Isnin, 29 November 2021

10 years later...

September 2018.
Kali pertama buat ujian DASS.
Masa tu memang ingat sihat, normal.
Bila result keluar, hasilnya memang buat aku tak percaya.
Aku ada kemurungan, anxiety dan stress yang teruk.
.
Bila diflashback balik, rupa-rupanya awal tahun 2010 lagi aku dah ada tanda-tanda kemurungan tapi masa tu aku ingat normal. Mula tahun 2012-2013 yang teruk tu. 
Sampai satu tahap aku jadi takut nak pergi sekolah, nak masuk kelas.
Aku hampir kena serangan s..... .
Orang yang kena je akan tahu bagaimana rasanya.
Aku rasa selamat bila ada cikgu masuk je.
Bila cikgu tak ada, automatik aku lari pergi tandas or pergi surau. 
Tandas tu dah jadi rumah kedua aku dah bila time sekolah.
Masa prep aku banyak masa dekat surau.
Punyalah takut dulu sampai jadi trauma.  
.
Jadi, jangan tanya kenapa aku takut sangat bila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Nak overcome rasa takut dan trauma tu memang ambil masa.
Aku judge semua lelaki aku jumpa sama haha.
Tahun 2014, lecturer aku nasihat untuk cuba overcome perasaan takut.
Maybe dia tahu aku takut kot. Entah.

























Selasa, 23 November 2021

I Am A Fighter!


Lama tak menulis. Sejak posting ni blog ni makin terkubur. Bersawang. Nak update pun kena tengok masa jugak. Sekarang memang sibuk. Pagi sibuk dengan mengajar, petang sibuk dengan ajar mengaji dan siapkan tugas-tugas sekolah, malam sibuk dengan kelas HCF, IDT,PERKIM,HALUAN. Tak ada istilah 'tak ada komitmen'.

Nak dijadikan cerita 12 tahun lepas, aku rasa masa tu aku ada tanda-tanda anxiety dan kemurungan. Tapi, biasalah masa tu kesedaran dalam kalangan masyarakat kurang. 

Masa tu banyak benda aku struggle, dengan result jatuh, dengan kes torture (siapa yang pernah duduk asrama akan tahu tiap-tiap tahun akan kena punyalah)
And that time , tanda-tanda kemurungan aku dah ada cuma aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku pilih untuk bertahan.

Kekal bertahan.

Bukan senang nak ambil keputusan untuk bertahan. Air mata jatuh. Tanyalah sesiapa pun depression fighter, mereka alami benda yang sama. Sebab tu ramai yang pilih untuk akhiri diri sendiri. Bukan sebab kurang iman, tapi hanya jalan itu yang ada untuk kurangkan 'kesakitan'. 

Masa aku ada tanda-tanda kemurungan ni, aku tak cerita satu habuk pun dekat family. Semua simpan sendiri. And guess what, benda ni buat aku jadi heartless. Sangat heartless. Aku mula memberontak. I want to fight. Dan rasa nak menang. 

Pernah ada masa aku menangis sorang-sorang, tangan menggeletar, pernah menjerit kuat-kuat,  dan ya pernah rasa nak bunuh orang.  Disebabkan beberapa orang, aku belajar dalam keadaan tertekan. Fitnah yg mereka lontarkan aku simpan dan aku sendiri bersihkan nama baik aku. 

Sistem torture di asrama bagi aku sungguh memalukan dan tak valid.  Jiwa fragile, tiba-tiba kena hadap torture memang aku pangkang terus. 

Dalam dakwah, terus tak sampai.  Dakwah apa kalau perlu torture?  Aku sudah buang sistem dakwah dengan cara lisan,  lebih prefer perbuatan (lepas peristiwa tulah).
Peristiwa torture terus mengubah personaliti aku. Aku mula jadi introvert,  takut akan perubahan, ada anxiety dan pendiam. Sebab tu orang tak akan suka sgt berkawan dengan aku (sedih sgt tp yelah ini personaliti tak boleh nak ubah).

Lepas tu, aku mula cari medium dakwah yang sesuai dengan personaliti aku. Tulisan. Ya. 
Dengan tulisanlah aku boleh ekspresikan apa yang aku rasa. 
Makin lama seronok menulis. 
Lahirlah novel, puisi, anekdot hasil karangan aku sendiri sehinggalah aku aktif dalam penulisan sekarang ini. 
Aku bermula dengan penulisan dakwah di blog. 
Akhirnya berkembang ke bidang penulisan lain. 

Ubat kemurungan aku hanyalah penulisan dan orang-orang yang rapat je aku berani cerita. 
Aku pernah makan ubat untuk kurangkan rasa murung tu. 
Aku punya murung tu package sekali dengan imsomnia. 
Memang bebai weh kalau dah kena. 
Sampai menangis kau. 
Yelah, orang nak tidur tapi kau jadi burung hantu. 
Sakit pulak hati. 

Makan pun aku pantang makanan yang trigger anxiety dan kemurungan. 
Solat, baca quran jangan tinggal. 
Makan ubat. 
Tidur dan rehat kena cukup. 
Yang penting , carilah masa untuk me-time. Travel lah ke mana-mana saja. 
In shaa Allah, akan hilang. 

Btw,  I am a fighter! 
Still fighting. 

Love,  
Arra Sephia Irdinah, 23 Nov 2021, 21:34 pm.

Rabu, 6 Januari 2021

Impianra XI


Arra Sephia pulang ke kamar setelah seharian berada di unit kewangan dan pertahanan untuk memeriksa rekod keluar masuk dana Istana Heather.  Jam menunjukkan pukul 11 malam. Dia melangkah masuk ke bilik utama, sebelah kanan merupakan kamar tidurnya. 

Apabila dia masuk sahaja ke dalam, kelihatan pelawat-pelawat atau lebih senang dikenali sebagai 'rakan-rakannya' memandangnya dengan pandangan sinis.  
"Baru balik mesyuarat ke baru balik dating?" perli Bella.  

Arra Sephia diam tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Dia cukup penat dengan insiden yang berlaku pagi tadi. Maytinee dan PSon memberitahu Bella dan rakan-rakan yang lain membuat onar sehingga bergaduh dengan pelajar-pelajar Heather.  Kemudian, dia diuji pula dengan banner dan kertas yang ditampal dengan kata-kata yang tidak enak didengar tentang dirinya dan El Khori. 

Arra Sephia penunggang agama!  

Arra Sephia jahat! 

Arra Sephia talam dua muka!  

El Khori tak boleh berkawan dengan Arra Sephia kerana Arra Sephia curang dengannya dengan PSon! 

Huh!  Sakit kepala dia bila ingat balik kejadian pagi tadi. Sebab insiden itulah, dia lewat ke kelas, dimarahi Profesor Mc disebabkan rumour itu dan hubungannya dengan El Khori bagaikan telur di hujung tanduk sekarang.

PSon pulak banyak kali menelefonnya untuk menjelaskan perkara sebenar tapi dia sengaja offkan phone. Semak rasanya. Dugaan bertimpa-timpa.

Dia sayangkan El Khori, mana mungkin dia buat benda-benda yang menjatuhkan maruahnya dan juga El?

Arra Sephia melihat El dengan ekor matanya. Dia tahu El pasti mahu kepastian tentang apa yang berlaku.

"Ra, beritahu saya kenapa saya dikaitkan sekali dengan berita tak masuk akal kamu ni. Betul kamu dan Pson ada hubungan istimewa?" tanya El Khori.

Remuk hatinya mendengar kata-kata itu. Pedih.
Sakit seperti dihiris sembilu. Tajam menikam.

"Saya mahu kamu pergi. Pergi dari hidup saya, Ra.  Kalau PSon lebih pantas untuk kamu. "

Arra Sephia tersentak. 

"Pergi Ra!"

Arra Sephia masuk ke kamarnya dan mengunci pintu.  Dia menangis.  Tak sangka hubungannya dengan El 'mati' begitu saja disebabkan perkara yang dia tidak lakukan. Dia sayangkan El. Sangat!  

Telefonnya berbunyi. Mesej masuk. 
Dari Maytinee. 

"Arra, kita kena bertugas adhock malam ini. Askar-askar Ivy melakukan serang balas di sempadan. Aku dah kerahkan askar-askar untuk turun sekarang. Kau kena bersedia." 

Mesej dibalas. 

"Guna Plan B. Aku ke sana sekarang. "

Tick!  Butang hantar ditekan. 

Arra Sephia mengesat air matanya dan menukar baju. Dia mengambil peralatan memanahnya dan sempat menulis sekeping nota buat El Khori. 

Nota itu akan dia serahkan pada PSon. lebih mudah jika PSon sendiri yang bersemuka dengan El Khori bagi menerangkan perkara sebenar. 

***

"El,  saya Pson memang tak ada apa-apa hubungan dengan Arra Sephia. Saya hanya abang dia saja. Mana mungkin abang dan adik boleh bercinta."

"Bagaimana dengan rumours tu?" 

"Hmmph siapa lagi kalau bukan si Bella tu. Eh, saya peliklah korang datang sekali kan tapi kenapa perangai mereka lagi teruk hah? Ramai orang dekat Heather ni bercakap tentang mereka. Hari-hari cari masalah dengan Phia.  Sakit kepala dia."

"Saya... "

"Ini Phia tinggalkan surat untuk kamu. Bacalah nanti jangan bagi orang lain nampak. Dia menangis semasa dia nak serahkan surat ini dekat saya."

"Pson... " 

"Bacalah. "

El Khori membuka sampul surat itu dan mula membacanya satu persatu. Air matanya menitis. 
'Arra Sephia,  saya minta maaf. '

Kehadapan El Khori, 
Saat kamu membaca surat ini saya mungkin tiada lagi di sisi kamu.
Saya pergi berjuang untuk rakyat saya, untuk Heather, untuk orang-orang yang saya cintai, untuk kamu.
Kekayaan yang saya tak pernah berikan kepada orang lain selain kamu ialah kekayaan cinta dan kasih sayang. Hanya untuk kamu, El. 
Jaga diri kamu.
Doakanlah untuk saya supaya saya selamat sampai ke pangkuan kamu.
Jika saya tiada, janganlah kamu menitiskan air mata sedikit pun.
Kerana air mata kamu sangat mahal untuk saya. 
Menangislah di depan Tuhan.
Doalah kepada-Nya supaya saya selamat.
Saya sentiasa mendoakan keselamatan kamu. Always.

Dari, Arra Sephia.

Isnin, 3 Ogos 2020

Sedutan Impianra X



4 tahun sudah berlalu.

El Khori masih berada di kerusi roda itu. Tangannya memegang tongkat yang berfungsi untuk membantunya apabila mahu berjalan. Kakinya lemah untuk berdiri dalam jangka masa yang lama. Doktor Florence menjangkakan yang dia akan sembuh tidak lama lagi. Namun begitu, hasil pemeriksaan tim doktor istana Heather menyatakan sebenarnya dia sudah lama boleh berjalan, cuma semangatnya sahaja yang belum pulih menyukarkan dia untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

 Dia masih menunggu seseorang. Seorang wanita yang amat dicintainya. Surat dan sarung tangan merah jambu itu tidak lepas di pegangannya. Setiap hari nama Arra Sephia yang menjadi peneman setia. Namun, tiada khabar. Sesak.

"El, papa bawa El keluar ambil angin. Jom keluar sekejap. Barang Arra El boleh bawa sekali. Papa izinkan." El Khori hanya mengangguk. Mukanya pucat, matanya sembab kerana tidak cukup tidur akibat sering mimpi buruk mengenai Arra Sephia, Heather dan Perang Heather-Diamond.

***

Perempuan berpurdah itu tiba di hadapan rumah Auntie Kay. Dia berhasrat mahu singgah sekejap untuk menghantar makanan buat Auntie Kay sekeluarga. Sudah lama dia tidak berbuat demikian. Arra Sephia pertama kalinya datang di rumah El Khori dan dia seboleh-bolehnya tidak mahu El Khori nampak dia datang. Tentu pedih hatinya.

"Wa, auntie mahu ke bilik belakang sekejap. Wa duduk sini okay. Jemputlah duduk," kata Auntie Kay. "Baik auntie."

"Terima kasih tau tolong mama auntie haritu. Kalau Wa tak datang selamatkan, mesti sekarang kami semua kena pergi hospital."

"Tak mengapa auntie. Saya ikhlas bantu."

"Wa duduk sekejap je. Auntie nak bagi makanan ni dekat jiran belakang rumah kejap."

Arra Sephia duduk dengan sabarnya sambil matanya melilau ke luar rumah. Risau dia kalau-kalau El Khori balik. Setelah beberapa lama, matanya tertumpu pada sesuatu benda. Sijil dan buku pemberiannya kepada El Khori. Masih utuh dalam rak kaca. Air matanya menitis. Masih ingat lagi El Khori padanya.

Tiba-tiba, ada seseorang lelaki masuk ke ruang tamu rumah El Khori.

"Jangan sentuh barang saya!" kata El Khori tegas.

Arra Sephia menoleh. Dia melihat wajah El Khori yang pucat, tidak bermaya dan berdiri memakai tongkat. "Saya..."

"Tolong keluar dari rumah saya sekarang!"

"Saya...minta...maaf, El."

"Macam mana kamu tahu nama saya?! Saya tak kenal kamu!"

"Saya Arra Sephia, El. Saya masih hidup."

"Kamu fikir saya akan percaya dengan kata-kata kamu itu? Kamu ingat dengan pakai purdah saya akan terus panggil kamu Arra Sephia, macam tu?"

Luluh hati Arra Sephia mendengar kata-kata El Khori. Sejujurnya dia tidak salahkan El, semua yang berlaku adalah salah dirinya sendiri. Membiarkan El menderita selama 4 tahun. Tapi dia terpaksa. Untuk menjaga keselamatan El dan keluarganya.

"El, papa cakap jangan berkasar dengan tetamu. Dia tak sengaja pegang buku kamu. Minta maaf pada dia balik, El." tegas Uncle Kay.

Auntie Kay bergegas dari bilik belakang menuju ke ruang tamu apabila mendengar kata-kata anaknya. "El, minta maaf balik pada Wa. Dia tak sengaja,"

"Oh, nama dia Wa. Bukan Arra Sephia. Kenapa dia perlu menyamar mama?"

"Saya tak menyamar. Saya memang Arra Sephia."

"Mama sendiri yang jemput dia datang. Wa yang selamatkan nenek dari kena langgar. Nenek minta Wa datang rumah. Nama Wa tu mama yang bagi untuk kaburkan mata El. Dia Arra Sephia, El. Dia datang nak jenguk El."

"After 4 years ma. El terseksa tunggu dia ma. Sedangkan dia happy tengok keadaan El macam ni."

"I have to, El. Saya terpaksa. Untuk jaga kamu dan family kita jauh dari Black Spirit. Saya buat keputusan itu dengan hati yang sakit, El. Saya tak mampu."

"Keluar dari rumah saya sekarang, Arra Sephia. Keluar!"

"El!!!" bentak Uncle dan Auntie Kay serentak.

"Saya tak akan datang sini lagi kalau itu permintaan kamu. Saya akan pergi. Tapi, saya mahu kamu tahu yang perasaan saya pada kamu adalah sama dari dulu, tidak berubah, Wo ai ni."

Air mata Arra Sephia tumpah. Tanpa disedari, keychain gambar dia dan El Khori terjatuh dari beg Arra Sephia.

"Arra, tunggu! Barang kamu!" jerit Auntie Kay.

Arra Sephia masuk ke dalam kereta dan tidak lama kemudian dia hilang dari pandangan.

"El, mama tak bersetuju El buat macam ni. Mama nak El tahu, selama 4 tahun ini Arra Sephia tak pernah tinggalkan El. Masa El sakit dan tak ingat apa-apa, dia yang bantu El untuk ingat. Waktu El kritikal, dia yang jaga El sampai El lepas fasa kritikal. Dia menyamar jadi Wa untuk elakkan Black Spirit bunuh El.Sekarang, keadaan dah makin baik. Dia datang untuk tengok El sekarang. Tapi kenapa El halau dia?! Mama sayang dia El. Mama sayang dia..."

El Khori ditinggalkan seorang diri. Dia dibiarkan untuk menenangkan fikiran. Keychain itu diambil dan ditatap gambarnya. Air matanya menitis.

"Maafkan saya...Maafkan saya Arra Sephia..."