Khamis, 13 Disember 2018

Kenangan

Kenangan

Terkadang aku larut dalam keheningan malam
Mengecam satu persatu kejadian Tuhan
Dari sekecil tapak tangan
Akhirnya membesar memenuhi ruang dunia

Aku berfikir dan berfikir
Di mana harus aku simpan memori
Di dalam diarikah?
Atau aku campak sahaja?
Kusut dan semakin kusut
Ah!

Tangan yang mampu menulis
Ku lakarkan semula perjalanan hidupku
Dalam novel cinta suci
Kudrat yang tersisa
Ku gagahi jua
Hanya untuk seseorang yang kucinta

Bawalah cebisan-cebisan kenangan
Yang kutinggalkan...


 Arra Sephia Irdinah, 1.26 p.m
 14/12/2018





Insan

Insan
Ketika kau tegak berdiri
Menyamai leher burung jenjang
Sahih yang tidak dapat disangkal lagi
Cuma jangan kau berdebat panjang
Kelak hasratmu nanti tiada terganti

Insan
Kau pinjamkan kudratmu untuk diri sendiri
Tiada takut dalam hati
Walau luka dan nanah silih berganti
Kau harunginya dengan pasti

Insan
Kau katakan yang kau kuat
Tapi di mana buktinya?
Kau kata ianya berada di lereng-lereng bukit
Namun akhirnya akan menjadi debu dan cebisan ditiup angin

Insan
Kau katakan yang kau kuat
Tapi di mana buktinya?
Kau kata ianya tersembunyi di dasar lautan
Namun akhirnya lemas menjadi ketakutan buatmu

Insan
Kau katakan yang kau kuat
Tapi di mana buktinya?
Kau kata ianya di dalam tanah
Namun akhirnya akan runtuh dimamah bumi

Insan
Aku ingin katakan
Kekuatan itu datang dari kita sendiri
Usah kau mencari bukti
Semua jawapan ada dalam sanubari

Insan
Aku ingin katakan
Kekuatan itu datang dari pilihanmu sendiri
Usah kau pertikaikan lagi
Semua jawapan ada untukmu datang dan pergi

Arra Sephia Irdinah, 11.18 p.m.


#ASWrites
#ThankYouForTheGifts
#LotsOfLove
#WillBeFineSoon




2018 Tahun Penuh Warna dan Duka

Assalamualaikum readers. 

Setelah dua tahun menyepi, akhirnya tibalah masa untuk menulis kembali. Banyak peristiwa yang berlaku selama dua tahun ini yang tak dapat aku luahkan dan fahami. Penuh warna dan duka yang kedua-duanya tidak akan aku ceritakan di sini. Cukuplah hanya empunya diri yang menyimpan semua diari hidup di dalam hati. 

Aku sama sekali tidak menyangka tahun ini mengubah aku tentang persahabatan. Benar kata Maytinee, kawan boleh jadi sahabat, tapi boleh juga jadi lawan. Bila kau berada di atas, perlu ingat kau juga ada musuh yang bila-bila masa akan mencantas.

Cukuplah aku menganggap Maytinee adalah sahabat baikku dari dulu sehingga sekarang. Terima kasih May kerna selalu ada di sisi tak kira susah atau senang. Paling tidak, bantu aku tolong selesaikan kes Drea yang tikam dari belakang dan buat sesuatu di luar jangkaan tujuh tahun lepas. 2018 merupakan tahun yang begitu memenatkan fizikal dan mental. Belum lagi mengadap kerenah manusia yang pelbagai. Pening kepala dibuatnya.

Belum cukup dengan ragam manusia, datang pelbagai peristiwa sebagai penambah rasa. Menyedihkan dan menusuk sukma. 
Walau dikerat dihiris sekalipun ia dicantum semula, hakikat untuk berdendam juga masih ada. 
Aku bukan pendendam dan aku maafkan jua siapa pun orangnya, cuma beri aku masa untuk pulih semula.

Hakikatnya, aku sang pendosa.
Yang mencari jalan ke mana-mana.
Asalkan berada di bumi Tuhan yang nyata.



P/S: Akan mula menulis semula. Doakan semoga tahun 2019 misi kemanusiaan ke Kemboja tercapai. 



Ahad, 29 Mei 2016

Niqabie VS Selfie?

Assalamualalaikum.

Dalam isu-isu semasa zaman sekarang, terpanggil saya nak beri sedikit pencerahan mengenai para niqabis di luar sana. Actually, dalam group usrah + dropship khimar kami, ramai senior yang bagi pendapat dan berkongsi tip-tip berniqab ni alhamdulillah. Ramai yang request dekat saya utk upload nasihat buat para niqabis. Bila fikir panjang, barulah saya rancang nak up entry pengalaman saya memakai purdah selama kurang dua tahun. In shaa Allah semoga bermanfaat.

Saya bukan fully pakai niqab dan purdah (sebab dekat matrik tak boleh pakai), just pakai bila nak keluar outing saja. Saya pakai utk lindungi diri dan wajah daripada dikenali (sebab masa tu saya rasa tak selamat bila dedahkan muka dkt public). Perasaan bila pakai tu, ya Allah rasa nak mengalir air mata. Alhamdulillah, rasa selamat dan seolah-olah ada bodyguard yang melindungi saya.

Sungguh, rasa selamat. Buat para niqabis yang bersungguh-sungguh memakainya kerana Allah, perasaan itu sangat luar biasa. Hanya kita saja yang tahu perasaannya. Orang lain tak boleh nak tahu. Ada orang kata, tak panas ke? Alah bisa tegal biasa. Bila dah biasa, dah tak apa. Cuma kenalah istiqamah pakai (kes saya ni tak boleh istiqamah sebab tak dibenarkan pakai purdah atau niqab bila ke program atau ke kelas). = (

Banyak saya tgk dekat fb, ig banyak para niqabis upload gambar-gambar mereka. Pandangan saya, tak salah ya. Cuma gambar yang diambil hendaklah dari jauh, berbatu-batu pun tak apa dari camera tu. Sebab apa? Sebab para niqabis kena ingat, walaupun anggota muka kita separuh ditutup, tapi yang jadi fitnah ialah MATA. Ada dalam kalangan para niqabis berhiasan berlebih-lebihan dekat bahagian mata, kening, dan ada yang pakai contact lens. Mereka menangkap gambar dari jarak yang dekat untuk menampakkan 'perhiasan' mereka. Untuk apa mereka berniqab? Nauzubillahi min zalik. Perbetulkan niat kita.

Zaman Rasulullah dahulu wanita-wanita Islam sangat menjaga bab aurat. Bahkan mereka juga malu dilihat orang. Kita?

Sewaktu zaman saya berniqab dulu, langsung tak ada gambar saya pakai niqab dalam phone. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat elak saya dari upload dkt media sosial. Sebab itulah saya tak suka bergambar. Even ramai-ramai pon saya tak masuk port. Mungkin terkesan dari zaman saya berniqab dulu. Kalau ada gambar pun, adakalanya saya scroll dan padam balik gambar-gambar saya tu. Nampak pelik dan kelakar bagi sesetengah orang, tapi bg saya tak janggal.

Whatsapp profile?
Sekejap je saya letak gambar saya, kemudian saya tukar gambar baby ke gambar-gambar yang bukan gambar saya.

Fb?
Banyak share ilmu dan update status yg bermanfaat dari up gambar (dikhuatiri akan di'like' oleh ajnabi) Sekarang dalam proses untuk delete dan private gambar.

Macam mana kalau gambar ramai-ramai?
Ada pensyarah, saya akan join. Kalau tak ada pun saya akan menyelit di mana-manalah asalkan tak nampak gambar saya full. Malu jugak sebenarnya kalau orang tgkp gambar.

Para niqabis,
Boleh nak up gambar tapi berpada-padalah ya. Simpan je gambar tu buat tatapan suami. Kalau rasa nak up jugak, okay up je. Lepastu delete balik. = ) Semoga kita jadi wanita yg solehah.
Bukan saya nak riak up pasal status ni sedangkan saya sekarang sudah tak pakai niqab lagi (bila dapat masuk IPG, keputusan untuk tak pakai niqab dipersetujui), tp cuma sekadar mahu nasihat saja. Doakan saya juga dpt pakai lagi niqab dan purdah suatu hari nanti. Tq Kak Lynda tlg buatkan purdahnya. Sampai sekarang saya simpan.