Angin sepoi-sepoi bahasa menjengah pandangan.
Seronok melihat bunga-bunga berkembang dan menanti sang lebah menyinggah masuk
untuk menghisap madu. Bunga berwarna kuning menampakkan seri. Alangkah
tenangnya hati. Soalan daripada adik usrah masuk ke dalam kotak fikiran. Tenang
melihat mereka berlari berkejaran di taman burung sekolah berdekatan dengan
surau. Saya menghitung hari untuk meninggalkan sekolah. Kira-kira kurang dua
bulan lagi. Allah, cepatnya masa berlalu! Rasa kurang lagi ilmu di dada. Diri
ini masih dahagakan diskusi ilmu dan kuliah. Tapi, mahu tak mahu kena juga
menghadapi. Adik-adik pula yang akan mengambil alih tugas kami selaku
senior-senior di asrama dan di sekolah. Doaku agar mereka berjaya. Amin.
Soalan daripada adik usrah menjengah lagi. Saya
tabik usahanya untuk bertanya walaupun pada mulanya dia kelihatan malu-malu.
Saya kenal adik itu walaupun kami jarang berjumpa. Dia baru berada di tingkatan
satu dan saya berada di tingkatan lima. Masih muda. Tapi, lagi rugi kalau tiada
diskusi ilmu macam biasa. “Kak, adik nak tanya sikit boleh?” “Boleh. Tak ada masalah.” “Kak, boleh tak
akak cerita pasal kisah Rasulullah? Hari tu adik nampak akak cerita dalam kelas masa kelas
ustazah Norshimah. Akak boleh sambung tak?”
Saya terkejut. Dalam hati, macam
mana dia boleh nampak? Tapi, itu bukan
masalah. Sebagai dorongan buat saya.
Saya seronok ada juga adik yang seorang
ini mahu mendengar cerita. Pengubat kesunyian dan duka lara. Saya memulakan bicara. Kalau cerita waktu malam,
pasti dah jadi bedtime story pula.
“Adik mesti
nak jadi orang yang ada berbudi pekerti kan?”
Dia mengangguk. “Kak, mak beri nama Nubla dekat adik. Maksudnya berbudi pekerti yang tinggi.” Saya
turut tersenyum. “Nubla, hari ni akak nak cerita kisah Rasulullah yang berbudi
pekerti yang tinggi. Jadi, adik Nubla kena jadi seperti nabi.” “Akak juga.”
Kami sama-sama tergelak. Indahnya hidup dalam suasana ukhwah dan
tarbiah. Entah bila saya sudah keluar sekolah dapat berjumpa lagi
dengannya. “Sebagai pembuka bicara, akak
nak bagi dekat adik satu pepatah Arab. Ad-diinul khusnul khuluq. Maksudnya,
agama itu keindahan budi pekerti. Okay,
sekarang adik nak akak cerita part
yang mana? Kisah Rasulullah ni banyak,”
kata saya. “Ikut suka akak. Adik ni nak dengar ja.”
“Dik, Rasulullah ni terkenal dengan gelaran al-Amin.
Kata-kata baginda adalah benar dan baginda tidak pernah berdusta.
Masyarakat di Mekah amat sayang akan
nabi. “Contohnya, akak?” “Nabi pernah
bekerja sebagai pengembala kambing untuk membantu bapa saudaranya Abu Talib.
Baginda bekerja dengan ikhlas, sabar dan kita juga boleh mengambil iktibar
daripadanya.” Nubla mengangguk. Story telling diteruskan. “Baginda
juga menjalankan perniagaan dengan Siti
Khadijah yang kemudian menjadi isteri baginda. Tahu tak bagaimana baginda dan
isteri baginda boleh bernikah?” “Mesti sebab akhlak nabi yang jujur terhadap
pembeli, tidak mengurangkan timbangan, dan bekerja dengan ikhlas.” “Bagus, dik. Sebab itu perniagaan Rasulullah
mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Berbeza dengan
kabilah-kabilah yang lain yang suka menipu dalam timbangan, suka
bercakap kasar dengan pembeli. Bahkan juga sistem riba diamalkan.
Natijahnya, pembeli tidak mahu membeli barang di kedai mereka. Berbeza dengan Rasulullah yang bercakap lemah lembut dan sopam menarik minat mereka untuk membeli.” “Akak, ceritalah lagi.” Saya mengambil peristiwa kekasih hati saya itu diangkat menjadi rasul. “Nabi diangkat menjadi rasul ketika umur baginda 40 tahun. Malaikat Jibril a.s. datang kepada kepada baginda di Gua Hirak dan memeluk baginda sebanyak tiga kali. Rasulullah menjawab, “Aku tidak tahu membaca.” Lalu Jibril a.s. mengajarkan baginda untuk membaca. “Iqra’. Bacalah dengan nama TuhanMu.” Lalu dengan itu, bermulalah tugas nabi sebagai seorang rasul.” “Akak, kenapa bila nabi ajak kaumnya untuk memeluk agama Islam, ada orang yang tak mahu ikut nabi? Sedangkan nabi itu digelar al-Amin.” Saya puji adik itu. Otaknya sangat menjana. “Sebab, ajaran Rasulullah menghapuskan amalan penyembahan patung berhala yang sudah sekian lama diamalkan oleh orang kafir Quraisy. Kedua, konsep persaudaraan yang dibawa oleh Rasulullah bertentangan dengan sistem kabilah mereka. Sistem kabilah hidup berpuak-puak. Tapi, sistem persaudaraan yang dibawa oleh Rasulullah secara tak langsung menyebabkan mereka menentang ajaran baginda.

Ketiga, amalan riba dilarang sama sekali. Sebab itulah
orang kafir menentang Rasulullah. Sebab mereka mengamalkan itu sebagai salah
satu punca pendapatan mereka.” Nubla mengangguk. “Akak, peristiwa Israk Mikraj
itu adik sukalah. Akak boleh cerita lagi tak? Adik terdengar akak cerita dekat
kelas.” “Peristiwa Israk Mikraj itu
berlaku selepas Rasulullah kehilangan orang yang baginda cintai, iaitu Siti
Khadijah dan Abu Talib. Allah menurunkan peristiwa itu untuk menggembirakan
hati baginda. Dan ada satu inti pati penting yang perlu adik tahu. Peristiwa
kewajipan solat ke atas umat Islam. Rasulullah meminta Allah untuk menurunkan
waktu solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu sahaja.” “Tapi, ada juga tak mahu buat kan?” Saya kagum melihat adik ini. “Memang ada, tapi kita kena beri nasihat
kepada orang itu supaya tidak meninggalkan solat . Nabi Muhammad s.a.w.
mengingatkan, “Sesungguhnya amalan pertama kali manusia dihisab dengannya di
hari kiamat adalah solat.” (Riwayat
at-Tirmizi, al- Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad.lafaz hadis riwayat Abu
Daud no 733)
Secara tak sedar azan Asar sudah berkumandang. Saya mengajak adik Nubla untuk menunaikan solat. Sebelum itu, saya tak lupa memberi stick note kepadanya. Tanda penghargaan. Bagi saya, dialah orang pertama yang mengajak saya untuk bercerita. Saya petik dari kata-kata Omar Khayyam untuk dedikasikan kepadanya. “Aku melihat hari semalam untuk memahami hari ini dan untuk mengerti hari esok.” “ Akak, nanti akak sambung cerita lagi ya.” Saya mengangguk. Jazakumullahu khairan jaza buat adik Nubla.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan