menjadi teman. Bahkan saya
menganggap mereka sebagai nyawa. Mereka masih senang meminjamkan ‘badan’ mereka
untuk saya bertinta. Itulah yang saya hargai, Fina. Teringat kata-kata murabbi
yang selalu membacakan ayat ini. Zupp!! Menusuk ke dalam sukma. ‘Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’ (An-Nisa:19). Hannah
masih lagi lena tidurnya. Bertuah sungguh saya mendapat rakan seperti Thorfina.
Walaupun kami jarang berjumpa, tapi saya tabik dengannya. Tidak terburu-buru
percaya khabar tanpa usul periksa. Diselidik hingga ke lubang cacing.
Alhamdulillah, doa saya moga Thorfina maju sebagai daie yang berwibawa,
insyaAllah.
Khemah kami mula didatangi beberapa lagi teman saya.
Saya melihat Thorfina tidak begitu gembira dengan kehadiran mereka. “Najwa,
kami minta maaf sebab buat-buat cerita pasal Najwa. Kami janji kami tak buat
lagi,” kata Nayla mewakili ahli kelas saya. “Saya pun,” tambah Safea. “Tak apa. Najwa maafkan.” Muka Thorfina cerah
semula. Khemah kami yang agak senyap tiba-tiba berubah menjadi riuh. Saya
tersenyum melihat keadaan begitu.
“Nanti, kita boleh dengar kuliah penulis muda ni lagi,” tokok Sabrina. Husna,
Anis Shuhaida dan Izmar memandang saya sambil ketawa. “Maaf ya Najwa. Kami
tengah kemas barang. Tak terlambat lagi kan untuk dengar diskusi ilmu.” “Tak. Marilah,” ajak Thorfina. Hayatie
menggerakkan Drea Hannah yang tidur sambil memegang buku saya. Buku yang saya
suka karya Prof. Dr Yusuf al Qaradhawi dan Ibnu Qayyim. Makin erat nampaknya.
“Han, bangunlah. Kita nak dengar Najwa bagi ceramah ni. Dia boleh tidur
pulak.” “Nantilah. Han masih mengantuk
ni.” Semua orang ketawa. Nikmat ukhwah
dirasakan kembali.
“Najwa, Thorfina ada puisi untuk Najwa. Nak dengar
tak?” Saya terkejut. “Oh, terima
kasihlah Fina. Bacalah Fina. Mesti semua orang nak dengar.” “Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa kepada Tuhan. Ingatlah, biasanya kabus tak
berpanjangan, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali. Sedap tak puisi ni?” Air mata saya hampir terkeluar. Allah,
enaknya hidup berpaksikan cinta Tuhan. Cinta yang tak akan pernah luput. Bagai
cinta Rabiatul Adawiyah kepada sang Pencipta.Juga seperti utuhnya serikandi
Zinnirah. Saya mengeluarkan sticky note
untuk menulis sesuatu kata-kata semangat buat Thorfina. Tak ketinggalan buat
rakan-rakan yang lain juga. Sticky note
nampak agak kusam warnanya gara-gara hampir sebulan tidak terusik. ‘Sesungguhnya seorang Muslim itu apabila
berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan
dibawa bersama hati sahabatnya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati
sepanjang perjalanannya akan terbias untuk saudara seperjuangannya.’ (Mustafa
Masyhur) “Terima kasih Najwa untuk tulisan yang berharga. Fina janji Fina
bantu Najwa dalam studi nanti ya. Kesian kawan Fina ni studi
sorang-sorang.” “Terima kasih
Fina.” “Hannah dengan yang lain tak mau
diajak sekalikah?” tanya Sabrina. “Lagi ramai lagi seronok.” “Najwa, benda apa
yang tersorok dalam tudung Najwa tu?” Fina hairan melihat seperti wayar mp3 yang
terselindung didalam tudung saya. “Hurmm, Fina tadi Najwa dengar qasidah tadi.
Waktu Fina datang, tak sempat nak off.
Tak sedar rupanya. Fina dengarkah?” tanya saya.
“Mestilah. Patutlah pelik sebab tadi waktu kita
sembang macam dengar bunyi qasidah tapi tak tahu datang dari mana. Rupanya
dalam mp3.” Semua orang tergelak.
Gurauan kami terhenti apabila Cikgu Muhammad Islah memberi taklimat tentang kem
yang akan bermula selepas solat Maghrib. Maknanya, kami masih mempunyai masa
untuk berdiskusi lagi sambil mengemaskan barang-barang. Sebelum itu, saya
sempat meminjamkan majalah kesayangan saya kepada Thorfina, Hikmah Musibah. Dua minggu berada dalam
hutan memberi satu peluang yang berharga. Seorang demi seorang rakan saya
beredar. Saya mengambil diari coklat
pemberian kakak senior yang berada di Jordan. Mula menulis sesuatu yang
berharga.
Jumaat,
14 Mac 2014, 1.27 petang
Ahlan
wasahlan sayyidul ayyam. Al-Kahfi peneman segala duka. Buat teman Ibriz
Thorfina, no one could replace you as if they could. You’re always there,
you’re always care, my bestest bud forever. Diary, inilah realiti kehidupan.
Ibarat roda yang berpusing. Kadang-kadang di atas, kadang- kadang di bawah. Dengarlah
puisi daripada insan yang mengharapkan
cinta dan redha Illahi.
Kelmarin
memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan
dan pengajarannya…. Dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan
semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.
Dugaan
menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita kuat berfikir,huru hara
menjadikan kita tabah. SUBHANALLAH! Begitu hebatnya Allah! Semua aturannya mempunyai hikmah
tersembunyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan