Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada (fitnah) dajjal.” (Riwayat Muslim, dinilai sahih).
Ada kisah-kisah indah dalam Surah
al-Kahfi. Hati terubat bila merenungi. Ada kisah Ashabul Kahfi. Berkorban
segalanya demi akidah. Berlindung di gua tatkala diburu musuh Allah. Tertidur
selama 309 tahun. Menjadi bukti kebesaran Allah hingga ke hari ini. Dialah
pembela kebenaran. Yang batil dilenyapkan. Yang benar tak hilang dimamah zaman.
Ada kisah Nabi Musa a.s. dengan
Nabi Khidir. Perlu tawadhuk dalam menuntut ilmu. Rendahkan diri kepada yang
lebih tahu.
Ada kisah Zulkarnain. Raja yang bertakwa
dan adil. Allah SWT memberikannya kuasa memerintah dengan makmur. Timur dan
Barat dikuasai. Beliau diminta membina dinding penghalang dengan makluk jahat ya’juj dan ma’juj.
Ada perumpamaan yang pelbagai.
Kisah si kaya yang berbangga dengan hartanya. Kisah si miskin yang perkasa dengan akidahnya
dalam kisah dua pemilik kebun. Ada pesanan tentang kehidupan dunia yang
sementara dan akan binasa. Ada kisah tentang keengganan iblis untuk seujud
kepada Adam a.s. Mengingatkan kita tentang bahaya penyakit takabbur dan
terpedaya.
Ya Allah, aku tidak sanggup lagi
membiarkan Jumaatku berlalu tanpa al-Kahfi. Bantu diriku untuk terus kuat.
Abu
Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang
membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, pasti
nur akan meneranginya antara dua Jumaat.” (Riwayat dikemukakan oleh al-Sayuti,
dinilai Sahih).
Indahnya!Surah ini juga mengajar umat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “In Sya Allah”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “In Sya Allah” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “In Sya Allah” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
Semoga kita semua tergolong dari orang
yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah,
hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud :
“sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah
melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan