Diari coklat itu ditutup. Saya berkira-kira untuk menulis lagi tapi entah kenapa saya rasa tiada mood langsung untuk menulis. Boleh katakan rakan-rakan saya mahu membaca artikel ataupun novel yang saya tulis tapi fikiran saya asyik terbayang tentang buku yang saya lihat di kedai buku tadi. Rasa rugi tidak membeli. Bukan kerana saya tidak minat, tapi saya tak membawa wang untuk membeli buku tersebut. Hanya sempat membelek beberapa muka surat. Saya berazam untuk membeli buku itu. Tidak mahu terlepas peluang untuk meluaskan ilmu. Peluang keemasan tidak selalunya datang dua kali. Tiba-tiba rakan saya, Hannah datang kepada saya dengan wajah yang tidak begitu gembira.
Saya mengambil buku Arab di atas katil dan mula
mengulangkaji. Sangka saya Hannah mahu mengikut saya mengulangkaji tapi dia
mencuit-cuit tangan saya. Lalu, buku Arab itu ditutup kemas dan diletakkan di
atas meja belajar. “Najwa, saya nak tanya awak boleh?” “Tanyalah,” kata saya. Perbincangan pun
dimulakan. Diskusi ilmu. “Saya telefon mak tadi. Mak tak nak saya pindah
sekolah. Ramai ahli keluarga saya menentang. Tapi, itu impian saya. Saya nak
sangat pergi sekolah itu,” kata Hannah. Wajahnya tiba-tiba berubah menjadi
suram. Saya menghela nafas perlahan-lahan. “Mungkin ada sebab musababnya mak
awak tidak benarkan awak pergi ke sana. Cuba beritahu saya.” “Mak risau tentang keadaan diri saya. Tapi
Najwa, bukan senang nak dapat tawaran sekolah asrama penuh. Saya berusaha keras
belajar semata-mata nak dapat sekolah tu.”
“Bukan kerana Allah?” tanya saya. “Kenapa tiba-tiba
awak kata macam tu pulak? Saya tengah sedih sekarang ni.” “Maksud saya, segala yang kita lakukan mesti
ikhlas kerana Allah. Contohnya dalam perkara ini, Hannah kata mak tak benarkan
Hannah pindah sekolah tapi sebelum tu Hannah dah berusaha keras belajar.
Mungkin waktu Hannah mula belajar, Hannah tak tetapkan niat yang betul. Nawaitu
kita kena ikhlas, mengharap redha Allah, baru Allah permudahkan urusan kita.” Memang saya akui, Hannah adalah pelajar
terbaik di sekolah kami. Saya juga tabik pilihannya untuk meneruskan
pengajiannya di sekolah berasrama penuh. Namun, perkhabarannya tentang
tentangan keluarga mengenai hal itu membuatkan prestasi pelajarannya semakin
menurun. Sebagai rakan, perlu memberi dorongan, semangat dan harapan yang
positif. Bukan senang untuk menghukum dan mengkritik dengan sesuka hati.
“Najwa, Hannah rasa mesti sebab niat Hannah tak
berapa nak kena. Sebab itu Hannah tak boleh nak capai impian Hannah.” “ Kalau kita nak buat sesuatu dengan niat
yang ikhlas, semuanya menjadi mudah. Allah akan mendatangkan kepada kita
kebaikan dari pelbagai arah. Yang susah rasa senang. Yang sempit jadi lapang.
Yang miskin jadi kaya.” “Maksud Najwa?
Hannah masih tak faham.” “Okay. Najwa bagi contoh ya. Kalau kita
nak puasa pada bulan Ramadhan, apa benda
yang paling penting?” “Niat, kan?” kata
Hannah. “Betul. Kalau kita tak niat, macam mana dengan puasa kita?” tanya saya lagi. “Tak sah. Batal la puasa tu kan?”
jawab Hannah. “Tapi, apa kena mengena pulak dengan kes Hannah ni? Najwa, makin
pening Hannah dibuatnya.” “Konsepnya
lebih kurang sama. Najwa rasa Hannah tak tetapkan niat yang betul sebelum
Hannah nak study.Hannah rasa boleh
tak tumpukan perhatian masa cikgu mengajar?
“Tak. Otak melayang saja. Rasa
tak masuk langsung apa yang cikgu ajar. Tambah-tambah kalau subject Arab. Nampak huruf-huruf ja.”
Saya tersenyum. “Tapi, Hannah dapat A jugak kan subject tu.” “Mestilah sebab
Najwa yang tolong ajarkan. Tapi, kenapa kita belajar sekali boleh pulak masuk otak.
Time cikgu ajar tak boleh?” “Najwa suruh Hannah baca doa dulu kan
sebelum belajar?” “Ye la. Selalunya
Hannah main belasah ja. Terima kasih sebab tolong nasihatkan Hannah. Hannah rasa
Hannah dah buat keputusan.” “Keputusan
apa?” tanya saya. “Hannah tak nak la
pindah sekolah. Keputusan mak itu betul. Mak pasti tahu sebabnya.”
“ Naluri seorang ibu pasti
tahu akan kebaikan dan kelemahan anaknya. Terimalah dengan lapang dada. Syurga
itu kan di bawah telapak kaki ibu.”
“Hannah tahu betapa pentingnya ikhlas dalam buat
sesuatu kerja. Rasa sia-sia saja kalau berjaya tapi tak diterima Allah.
Kalaulah ibadat yang kita buat tanpa rasa ikhlas, mesti masuk neraka kan? Tak
mahulah.” “Hati akan rasa takbur, ujub
dan sombong. Ibadah yang dilakukan hanya mahu pujian daripada orang. Lebih baik
buat ibadah yang sikit dan sempurna daripada ibadah yang banyak tapi tak
sempurna. Banyak cacat cela dan lubang-lubang. Natijahnya tak elok. Hidup
langsung tak berkat.”
“Keputusan yang mak Hannah buat sebenarnya dah elok.
Cuma Hannah ja yang tak mahu terima. Sekarang, Hannah dah sedar. Terima kasih,
Najwa sebab sudi berdiskusi. Banyak ilmu yang kita dapat malam ni Lagipun,
Hannah tak mahulah berpisah dengan kawan Hannah yang seorang ni, ” katanya lagi. Wajah Hannah sudah mula segar
kembali. Saya sempat lagi membacakan maksud firman Allah dari surah al Baqarah
ayat 216, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu.” Hannah
teruja mendengar khabar tersebut. Saya menulis sesuatu di stick note lalu memberikannya kepada Hannah. Hanya sedikit dorongan kecil buat
dirinya. Hannah meletakkan stick note itu ke dalam nota Kimianya selepas dia membaca. ‘Barangkali
kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang
banyak.’ (An Nisa: 19)
“Hannah tahu Najwa nak apa.” “Apa dia?” Buku Cinta
High Class kan? Nanti kita pergi sama-sama.” Saya terkejut. “Dari mana Hannah tahu?” “Hannah tahulah, Najwa asyik duk belek saja
buku tu masa kita singgah di kedai buku petang tadi. Kita pergi hujung minggu
ya,” kata Hannah sambil berlalu keluar dari kamar. Allahuakbar! Terima kasih sahabatku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan