Khamis, 12 Disember 2019

Sedutan Impianra IV


 Lebih 72 jam El Khori dan Arra Sephia hilang dan keadaan itu semakin membimbangkan Arif. Pihak berkuasa istana sudah mengarahkan pasukan askar khas milik Ratu Eriza untuk mencari mereka tetapi langsung tidak menerima khabar daripada mereka. Arif sendiri mengetuai operasi mencari tetapi semuanya menemui jalan buntu. GPS juga tidak berfungsi kerana cuaca buruk. 'Sephia, mana kau ni? Kami amat bimbangkan keselamatan kau dan Khori. Tolonglah beri petunjuk pada aku walaupun satu. Kak Mirah tak habis-habis tanya aku pasal kau ni,' getus hati kecil Arif.

 May yang dari tadi seperti cacing kepanasan menenangkan Auntie K dan Ratu Fathi. Kedua-dua mereka amat risau akan permata hati mereka yang hilang itu. Hujan lebat dan kilat di luar istana Heather menyukarkan pasukan operasi menyelamat meneruskan tugas mereka. Tambahan pula, kesan radar yang diterima Arif tentang pihak musuh iaitu askar milik kerajaan Diamond yang berada di sempadan juga memberi tekanan.

"Arif, GPS masih tak berfungsi?" tanya Ratu Fathi dengan lembut. "Maaf Ratu. Masih tak boleh trace. Kemungkinan besar Sephia off GPS atau rosak. Kita sudah tiada jalan lain melainkan GPS ini satu-satunya harapan kita."

Semua orang melepaskan keluhan. Rakyat Heather masih menunggu perkhabaran tentang pewaris tunggal Heather mereka. Namun begitu, kemarahan Arif masih tidak reda apabila melihat pelawat dari luar itu yang menyebarkan perjanjian palsu kepada tali barut Diamond sehingga orang lain yang menjadi korban.

"Aku bagi masa sampai esok bagi sesiapa yang mahu memberi maklumat mengenai perjanjian palsu itu. Rakyat Heather juga dialu-alukan. Pelawat ataupun tidak, salah tetap salah. Hukuman akan dikenakan mengikut akta istana. "  Semua terdiam tanpa kata.

Maytinee terlopong mendengar kata tegas dari Arif. Dia sama sekali tidak menyangka Arif akan tekad sampai macam itu sekali. "Arif, sudahlah. Kalau kau marah mereka El dan Sephia tak datang pun sekarang. Macam imposibble je ni. Kita tunggu hujan reda baru kita teruskan operasi mencari," luah Maytinee.

***

 Arra Sephia bermimpi yang dia bakal kehilangan seseorang yang dia cintai, El Khori.  Dalam mimpi itu, El Khori mati akibat terkena panah yang dipanah Emily. Senyuman sinis jelas terpancar dari raut wajah perempuan kejam itu.  Darah keluar dari badan pemuda berkaca mata itu dan perlahan-lahan rebah ke bumi. "Khori!!!"  jerit Arra Sephia. Dia berlari memeluk badan El Khori yang sudah tidak bermaya dan penuh dengan darah. "Khori, Khori bertahan. Tolong jangan mati. Tolong Khori, jangan mati..." rintih Arra Sephia. "Arra, maafkan saya. Izinkan saya pergi. Beritahu mama saya sayangkan dia. Beritahu mama..."  Dan pemuda itu menutup matanya perlahan-lahan.

"Khori!!!!"

"Khori!!!"

"Jangan mati, Khori!!!"  El Khori terjaga daripada tidurnya. Arra Sephia meracau-racau memanggil namanya. Pemuda itu cemas kerana suhu badan Arra Sephia mula naik. 'Demam Arra makin teruk ni. Sampai meracau-racau. Tuhan, tolong sembuhkan Arra. Tolong...' El Khori melihat  Arra Sephia sudah mulai berpeluh sedangkan cuaca sejuk melanda. 'Mesti dia tengah tahan sakit kesan panah musuh dua hari lepas.'

El Khori cuba untuk menenangkan Arra Sephia dan mengejutkan perempuan itu daripada tidur. "Arra, Arra. Bangun, Kamu mengingau ni."

"Khori... jangan mati.... Khori...jangan mati..."

Arra Sephia masih meracau dan matanya tertutup rapat.

 "Ya, Arra. Saya dekat sini. Saya dekat sini. "

 El Khori mengambil tuala kecil dan mengelap peluh di dahi Arra Sephia. Malam itu dia tidak tidur kerana bimbangkan demam Arra Sephia yang sepertinya tidak kebah lagi. GPS masih tidak dapat dihidupkan kerana cuaca buruk. 'Tuhan, tolong selamatkan kami. Sembuhkan Arra. Saya perlukan dia Tuhan.'

"Arra, saya dekat sini. Saya tak mati," kata El Khori perlahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan