Jumaat, 27 Mac 2020

Sedutan Impianra VI

Arra Sephia keluar ke taman bunga istana untuk menenangkan fikiran. Dia meluahkan semuanya malam itu.  Langsung tidak terdaya, dia jatuh terduduk. Air jernih mulai keluar dari kelopak matanya.

"AHHHHHHHHH!!! Aku benci semua ni!!!" Dia rebah jua. Sakit akibat luka panah itu cuba ditahan. Hatinya lagi sakit jika dibandingkan dengan hatinya sekarang. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu percaya Ratu Erizabeth terlibat dalam pembunuhan dan korban rakyat Heather pada kerajaan Diamond. Setakat maklumat yang telah diterima, seramai 513 telah terkorban.

                                                                                    ***
"Kak, boleh tak pergi tengokkan Phia? Arif tak sedap hatilah lepas Arif marah dia tadi. Mesti dia sedih."  "Kakak dah cakap kan kalau tiada bukti jangan main tuduh, sebar dekat orang ramai. Tak pasal-pasal Sephia jadi mangsa. Kakak tak sukalah macam ni."

"Tolonglah kak. Takkan la Arif nak minta tolong Khori pulak. Mesti dia lagi marah dekat Arif ni."

"Boleh, kak Mirah pergi sekarang. Arif, Khori dan lain-lain tunggu dekat sini."

Amirah berjalan perlahan-lahan menuju ke taman. Kelihatan Arra Sephia duduk di atas bangku memandang bunga lavender yang ditanam. "Adik sihat?" tanya Amirah. Tidak bersahut.

"Kak nak minta maaf soal Arif. Dia emosi. Adik maafkan saja dia ya?" Masih diam tanpa kata.

"Adik, boleh kakak tahu apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Ratu Ivy nakkan seorang korban dari Heather? Dan macam mana adik dan Khori boleh selamat?"

" Semua tentang perjanjian tu. Ratu Erizabeth dan kawan-kawan adik yang lain setuju akan hantar wakil ke Diamond. Tapi, wakil tersebut tidak akan diberitahu tujuan dia ke sana. Tahu-tahu sampai Diamond, kena masuk penjara, jadi buruh kasar ataupun diseksa dan dibunuh. Adik tak sanggup Khori yang terpaksa dihantar. Adik tak mahu seorang pun daripada rakyat Heather kena serah diri pada Diamond. Adik tak nak."

Air mata Arra Sephia mulai turun.  "Adik..." Amirah tidak mampu lagi untuk menghabiskan ayatnya.
"El Khori adalah orang yang adik sayang selepas kematian Tengku. Nilai yang ada dalam diri dia membuatkan adik sayang dia, kak. Dia sudah tahu dan nampak apa jadi pada rakyat. We are struggle together. Facing hardship together. Adik sayang dia, takkan lah adik nak serahkan dia pada orang lain?"

"Jadi, maklumat yang kami terima tu palsu?" soal Amirah.

"Ya kak. Palsu. Cukuplah selama ini kematian kerabat istana yang disembunyikan nenda Erizabeth memberi kesan pada rakyat. Adik kena pergi ke medan perang tengah malam nanti. Masih banyak rakyat Heather yang terperangkap di sempadan Diamond-Heather. Jika berjaya, kerajaan Diamond perlu isytiharkan darurat."

"Macam mana adik tahu semua ni?"

"Adik sendiri hampir jadi korban. Kena penjara, lihat rakyat jadi hamba, kena seksa, kena pukul, ada yang mati selamatkan adik sebab adik pewaris takhta yang sah. Ramai rakyat yang jadi taruhan sebab perjanjian tu. Heather kena bertindak malam ini juga. Diamond tak sempat buat persediaan malam ini,"

"Kenapa?"

"Diamond perlukan darah biru dari pewaris Heather. But she can't touch her."

"Jadi...."

"Ya kak. 

"Dia tak boleh sentuh adik sebab adik pewaris takhta yang sah. Walaupun adik ada darah biru. Sebab tu dia berani datang dekat. Dia tahu adik boleh musnahkan dia."

"Dengan apa?"

"Adik tak tahu. Mungkin dengan sentuhan. Ratu Diamond sangat paranoid dengan sentuhan. Takut. Mungkin itu puncanya."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan