Ahad, 29 Mac 2020

Sedutan Impianra VII

Arra Sephia mencapai peralatan memanahnya dan mula bersedia. Dia menyarung kot panjang dan scarf merah panjang pemberian mei mei dililit di bahagian tudungnya. Hari itu merupakan hari penentuan bagi Heather setelah lapan tahun berada di bawah jajahan kerajaan Diamond. Luka di bahagian belakangnya sudah pulih, dia cuma perlukan rehat sahaja.  Tetapi keadaan darurat yang melanda Heather membuatkannya untuk membatalkan hasrat tersebut.  "Barang semua dah siap, tinggal nak pergi je."

Pintu diketuk. Knock. Knock. Knock. "Masuk."

Kelihatan pemuda tinggi lampai berkaca mata, berbaju tshirt ungu dan berseluar track memandangnya dari luar bilik. "El..."  "Boleh saya masuk?"  "Masuklah."  "Kamu sudah bersedia..."  "Ya, El. Semuanya. Hari ini merupakan hari penentuan. Heather tak boleh menyerah bulat-bulat pada kerajaan Diamond."

"Arra... saya mahu cakap sesuatu. Boleh?"

"Apa dia?"

"Kamu betul-betul nak pergi? Kamu tak nak ikut saya balik Malaysia? Flight saya pukul 12 tengah hari. Sempat lagi untuk kamu kemas barang, kita balik sama-sama," kata El Khori penuh pengharapan. "El, selepas peperangan ini selesai, baru saya balik. Saya jumpa kamu lagi." "Tapi, saya tak tahu kita ada peluang untuk berjumpa lagi atau tak." "El, saya faham. Tapi saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Rakyat saya perlukan saya. Mereka sudah lama tunggu untuk berlawan sekian lama. Saya tak boleh nak biarkan Ivy Diamond ambil alih Heather lagi. Tak boleh."

"Baiklah kalau macam itu. Saya cuma berharap kamu ikut saya balik. Kamu kawan baik saya. Saya cuma tak mahu kamu cedera macam hari tu."  "El, tak mengapa. Saya baik-baik saja. Saya ada permintaan sebelum kamu balik. Bolehkah kamu tunaikan permintaan saya?"

"Boleh. Semestinya. Kamu nak apa?"  Arra Sephia mengeluarkan sesuatu daripada kocek jubahnya. Sepucuk surat dan sarung tangan berwarna merah jambu. "Tolong simpankan sarung tangan ini. Sarung tangan ini sudah jadi milik kamu. Saya sudah tak perlukan lagi sapu tangan ini. Dan surat ini, saya mahu kamu baca setelah saya pergi."  "Arra, saya..."  "Jom hantar saya ke depan istana. Askar-askar kami sudah menunggu."  "Oh, baiklah."

Arra Sephia melihat ahli keluarga El sudah bersiap sedia untuk pulang. Pelawat-pelawat dari Malaysia juga sedang sibuk mengemaskan barang mereka dan juga pasport kerana bila-bila masa arahan untuk bergerak ke Lapangan Terbang Heathrow akan diberitahu. "Arra, xie xie ni. Terima kasih sebab tolong jagakan El," kata Auntie K. "Sama-sama auntie. Memang sudah tugas saya. Auntie kena jaga diri. Sampai Malaysia terus call Arra tau," kata Arra sambil tersenyum.

"Betul tak nak ikut Auntie balik? El sangat risau tu." "Tak apa Auntie. Saya balik minggu depan selepas semua urusan selesai." Auntie K memeluk Arra Sephia dengan erat seolah-olah itu merupakan pertemuan mereka yang terakhir. "Take care. Please."

'Apa maksud Auntie cakap macam tu?' getus hati Arra Sephia. Dia sudah bersedia untuk memberi arahan kepada William supaya mengetuai askar-askar ke sempadan Heather-Diamond. Selepas itu, dia belum pasti sama ada masih ada peluang atau tidak untuk bertemu dengan El. Arra mengambil keputusan berjalan kaki sahaja kerana risiko menggunakan kenderaan atau menaiki kuda. Segala persiapan sudah pun dibuat.

"Arra tunggu!"

Dia menoleh ke belakang dan melihat El berlari ke arahnya. "Saya juga ada satu permintaan. Bolehkah kamu simpan kain ini?"  "Ini..."  "Ya. Kain saya untuk balut luka kamu semasa di Gua Helen. Anggaplah saya juga ada bersama kamu nanti mengetuai peperangan. Dan, surat ini bacalah bila-bila masa kamu free."

Air mata Arra Sephia mulai jatuh dan ditahan. "Terima kasih banyak El."

"Tuanku, kita kena pergi sekarang. Askar-askar sudah bersedia," jerit William. "Baik. El, saya pergi dulu. Selamat tinggal."

'Selamat tinggal Arra Sephia... yang aku cintai...'

                                                                           ***
Kehadapan El Khori,
Maaf andai tulisan ini mengganggu hati dan perasaan kamu.
Surat ini mungkin surat terakhir yang saya tulis buat kamu.
Perkara yang saya tidak dapat ceritakan di hadapan kamu, sangat sukar nak diungkapkan. 
Tetapi, andai kamu tidak menerima apa yang saya bakal tuliskan ini tidak mengapa. Saya akan anggap kamu seorang yang istimewa di hati saya.
 Khori, .....

Wo ai ni.
Dari, Arra Sephia.

'Jadi selama ini.... getus hati kecilnya.' "Surat apa tu ke ke?" tanya meimei.
"Tak ada apa. Arra ucapkan hati-hati dekat kita sahaja."  "Ingat apa tadi. Cepat, mama sudah panggil. Flight sudah sampai." "Baik. Sekejap lagi. Abang simpan surat ini sekejap." Dia memandang sarung tangan ini dengan air jernih yang mulai bertakung di kelopak mata. Pedih. Jika surat itu adalah surat terakhir yang ditulis oleh Arra Sephia, selepas ini dia mungkin tidak akan berjumpa dengannya lagi. Nada telefonnya berbunyi.

"Hello, ya William ada apa?"

"El, aku harap kau bersabar."  "Tapi kenapa? Apa yang berlaku sebenarnya?"

"El, selepas kau keluar dari istana, pasukan Death Eather Diamond menyerang. Habis istana kena bom. Rakyat cedera. Sephia... Sephia...dia tak dapat dijumpai.  Kawasan perang pun ramai askar terkorban. Aku, Arif dan May tengah usaha untuk cari dia tapi tak jumpa."

"Termasuk di Gua Helen?" tanya El.  "El, kawasan itu sudah jadi jajahan Diamond. Kalau Sephia bersembunyi di situ pun, mungkin dia akan jadi tebusan Diamond. Heather tengah berjuang. Arif sudah dapatkan bantuan dari Ville dan Hotlands. Kau jangan risau. Semua pelawat dari Malaysia telah selamat dipindahkan."

Telefon di tangannya dilepaskan. Nafasnya tersekat. 'Tak mungkin Arra Sephia sudah meninggal. Dia sudah pun meluahkan perasaan dia padaku. Aku belum sempat untuk berbuat demikian. Aku harus kembali!'

"Ma, El minta maaf. El kena patah balik ke istana."

"El, jangan! Arra Sephia sudah janji dengan ma yang dia akan selamat."

"Ma, El cedera dan tak dijumpai sekarang. Askar-askar Diamond sudah menceroboh masuk dalam istana. El kena masuk ke Galeria Perdana untuk cari pedang tu."

"El, tolonglah...ma tak mahu El pergi tinggalkan ma."

"Ma, El tak nak sebab El orang lain mati. El minta maaf. Ma bawa papa dan meimei balik Malaysia. El kena patah balik."

Dia berlari keluar dari lapangan terbang Heathrow dan kembali ke istana dengan menaiki teksi. Sepanjang jalan, dia tidak mampu memikirkan benda lain selain Arra Sephia. "Tolong bertahan. Saya datang ni! Tolong jangan mati!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan