Rabu, 11 Disember 2019

Sedutan Impianra III

Keadaan di istana Heather tegang.  Kerabat diraja Heather dan pelawat dari luar Heather mula bertelagah sesama mereka. Arif sudah tidak boleh menahan api kemarahannya lagi. Orang-orang yang Arra Sephia menganggap rakan mereka menikamnya dari belakang. "Sekarang jawab, siapa yang buat perjanjian bodoh ni?! marah Arif. Bisu. Tiada seorang pun yang berani bersuara. "Oh, bisu. Pekak. Tapi bila buat benda ni tak fikir pulak.Tahu tak sebab korang yang buat perjanjian ni Khori dan Sephia hampir mati. Sekarang kita tak tahu mereka dekat mana!"

Maytinee cuba meredakan keadaan. "Arif, dah trace guna GPS tak?"  "GPS tak detect May. Macam mana sekarang ni. Sephia tak boleh nak bertahan. Luka dekat belakang dia ada racun. Tak mungkin dia dapat bertahan lama," kata Arif. "Mungkin musuh dah dekat dengan tempat mereka bersembunyi sebab itu Sephia off GPS," kata Maytinee.

Semua orang makin cemas termasuk Auntie K. Dia amat risaukan keselamatan anaknya El Khori. 'Sephia, makcik serahkan Khori pada Sephia. Semoga kalian pulang ke istana dengan selamat. Makcik yakin kalian selamat sekarang. Jaga diri.'

***

Malam itu, Arra Sephia berasa suhu badannya naik turun secara tiba-tiba. Dia syak mungkin kesan racun itu sudah menampakkan kesan. Mukanya pucat dan bibirnya mula kering. El Khori yang membuat unggun api di luar gua  memanggil nama Arra Sephia berkali-kali namun tidak ada jawapan. "Dia tidur kot." Dia masuk ke dalam gua untuk mengejutkan Arra Sephia dan alangkah terkejutnya dia melihat Arra Sephia yang sudah tidak bermaya. "Arra bangun! Badan kamu sejuk sangat ni. Badan kamu menggigil."  "El, saya tak larat. Saya rasa macam nak demam."  El Khori memeriksa keadaan Arra Sephia dan benar telahan dia. "Kamu demam ni. Saya ambilkan selimut dan baju lebih dari beg kamu."

Hujan yang turun lebat pada malam itu menambahkan lagi kesukaran El Khori mahu tidur kerana dia perlu memantau suhu badan Arra Sephia yang tidak menentu. Walaupun sudah diberi ubat, namun badan Arra Sephia tetap menggigil menahan sejuk. Arra Sephia menangis menahan kesakitan luka panah di belakangnya dan juga demam yang menyerangnya."El, sakit...sakit..." Rintihan demi rintihan membuatkan El Khori tidak mampu lagi untuk melihat penderitaan yang dihadapi Arra Sephia.

 'Tak boleh jadi ni. Hujan tak berhenti dari tadi. Nak keluar minta pertolongan tiada orang mahu membantu.' El Khori membuka baju sejuknya dan diletakkan di atas badan perempuan itu. "Arra, cepat sihat ya. Kita perlu keluar dari sini. Saya akan jaga kamu. Kamu berehatlah. Esok kita cari penawar  untuk ubati luka kamu."

Dia berjaga bersebelahan Arra Sephia kerana bimbang sesuatu yang buruk terjadi. 'Arra, saya harap sangat kamu cepat sihat ya. Kamu seorang sahaja harapan saya. Kalau kamu mati, siapa yang bantu saya? Saya perlukan kamu sekarang. Saya... saya... sayangkan kamu Arra.'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan