Allah akan uji kita. Tidak dengan kesusahan, dengan kesenangan.
Ujian adalah untuk mengetuk diri kita agar melihat semula kondisi keimanan kita.
Kerana itu apabila Allah SWT membicarakan perihal 'nilaian' iman, Allah sering menyebut:
"Apakah kamu mengira mereka akan masuk ke dalam syurga..."
"Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan berkata: kami telah beriman..."
Kerana kita manusia yang sering menyangka iman kita cukup, sudah bagus, sedang Allah lebih mengetahui.
Ayat-ayat ini pula akan sering diiringi pesanan betapa ujian akan datang kepada kita, bukan sebagai ukuran buat Allah, kerana Allah Maha Mengetahui, tetapi untuk kita menilai kondisi keimanan kita sendiri.
"Apakah kamu mengira mereka akan masuk ke dalam syurga, sedangkan belum datang kepada kamu ujian sebagaimana yang ditimpakan ke atas kaum terdahulu..." ayat 214 Surah Al-Baqarah.
"Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan berkata: kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" Ayat 2 Surah Al-Ankabut.
Maka tatkala diri diuji, ambil peluang itu untuk muhasabah keimanan kita.
Apakah sangat diuji dengan musibah, kita bersangka baik dengan Allah dan bersabarkah?
Bila diuji dengan kesenangan, apakah kita bersyukur kepada Allah dan memanfaatkan kesenangan itu pada jalanNya?
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, walhal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." ~3:142~ >bukan nk sruh ptus asa....tp kna usha skit lg.... Ayat pembuka semangat hari ini agar tidak putus asa. Usaha lagi, yeah! Sama dengan dakwah Rasullullah yang tidak pernah putus asa.. Kita??? Baru sikit dah rasa putus asa, manusia (nusiya) tidak terlepas dengan perasaan malas, segan, pelupa,macam-macam lagi.. Tapi, berlindunglah dengan Allah.. Ok, hari ni nak beri sedikit semangat untuk diri sendiri supaya jangan sedih bila dapat sesuatu yang mengecewakan. Nak share tentang kiasan dalam dakwah Rasulullah. Rasulullah s.a.w. sering menggunakan uslub yang bervariasi dalam menyampai satu-satu mesej dakwah kepada para sahabat dan umat Baginda. Antara uslub tersebut, ada yang menggunakan unsur alam atau kiasan atau perumpamaan. Berikut adalah sebahagian contoh kiasan dan maksudnya sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda Baginda yang relevan hingga kini. * Orang yang berilmu diumpamakan dengan air mata yang mengairi sesebuah negeri. Ummah pasti akan mendapat manfaat daripada orang yang berilmu. *Orang yang berjudi diibaratkan seperti berwuduk dengan nanah dan darah babi lalu mengerjakan solat. Kemudian dia berangan-angan Allah akan menerima amalannya.
*Orang yang solat tetapi tidak sempurna rukuk dan sujudnya diibaratkan seperti orang yang sedang lapar tetapi tidak makan kecuali hanya satu atau dua suap saja.
*Perumpamaan Rasulullah dalam berdakwah adalah seperti seorang majikan yang membina rumah dan membuat jamuan, kemudian mengutuskan seorang penyeru untuk mengundang orang ramai untuk menghadiri jamuan di rumahnya.
*Orang munafik yang membaca al -Quran ibarat rayhanah: berbau harum. Tetapi rasanya pahit. Manakala orang munafik yang tidak membaca al-Quran diibaratkan seperti buah hanzalah yang pahit rasanya dan langsung tidak wangi..
Alhamdullillah, bangun Subuh tadi terasa nyaman saja. Tapi, mata masih mengantuk lagi sebab semalam tido hampir pukul tiga pagi. Banyak keja yang perlu dibereskan bila nak Spm nie.. Tapi, yang penting, semuanya ok. Nasib baiklah tak ada sindrom penyakit tak cukup tido.. hehe.. Nak update video nie, kite selalu dengar dekat radio tapi x tahu tajuk, lega akhirnya dapat jugak!