"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepada-Ku" Surah al-Zariyat ayat 56
Jumaat, 24 Januari 2014
Qalbun Salim
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkan kami kepada jalan ketaatan.
Renungan buat diriku yang mudah lupa....
Ya Allah, mohon kepadamu agar hatiku terus terbuka untuk mengingati-Mu setiap saat.
"Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya unutk menerima Islam, lalu ia tetap dalam cahaya dari Tuhannya, sama seperti orang yang tertutup hatinya? Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya dari mengingati Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."
( Surah az-Zumar 39:22)
Isikan jiwa dengan ayat-ayat Al-Quran
Percayalah bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kealpaannya untuk mengisinya dengan ayat-ayat al-Quran. Bagi yang begini, jiwanya mudah 'dirasuk' oleh syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyelusup ke dalam hati dan membalikkan hati kepada mencintai kerosakan akidah.
Tanamkan dalam jiwa bahawa sebaik-baik ubat atau penghalang kepada penyakit jiwa adalah dengan ayat-ayat suci al-Quranul Karim. tidak boleh mengatakan tidak, sesungguhnya panduan yang tertulis dalam al-Quran adalah panduan yang agung untuk umat manusia. Al-Quran adalah wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah s.a.w. yang kekal memandu manusia ke jalan yang diredai sehingga hari kiamat. Kitab agung ini mengandungi 6236 ayat dan 114 surah mencakupi garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani, hukum-hukum, suruhan, tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan.
Sesungguhnya bahawa al-Quran dapat mengajar manusia kearah kebaikan dan menyimpang daripada kejahatan dan dapat menikmati lima cabang hakikat benar;
1. Benar dalam perkataan
2. Benar dalam niat dan kehendak
3.Benar dalam keazaman
4. Benar dalam menepati janji
5.Benar dalam amalan
Semoga pengisian hari ini dapat memberi ilmu dan pengetahuan kepada semua. Tiba-tiba teringat pulak maksud ayat dalam surah Saff, ayat 2.
Wallahua'lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan