Isnin, 30 Mac 2020

Sedutan Impianra Vlll

"El, Sephia....dia sudah tak ada. Kami cari dia di merata tempat. Tetapi tak jumpa. Yang kami jumpa hanya cebisan skaf ini di tempat perang," kata William. El mengambil kain itu dan jatuh terduduk. Air matanya jatuh. "Tidakkkkkkk!!! Sephia tak mati. Dia tak boleh mati!!!!"

"El, sabar. Kita usahakan untuk cari jasad Sephia untuk bawa balik Malaysia. Kemungkinan dia masih hidup ataupun dia sudah tiada."

"Tapi aku sudah berjanji nak jumpa dia. Aku sudah janji!"  "Tiada siapa dapat menghalang kuasa Allah El. Kuasa Dia tidak ada yang boleh menghalang. Kita kena mencari Sephia sampai dapat. Setidaknya jasad dia yang boleh kita bawa pulang." El Khori tidak dapat menahan sebaknya. Dia menangis di hadapan pintu gerbang istana. Keadaan istana menjadi padang jarak padang terkukur. Tiada apa yang berharga, semuanya musnah dalam sekelip mata. Rakyat mati bergelimpangan, ada juga yang cedera. Pihak hospital dalam perjalanan, askar-askar dari Hotlands dan Ville juga membantu mengalihkan mayat-mayat yang ada di sekitar situ.

"Bagaimana dengan Ivy?" tanya Arif kepada William. "Dia dan tentera-tenteranya sudah mati Arif. Sephia  sempat bunuh mereka sebelum bom dilepaskan. Sebab itu askar-askar milik Diamond yang ada menyerang istana sebagai tanda protes.Selepas itu Sephia hilang daripada pandangan," terang Arif.

"El, apa kita nak buat ni?" "Manalah aku nak tahu Will. Sedih sangat aku tengok dia sebab hilang Sephia."  "Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Baik kita biarkan El tenang dulu. Bantu aku uruskan mayat tentera-tentera kita ni. Bila El dah okay, kita fikirkan apa yang perlu dibuat selepas ini."

El Khori memegang erat cebisan skaf yang mempunyai kesan darah dan terbakar. "Kamu sudah janji Arra...Kamu sudah janji." Telefonnya berbunyi. "El, El okay? Ma risau El dekat sana."
"Ma sudah sampai Malaysia?" "Sudah. Baru sampai KLIA. Sephia ada tak? Ma nak cakap dengan dia."  "Ma...dia sudah tak ada...."  "Hah?!"

                                                                                    ***
Arra Sephia keluar dari tempat persembunyiannya di sempadan Hotlands. Jauh dia bersembunyi untuk mengelakkan askar-askar Diamond mengejarnya dan cuba untuk membunuhnya lagi. Darah penuh membasahi baju dan dan tudung yang dipakai. Arra Sephia cuba untuk mengubati luka di bahagian lengan. Nafas turun naik menahan sakit, air mata meluncur laju dari kelopak mata. Dia membalut luka akibat terkena pedang dan panah askar Diamond itu dengan cebisan skaf yang sudah terkoyak.

Dia berjalan menuju ke istana Heather. Sepanjang jalan, dia melihat banyak mayat yang tidak terurus. Seorang manusia pun tak nampak . Pakcik Lee, Amir dan makcik Ann pun tak ada. Dekat mana mereka? Dia memegang lengan kirinya yang tercedera, berjalan perlahan-lahan kerana kakinya terseliuh apabila terlanggar batu.  Dia bersyukur kerana masih mempunyai peralatan memanah dan pedang untuk kegunaan perang. "Aku kena balik sekarang. Istana mesti berada dalam keadaan kucar kacir sekarang. Diamond!"

Arra Sephia berjalan terjengkek-jengkek kerana keadaannya yang tidak mengizinkan. Suasana di sempadan Hotlands sangat menyedihkan. Rumah-rumah rakyat musnah, klinik desa dan hospital dibom, tiada manusia pun berada di jalan. Dia membayangkan keadaan akan menjadi lebih teruk di sempadan Heather-Diamond.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan