Khamis, 26 Mac 2020

Sedutan Impianra V


Arra Sephia dan El Khori pulang ke istana setelah hampir tiga hari menghilang. Arra Sephia memberi isyarat kepada El Khori supaya pergi menemui ibunya, Auntie K yang setia menunggu mereka di ruang utama istana. Dia mengangguk tanda setuju. El berlari menuju ke arah ibunya dan memeluknya. Arra Sephia hanya mampu tersenyum sambil menahan sakit. "Haiya, pergi mana anak kesayangan mama ni? Semua orang risau. Papa, ke ke, mei mei. Untung ada Sufiiyah." (Sephia- merujuk kepada Arra Sephia).

El hanya mendiamkan diri tanpa bercakap sepatah pun. Dia berjalan menuju ke Arra Sephia tetapi dihalang oleh perempuan itu. "El, tugas saya sudah selesai. Family kamu sudah complete. Kemaskan barang dan pulang ke Malaysia. Tinggalkan Heather secepat mungkin. Tempat ini tidak selamat bagi kamu dan semua pelawat yang datang."

"Tapi, Arra kenapa?"

"Tak perlu tanya saya kenapa."

"Saya tak akan tinggalkan tempat ini tanpa kamu pulang bersama kami. Heather juga tidak selamat untuk kamu."

Air mata Arra Sephia mula turun namun ditahan. Seboleh-bolehnya dia tak mahu menangis di depan El Khori dan keluarganya. Tetapi, tugasnya sudah selesai. Dia sudah berjanji dengan Ratu Eriza untuk kembali ke medan perang.

"Tetap tidak boleh. Kamu balik ya," kata Arra Sephia dengan lembut.  "Saya tak mahu, Arra! Jangan paksa saya untuk buat benda yang saya tidak suka!" tegas El Khori.

"Ini untuk kebaikan kamu juga. Rakyat saya perlukan saya. Saya tak boleh balik."

"Baik, kalau kamu tak mahu balik, saya pun tak mahu balik!" Semua orang terkejut mendengar kata-kata El Khori ermasuk Arif dan Maytinee yang sememangnya sudah menghidu sesuatu di antara Arra Sephia dan El Khori.
"Apa kena dengan kau ni Arra? Perjanjian apa lagi yang kau sembunyikan dari kami ni? Semak la aku," kata Arif.

"Kau faham kan kenapa kau dan Maytinee lebih sesuai di medan perang, bukan urus hal-hal istana. Kenapa aku serahkan kepada William untuk teruskan legasi dekat sini bila aku sudah tarik diri dari keluarga diraja Heather. Sebab kau gunakan emosi Arif!" kata Arra dengan keras.  Arif terdiam.

"Ada sebab kenapa aku dan El dekat luar tak boleh balik. Kau ingat kami berdating ke?! Nyawa boleh melayang kau tahu tak? Silap-silap jasad kami pun belum tentu boleh jejak ke istana ni kalau tak berhati-hati."

"Arra.. aku cuma nak tahu apa hubungan kau dengan dia. Itu saja. Kenapa kau bermati-matian nak selamatkan dia."

"Arif, dia rakyat kita! Sesiapapun yang datang ke istana akan dikira sebagai rakyat. Jika bukan dia sekalipun akan aku buat benda sama, kau faham tak?!" Arra Sephia terketar-ketar menahan sakit. Sakit kesan luka panah, sakit lagi hatinya sekarang.  Tiada siapa pun faham keadaan di luar sana melainkan dia dan El Khori.

'Tapi mata kau Arra...pandangan kau dekat dia amat jelas kau sayangkan dia...' getus hati Arif.

Ratu Erizabeth dan Ratu Fatima masuk  ke ruangan utama istana apabila terdengar bunyi bising. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Arra Sephia dan El Khori selamat. 'Macam mana dia boleh selamat?!' getus hati Ratu Eriza.

Kenapa Phia boleh ada dekat sini?! Kenapa tak pergi medan perang?! Kenapa kau tak mati saja hah!!!" kata Ratu Eriza seperti orang yang tidak siuman. "Eriza, dia cucu kita. Jangan sakiti dia lagi. Saya mohon. Cukuplah arwah Hafiz dulu Eriza. Dia sudah cukup terseksa. Biarkan dia dan El Khori sendirian!" laung Raru Fatima.

Arra Sephia berjalan melewati rakan-rakannya dan meluru ke arah Ratu Erizabeth atau Ratu Eriza itu.  Dia mengeluarkan sesuatu daripada kocek bajunya. Sesuatu yang dilipat kemas. Perjanjian asli antara kerajaan Diamond dan Heather. Arra Sephia membuka dengan pantas surat perjanjian itu dan melemparkannya ke lantai ruang utama istana.

"Perjanjian apa yang Ratu cuba sembunyikan? Kenapa libatkan Khori? Kenapa?!"

"Phia, nenda akan jelaskan.. nenda ...akan...jelaskan..."

 "You know what, Sephia sendiri dah ubah perjanjian tu. Korban kepada Ivy Diamond bukan El Khori, tetapi Arra Sephia. Cukuplah apa yang sudah berlaku. Kematian pakcik Hassan, pakcik Ali, makcik Bi, baby Ibkar, Lily, Islah dan Tengku. Cukuplah. Jangan seksa Phia dengan pemergian El lagi. Phia sudah tak mampu untuk hidup lagi nenda. Phia gagal."

"Jadi...kamu nak hantar saya pulang ke Malaysia sebab kamu tak mahu saya...." El Khori tak mampu untuk menghabiskan ayatnya. Terlalu sakit.

"Ratu Erizabeth, cukuplah korbankan rakyat Heather demi kepentingan Ratu. Saya kembali setelah lapan tahun untuk betulkan kembali institusi diraja Heather yang terlalu kotor dengan permainan durjana ni. Saya akan ubah semua peraturan Heather. Saya juga akan naik sebagai Pemangku Permaisuri Heather jika Ratu masih berdegil."

"Kamu!"

"Ratu tahu semua tentang perjanjian tu dan Ratu merahsiakannya dari kami semua. Ratu tahu apa akan jadi kalau El Khori yang jadi korban? Rakyat kita akan bermandi darah Ratu!"

"Sejak bila kamu tahu tentang perjanjian tu?" tanya Ratu Fatima.

"Sejak saya buta nenda. Emily menolak saya jatuh dari gaung. Tidak cukup dengan itu dia memanah saya sehingga saya hampir kehilangan penglihatan saya. Amir, makcik Ann dan pakcik Lee yang merawat saya masa itu. Arif datang bawa perjanjian yang sepatutnya Ratu Erizabeth tetapi saya menukar dengan perjanjian yang palsu. Perjanjian asal telah saya bakar."

"Arra..." kata Maytinee.

"Tiada siapa pun yang tahu melainkan saya seorang. Arif sendiri tidak tahu saya menukar perjanjian tu. El Khori sendiri tidak tahu dia bakal jadi taruhan kepada seseorang yang tidak layak dipanggil Permaisuri. Phia naik atas dulu."

"Kamu nak ke mana?" tanya El Khori.

"Tugas saya di sini belum selesai. Saya mahu berehat. Selepas itu saya akan pergi ke medan perang atas kemahuan Ratu Erizabeth. Dia yang mahu saya mati. Jadi saya mahu kabulkan permintaannya."

"Arra jangan!"

Arra Sephia berlalu pergi. Hatinya sudah tawar untuk mendengar rintihan apa-apa lagi. Kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan