‘Dengan
al-Quran, hatimu akan menjadi tenang.’ Kata-kata kawan
baiknya, Irdina terngiang-ngiang di telinga. Thorfina sudah banyak kali bertemu
dengannya. Namun, mereka tidak selalu dapat berdiskusi seperti di dalam usrah kerana
Irdina selalu sahaja ada kelas tambahan. Kerap kali dia melihat Irdina berada
di dalam kelas bertemankan pen dan kertas. Irdina berada dalam kelas sains
pengurusan manakala dia dalam aliran sains tulen. Susah mahu bertemu selalu dan
berbincang. Masa yang ada hanyalah ketika usrah. ‘Susah betul nak jumpa dengan
Irdina. Selalu dia ada kelas tambahan. Haishh, bilalah nak dapat dengar dia
diskusi ilmu. Nak tegur dekat dorm,
kasihan pula sebab asyik dengan kerja sekolah,’ detik hatinya. Thorfina nekad
mahu berjumpa dengan rakan seusrah. Mahu berbincang.
Sesampainya di dorm,
dia nampak kelibat rakannya itu keluar ke bilik air. Lantas dia mengambil
keputusan mahu duduk sebentar atas katil rakannya itu. Thorfina nampak banyak
nota dan pen. ‘Mesti banyak betul kerja sekolah yang cikgu beri. Susah betul
kalau jadi orang pandai ni.’ Matanya terpandang al-Quran tafsir yang terletak
kemas di atas meja studi. Siap berzip. Thorfina membukanya dengan perlahan.
Zupp!! Hatinya terpana melihat maksud surah yang dibaca ketika solat. Surah
al-Fatihah.
1.Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2.Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4.
Yang menguasai hari Pembalasan.
5.Hanya
Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6.Tunjukilah
kami jalan yang lurus,
.(Iaitu)
jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan)
mereka
yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Tiba-tiba, rakannya itu masukdan sedikit kaget
melihatnya. “Ini Thorfina kan? Ahlan wasahlan ke taman ilmu saya.” ‘Rupanya inilah teman diskusi yang selalu
diperkatakan teman-teman sealiran. Macam tidak percaya, sungguh sederhana
orangnya. Tidak sombong dan ramah pula. Nampaknya hatiku salah andaian lagi.’
Sungguh lama Thorfina merenung dirinya sehinggalah matanya berkelip kembali.
“Maaf, Fina tak sengaja buka al-Quran tafsir ni.” “Tak mengapa. Fina dapatlah pahala. Asif
sangat sebab buat Fina tertunggu-tunggukan Najwa dekat sini.” ‘Najwa? Bukankah
namanya Irdina? Ke aku ni salah orang? Tak apalah, sembang dululah dengan dia.’
“Fina nak tanya Najwa masa dekat dalam surau tadi.
Fina tak berani nak ganggu Najwa. Tapi, kalau Fina nak tanya sekarang boleh?
Takut nanti Najwa sibuk pulak.” “Tak
apalah, Fina. Taman ilmu ini bersedia pada bila-bila masa saja,” kata saya.
Sungguh saya beruntung dapat berjumpa dengan Ibriz Thorfina. Banyak saya dengar
kisah mengenainya. Seorang yang suka bertanya. Lagipun, ramai teman saya asyik
berbicara tentang dia. Saya tidak tahu langsung pasal surat yang sering dia
tulis kepada saya. Berlambak-lambak diletakkan di bawah meja. Macam orang yang
bercinta pula. Tapi, bezanya dia dengan teman perempuan lain, dia sepertinya
malu mahu berdiskusi dengan saya. Saya sering nampak dia asyik menulis ketika
usrah sughra. Kami tidaklah sampai
tidak bertegur sapa, namun saya meraikan fatwa hatinya yang kelihatan keberatan
untuk bertanya. “Fina kan yang hantar
surat-surat tu pada Najwa?” tanya saya. Mahu meminta kepastian. Dia mengangguk.
“Fina malu nak tanya Najwa pasal hal-hal yang kecik ni. Orang semua tengok
pelik. Diorang kata macam nak hantar dekat secret
admirer pulak.”
“Itu cara Fina. Najwa meraikan. Tak salah pun. Cuma,
kalau nak better lagi, kita jumpa.
Asiflah sejak hari-hari ni Najwa sibuk sikit. Ada kelas tambahan tak
berhenti-henti.” “Fina tahu. Sebab tulah
Fina hantar surat dekat Najwa. Terima kasih sebab tolong jawabkan masalah yang
Fina tulis dalam surat tu.” Saya
tersenyum. “Thorfina, nak tanya pasal apa pula? Tanyalah. Taman ilmu ni dah
bersedia nak jawab soalan.” “Seronokkan
manusia yang mempunyai ketenangan hati.”
“Bacalah al-Quran. Al-Quran adalah dos terbaik untuk menghilangkan
segala resah di hati, pengubat jiwa duka lara, pembuka jalan bagi setiap masalah
selepas solat dan juga zikir. Ada dalam surat tu Fina tulis macam mana nak bagi
hati kita senantiasa tenang. Jawapannya adalah al-Quran.” “Jadi, Najwa selalu baca al-Quran, sebab itu
Najwa rasa tenang?” “Na’am, sahabatku.
Bukannya selalu mesej-mesej dekat orang yang tidak sepatutnya nak bagi hati
kita tenang. Yang lebih teruk, ada kes sampai bunuh diri sebab terdengar
bisikan-bisikan yang menyuruhnya berbuat demikian. Remaja yang macam kita ni,
memang fitrah nak rasa mencintai dan dicintai, tapi ikutlah saluran yang betul.
Tapi, selalunya, bila ada masalah, mengadu dekat bf. Kesian hati terseksa. Iman
terpenjara.”
“Oh, patutlah ada kes yang Fina dengar ada orang
yang sanggup bunuh diri sebab dia ada masalah kemurungan. Puncanya sebab gaduh
dengan bf dia.” “Fina, indah hidup kita bertemankan al-Quran ni. Lagi satu,
al-Quran dapat memberi syafaat kepada kita masa akhirat kelak. Nak jadi syafaat
atau laknat?” “Semestinya syafaat,
Najwa.Surah al-Fatihah yang kita baca dalam solat, Fina rasa hati ni terpana
bila tengok makna dia.” “Surah
al-Fatihah ni kalau kita amal sebanyak 1000 kali sehari ini, banyak kelebihan
dia. Selain itu, banyak surah lain seperti surah al-Waqiah dan Yaasin. Yang ni
pun kalau kita baca tiap-tiap hari, nescaya Allah akan mudahkan jalan untuk
kita. Tapi, jangan lupa buat solat sunat selalu.”
“Terima kasih Najwa. Sesuailah dengan kes Fina ni. Buat apa-apa pun tetap tak jadi. Sekarang, Fina dah temui jawapannya. Membaca al-Quran.” “Fina kena selalu baca, baru hati ni stabil sebab dia dapat makanan dia. Rugi saja kalau badan dapat makan, tapi hati kelaparan. Rohani kita ini dahagakan ilmu dan ‘makanan’ dia sendiri. Kalau boleh, try khatam tiga bulan sekali. Nak baca satu muka surat pun bukannya lama. Dalam dua hingga tiga minit.” ‘Err… kalau baca Sejarah, boleh habis satu bab,’ desis hati Thorfina.
“Jangan berkira sangat nak meluangkan
masa dengan al-Quran. Fina pilih yang mana satu, nak jadi orang yang pandai dan hidup yang berkualiti atau nak
jadi orang yang pandai tapi hidup tak berkualiti?” “Mestilah nak jadi orang yang pandai dan
hidup yang berkualiti.” “Ad-diinul khusnul khuluq. Agama itu keindahan budi
pekerti. Lihatlah betapa tersusunnya hidup orang yang hidup bertemankan
al-Quran. Salah satu cara untuk meningkatkan iman ialah dengan membaca
al-Quran. Kata Al-Ustaz Abu A’la Al- Maududi, “Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada kita agar kita membacanya,
memahami isinya, dan berbuat menurut petunjuknya. Dan dengan pertolongan kitab
ini, kita disuruh menegakkan pemerintahan di muka bumi Allah ini sesuai dengan
hukum Allah.”
“Wah,
sebegini hebat al-Quran menjadi manual hidup,” kata Thorfina. Dia mencelah lagi, “Fina bukannya apa,
kawan-kawan Fina semua mengadu dekat bf
diorang bila ada masalah. Susah betul kalau ada orang yang tak
sependapat dengan kita. Untungnya Fina dapat masuk sekolah agama. Fina nak jadi
insan terpelihara, tak mahu terjebak dengan semua-semua ni. Melalaikan. Kesian
hati Fina.” “Jika kita mencari ilmu,
kita tidak perlu lelah mencari cinta manusia. Kelak, ia akan datng
sendiri.” “Macam mana? Dengan
menunggu?” “Dengan persiapkan diri. Tak
perlu ligat-ligatkan diri dengan bermain-main cinta. Jika rasa, uruskanlah
dengan zikrullah. Perjalanan kita masih jauh, Fina. Kata Ibnu Qayyim, “Cinta itu boleh lenyap dengan lenyapnya
sebab.” Prioriti kita, pelajaran.
Yakinlah dengan Allah.” Saya melihat
Thorfina memeluk al-Quran tafsir saya dengan erat. Al-Quran itu pemberian abi
sejak saya dalam tingkatan dua. Warna coklat. Saya amat menghargai abi atas
hadiahnya itu. Itu hadiah yang paling istimewa yang saya pernah dapat. Terima
kasih abi. “Nanti kejap. Bukankah nama awak ni Irdina. Kenapa orang panggil
Najwa? Pening saya.” “Oh, Najwa
terbitkan artikel dekat majalah guna nama Irdina. Teman-teman semuanya panggil
Najwa saja. Kalau Fina nak panggil Irdina pun boleh. Sebab nama sebenar Najwa
ialah Najwa Irdina.” “Oh begitu.”
“And lagi
satu, Najwa tahu dari mana yang Fina yang tulis semua surat-surat tu? Fina tak
tulis nama pun.” “Hannah ada nampak Fina
letakkan dekat bawah meja. Jadi, semua orang dah tahulah yang Fina tulis.” “Macam
detective pulak Hannah ni.” Kami
tergelak. Sebelum kami beredar, saya hadiahkan sticky note untuknya.
Kepada Ibriz Thorfina,
Allah s.w.t. berpesan, “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah.
Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Ra’d
13:28)
Daripada Najwa Irdina : )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan